Wednesday, March 25, 2015

Pengalaman pertama ke Dobitiam Bandar Bukit Raja, Klang

Stress pulak bila mesin basuh rosak lagi. Dulu panel mesin basuh yang rosak.Dah tukar panel lain. Kali ni , tak tahu lah apa yang rosak. Harap mesin basuh tu cepat dibaiki dan masih boleh dibaiki. Malam tadi, haruslah ke dobi untuk cuci baju yang dah menimbun ni hasil balik kampung dan sebelum balik kampung hari tu.


Hari tu, perasan ada kedai dobi layan diri baru buka awal tahun hari tu kat Bukit Raja. So, kami terjah lah kesana. Dalam perjalanan tu terlupa pulak beli sabun dan pelembut pakaian, so singgah 99 speedmart beli. Sekali masuk Dobitiam, rupanya semua tu diberikan PERCUMA. hahaha. Jakun katakan..Jom layan gambar. Bagi yang belum pernah pergi Dobitiam, boleh la tengok macam mana nak mendobi di Dobitiam. Ada 3 cawangan selain BANDAR BUKIT RAJA, Klang iaiti DAMANSARA DAMAI, PJ & BANDAR TASIK PUTERI, Rawang. 

Beroperasi 24 jam. So bila-bila masa korang boleh terjah.hehehe

Ini senarai harga untuk Mesin Basuh dan Mesin Pengering. 1 token = RM1

Langkah pertama kena tukar token terlebih dahulu pada mesin Token Changer yang disediakan.

Token yang keluar dari mesin token

Langkah 2 : Masukkan baju kedalam mesin basuh mengikut pilihan korang. Saya pilih yang 14KG dan jenis suhu sejuk . Caj yang dikenakan RM6. Pilih suhu mesin basuh, masukkan token dan tekan butang Start. Ia mengambil masa selama 24 minit. 


Kat situ dinyatakan suhu mesin basuh yang sesuai untuk baju korang. Sejuk untuk baju yang tak kotor, Suam untuk yang sederhana kotor dan panas untuk baju-baju yang kotor sangat.
Begitu jugak suhu untuk mesin pengering. Untuk pakaian berlabel suhu rendah(low), untuk pakaian yang tidak perlu diseterika(medium) dan untuk pakaian fabrik tebal(high)

Cara-cara guna mesin basuh tu ada kat poster besar lagi kalau masih tak faham.

Tak perlu masukkan sabun sebab sudah disediakan didalam mesin basuh katanya.

Setelah 24 minit menunggu, moh ler kita keringkan baju pulak. 
Satu pilihan mesin ajer yang ada iaitu 14KG dengan caj RM4 

Tips tambahan masa pengering . RM1 untuk tambahan masa 6 minit.

Langkah 3 : Masukkan pakaian kedalam mesin pengering , pilih suhu dan  masukkan token serta tekan butang start. Kat sini terkeliru sket, sebab ada mesin atas bawah. 


Perasan tak ada tanda itik kat mesin tu . Rupanya warna itiklah yang menunjukkan tanda slot token untuk mesin pengering mana. Nasib baik hari tu, mesin yang saya masukkan tak der pakaian so mesin tu tak bergerak lagi. Kalau dah bergerak tak boleh stop pulak tu sampai habis pusingan dia. Jenuh nak menunggu 25 minit pulak kalau ada orang terkeringkan baju saya lagi sekali. hahaha. Adik kat sebelah saya yang tersilap kering balik baju orang lain sebenarnya sebab silap slot token.Mak lah yang mengajarnya. Sekali salah. Malu mak nak..Ampun yer nak..hahaha. Jakun ajar si jakun.. cun sangat !

Ruang yang luas dan selesa untuk anak-anak bermain tapi jangan bagi diorang usik mesin-mesin tu pulak yer. Kat situ pun ada disediakan WIFI percuma dan bahan bacaan. Kalau ada kopi percuma pun lagi bagus kan :) Kat depan tu pulak ada orang jual burger homemade lagi kalau lapar, tapi kena bayar lah..hehehe


Ni rumusan langkah yang saya cakap kat atas tu :)


Haruslah mak selfie bersama chenta hati yang selalunya buat-buat kerja dobi ni tapi malam tu mak jer buat sorang. 


Batman dan robin pun mendobi aper :p

Alhamdulillah, mudah kerja. Balik terus boleh lipat . Jimat kerja my hubby. hahaha. Tak aci ni,kena cari mesin lipat baju jugak cenggini..hahaha
Jumlah untuk sebakul ni RM10. Jimat ke tidak? Tepuk dada tanya poket..hehehe

Korang pernah ke dobi layan diri ?

  1. Address: 19, Jalan Makyong 5a/Ku5, Bandar Bukit Raja, 42100 Klang, Selangor
  2. facebook: https://www.facebook.com/Dobitiam

1 Comments:

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)