Hari pertama di A Famosa Resort, Melaka dapat tiket percuma untuk Water Theme park . Sebenarnya ada sukaneka tapi tak sempat join sebab bertolak lewat . So sampai-sampai elok waktu lunch. Diorang sediakan lunch kemudian aktiviti bebas sampai pukul 4 petang untuk check in pulak.
Anak-anak dah tak sabar nak main air dah. Tu jer tujuan utama dorang berdua ni. Awal-awal lagi dah pakai swimming suit. Silapnya tak bawa pelampung. Kat dalam tu faham-faham jer lah harga dia kan. Satu pelampung RM29.90 dan yang pakai kat lengan my Nuha tu RM19.90 . Macam tu lah harga dia. Sebenarnya ada tempat boleh sewa tapi jenuh pulak nak beratur .Tu pun beli sebab terliur pelampung orang . Tempat jual pulak depan kolam budak-budak tu pulak. Nasib badan. hahaha
Mula-mula masuk kena pakai gelang dulu siap-siap. Tak strict sangat diorang check bag. Kalau tau macam tu bawa air siap-siap . Aiskrim RM5, Nasi Lemak Ayam RM12, buah tembikai potong RM3 dan air mineral pun RM3.50
Kaunter Masuk
Kakak kemain posing tapi adik, ada aku kesah..huhuhu
Mak dan anak-anak dara mak..
Tengok tu...spoil gambar..Boleh pulak dia pi main kat pokok pulak..huhu..Adik oh adik..
Masa tu dekat dengan Krismas so hiasan dalam tu semua tema krismas lah.
Haruslah wefie pulak. Gambar yang atas ni selepas mandi manda dan salin baju dah.
Swimming suit my Nayla baru beli kat Tesco hari tu RM45 tak silap.
Mula-mula celup-celup kaki dulu kasi warm up
Amboi adik....kemain lagi
Siap nak amik pelampung orang
Seksi tak saya???
Kakak kemain lah jumpa air macam jumpa emas. hahaha
Dia boleh jer gi main sorang-sorang tapi saya tengok la dari jauh. Lepas tu Abah dia pulak ada melayan dia
Slide kat situ sampai berpuluh-puluh kali dia duk pusing
Muka gembira sangat lah tu dapat main air
Ni pulak pelampung yang beli kat depan kolam tu
Kemain atas lantai naik tapi bila masuk dalam air takut dia..buat rugi jer beli dik
Kakak jugak yang untung..dua-dua dia rembat
Adik semua gambar tak pandang kamera..hangen jer mak
Mak dan anak-anak dara mak dalam kolam pulak. Gambar last, lepas tu hubby pergi simpan telefon dan main air dengan kitorang kat pool arabian
Slide besar kat belakang tuh my Nuha sempat jugak naik 3 kali. Lepas tenggelam sekali terus cuak nak naik..Ngeri jugak kalau tengok slide tu sebab dia slide masuk dalam kolam yang dalam jugak..hahaha . Tapi my hubby dah standby dalam kolam tu siap-siap..
Ok, tu jer la cerita kat dalam Water Theme Park tu. Kalau beli tiket sendiri macam tak berbaloi lah sebab just mandi manda jer tak try main yang lain macam big ice cream slide yang ngeri macam tornado yang kat i-city hari tu. Seterusnya nantikan dinner hari keluarga next entry pulak yer :)
Dinning:
Side Walk Café
Fast Food Pavilions
Food Court
Bistro
Fast Food Pavilions
Food Court
Bistro
Retail Outlets:
Swim Wear & Souvenir Shop
Convenience Shop
Swim Wear & Souvenir Shop
Convenience Shop
Facilities:
Locker Rental
Small locker: RM4/usage
Big Locker: RM12/usage
Small locker: RM4/usage
Big Locker: RM12/usage
Tube Rental:
Double Tube: RM 10 (rental) + RM 10(deposit)
Single Tube: RM 8 (rental) + RM 8(deposit)
Double Tube: RM 10 (rental) + RM 10(deposit)
Single Tube: RM 8 (rental) + RM 8(deposit)
Cabana Rental:
Weekday : RM 70 / usage + RM 50 (deposit)
Weekend/Public Holiday/School Holiday: RM 130 / usage + RM 50 (deposit)
*First come first serve basis
Weekday : RM 70 / usage + RM 50 (deposit)
Weekend/Public Holiday/School Holiday: RM 130 / usage + RM 50 (deposit)
*First come first serve basis
Changing Room
Surau
Wheelchair (subject to availability)
Surau
Wheelchair (subject to availability)
Operation Hours
11.00am-7.00pm (Monday –Friday)
9.00am – 7.00pm (Saturday – Sunday, Public & School Holiday)
Close every Tuesday except for Public & School Holiday.
11.00am-7.00pm (Monday –Friday)
9.00am – 7.00pm (Saturday – Sunday, Public & School Holiday)
Close every Tuesday except for Public & School Holiday.
hahaha..moralnya, bawak pelampung siap2..beli kat luar lagi murah.
ReplyDeleteYang saya tak suka gi water theme park ni, kalau tiba bab makanan,mesti mahal gila..
Macam best jer main kat sini....insaaAllah nanti ade masa boleh datang kesini main air bawa anak-anak...pasti mereka suka...
ReplyDeletememang best mandi manda kat sini..me dh pegi few times..memang terliur tgk pelampung org punya..masa pegi last trip..berjaya sewa pelampung yg besar tu heheh
ReplyDeleteseronoknya.. lama tak bawa anak2 g mandi2 ni..lepas ni boleh la ajak mr.suami ke sini, macam best je tempat ni... pelambung tu comeiii patut la mak dia terliuq nak beli..hihih
ReplyDeleteAlahai seronok bawa anak-anak main air kat disini.
ReplyDeleteMak ayah pun tumpang main seronok jugak..