Monday, March 30, 2015

Kedai Alatan Jahit Expertailor, Seksyen 7, Shah Alam

Macam susah jugak nak jumpa kedai alatan jahitan kat Shah Alam ni. Hari tu, misi pencarian lace untuk baju Ad tapi sampai sudah tak jumpa lace yang dia nak.Mula-mula ingat nak pergi Jakel tapi ternampak satu kedai alatan jahit yang terletak bersebelahan dengan bangunan JAKEL dan selang sebuah dengan Restoren Wong Solo. Kedai ni baru je beroperasi katanya.


Kedai Alatan Jahit Expertailor

Antara servis yang ditawarkan

Pelbagai warna benang yang ada. Lebih dari 880 warna gitu 

Model tidak berbayar alatan menjahit..hehehe

Border lace dan aplique pun ada jual. Tak sangka mahal jugak border lace yer. Ada yang RM40 lebih semeter.

Saya cuma beli jarum jahit, penetas kain, tape dan butang baju sekolah untuk my Nuha. Baru 3 bulan sekolah, butang baju sekolah pun dah hilang.Lasak sungguh anak dara. Hahaha


Yang best pasal kedai alatan jahit ni sebab pembelian boleh secara runcit dan borong. Penghantaran juga ada disediakan, untuk segala pertanyaan atau tempahan boleh whatsapp di nombor 013-2707510 EXPERTAILOR.

Kedai Alatan Jahit Expertailor terletak di :- 
No 4G Jalan Plumbum P7/P, 
Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.

Instagram : https://instagram.com/expertailor_
Blog : http://kedaialatanjahitanexpertailor.blogspot.com/


Korang suka masuk kedai alatan jahit tak?


*This is NOT a sponsored post.Ini bukan iklan berbayar. 


3 Comments:

  1. Kedai ni ada jual butang bju yg bulat biasa tu x sis?

    ReplyDelete
  2. saya minat barang2 jahitan dan mesin jahit, kerana hobi saya ialah menjahit

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)