Selamat Hari Lahir buat puteri kedua yang lahir pada hari ini 2 tahun yang lepas 10.19 malam . Semoga menjadi anakanda yang solehah dan penyejuk di hati dan penawar dukaummi dan abah. Jangan selalu buli kakak yer dan jangan gaduh dengan kakak tau! hehehe
Dan tak lupa buat my hubby terchenta, Selamat Hari Lahir yang ke 36. Terima kasih sayang cukupkan hidup ini dan sentiasa bertolak ansur dalam hubungan perkahwinan ini. Semoga rasa kasih , sayang dan cinta kita kekal mewangi sampai syurga Ilahi dan kuharap dirimu menyintaiku kerana Allah. In Sya Allah.
Lepas tidur satu malam di Hotel Super Cowboy, Melaka, kami menuju ke A Famosa Resort, Melaka untuk Hari Keluarga 2014 ofiz my hubby. Sebelum bertolak, bayar saman parking siap-siap kat Melaka Sentral. Perjalanan lebih kurang sejam lebih. Sampai-sampai majlis sukaneka dah habis pun. Tinggal mandi manda jer. Yang tu cerita lain yer. Lepas dah habis aktiviti mandi-manda, tiba masa untuk check in. Rupanya memang check in kat sini bermula dari 4 petang.
Alhamdulillah, prosesnya memang cepat sekali.Tak sampai 10 minit, hubby dah dapat kunci bilik. Tapi nak kena naik kereta lah dari tempat check in tu. Memang luas betul kawasan dia. Kami diberikan bilik di Condo D'Savoy. Bila tengok kat Booking.com harga lebih kurang RM400 ++ jugak semalam sebelum offer. Alhamdulillah semua ditanggung tapi makan kat dalam tu memang mahal ler.Air mineral pun dah RM 3.50.
Kaunter check in . Belakang ni ada pool tapi dah puas main air dah sebelum tu.
Kaunter check in dari bilik kami
Inilah Condo D'Savoy yang kami menginap di sini.
Ruang tamu. TV masih zaman dinosour. Banyak jugak channel astro yang ada termasuk KBSW :p
Ruang dapur tapi tak der dapur lah.Cuma fridge dan kettle ajer.
Sinki kat belah luar.
Inilah bilik tidur kami. Memang selesa sangat. Katil boleh dirapatkan kehujung. So anak-anak tak jatuh lah. My Nayla siap jelez sebab kakak tidur dengan Abah. hehehe. Semua anak abah macam mana ni..haisshh..
Almari baju dan pangkin
Aircond ada untuk puteri puteri lilin mak
Cermin solek pun besar
Siap ada bathup tu tapi mandi shower lagi best..hahaha
Tak guna pun heater. Dasar kampung, lagi best mandi air sejuk..hehehe
Hair dryer pun disediakan. Iron ada bilik khas kat lobi siap ada self service washing machine dan dryer lagi. Lupa pulak nak amik gambar.
Perti keselamatan pun ada
Pelan keselamatan pun harus dibelek :p Hubby mak mesti bangga dengan mak..hehehe
Overall, memang best lah menginap disini. Anak-anak pun tak sedar sampai kepagi. Punyalah seronok kan. Boleh la datang sini lagi lain kali.
Bergambar dulu sebelum pulang
Tak sempat nak pergi tempat yang betul, bergambar dengan replika pun boleh la...
Kat sini pun boleh
Haruslah bergambar dengan Signage resort pulak :)
Korang pernah menginap di A Famosa Resort ?
waa...bestla dapat mandi manda..
ReplyDelete