** Mohon sedekah Al Fatihah buat ibu saudara saya yang telah kembali kepada pencipta Nya sebentar tadi. Terima kasih...
Dah khatam entry JJCM @ elissmie kan ? hahaha. Hari ni tak mau cerita pasal makan la. Dah macam kuih pau terlebih kukus dah rasanya pipi ni. So hari ni entry throwback ke zaman pipi masih tidak terlebih kukus. Entry nostalgia @ elissmie.com lah kisahnya. Dulu pernah up sekali gambar baru lepas kayak. Masa ni semester 2 kat UiTM Dungun saya join Kesatria Kembara. Sebab asal sebab tak mau masuk Kesatria Negara macam semester 1. hahaha. Rupanya banyak aktiviti mencabar bila join Kesatria Kembara ni. Sampai terlepas majlis penyampaian sijil dekan. (Dah la sekali tu jer dapat masa diploma) hahaha. Jom la layan gambar-gambar nostalgia masa saya join Kesatria Kembara ni. Gambar dari album so faham-faham lah kualitinya yer..

Ni hah gambarnya. Abaikan posing terkangkang terkoyak tu. huhuhu. Ni baru sudah kena hentam ombak dan terbalik kayak. Nostalgia sungguh la. Yang paling best kayak 2 hari 1 malam dari Sungai Pasir Raja sampai Kuala Dungun. Kiranya berkayak dari sungai sampai ke laut iaitu depan UiTM Dungun tu. Siap tidur kat tepi sungai dan kena pijat. Gatal satu badan. Lagi satu sampai rentung muka. Gambar tu pun tak der sebab kamera masuk air. Sedih btol kan.
Belakang tu la lautnya tempat kayak tu. Kena panjat bukit dulu.
Ni persedian sebelum panjat Bukit Merah tepi UiTM Dungun. Kita turun kat stadium UiTM Dungun jer dulu ..hahaha. Sorry, tertidur masa amik gambar.hahaha
Masa ni boleh la senyum-senyum sebab rendah jer...
Dah nak sampai bawah..
Ni masa hari sebenar. Belakang tu la Bukit Merah yang akan dituruni oleh kami semua. Tapi sayang, gambar tu kat mana entah letak. Tak jumpa pulak.
Nasib baik ada Google Street View.Ni lah bukit yang saya terpaksa turuni tu. Masa turun tu memang azab dan menyumpah seranah la sebab yang pegang tali bawah main-main. Tapi berjaya sampai bawah dengan jayanya jugak la. Hai Suraya Hot FM, masih kah dikau ingat :p
http://www.instantstreetview.com/1s3xywz5dur3bz4wpzr4z3s
Alang-alang dah cerita pasal kenangan UiTM Dungun, tempek la sekali gambar masa belajar kat UiTM Dungun. Sila kagum dari jauh tahap kekurusan diriku .Ada kawan-kawan masih maintain lagi slim..huhuhu. Kuda orenku pun dah lama tak berarjuna bakti..huhuhu
Ni my roommate semester 2. Semester 3 kawan ku yang sorang ni dah masuk maktab dan sekarang dah jadi pendidik anak bangsa :)
Yang paling kiri, roommate semester 2 sampai 5, Azni. Azni yang rekomen kerja secretary sebelum masuk kerja UiTM . Yang paling kanan, roommate masa degree pulak. Biasalah kan, masuk degree kawan sesama geng jer awal-awal..hehehe. Yang sebelah saya tu, dah sama kerja UiTM .
Sukanya saat ni. Petang-petang jalan kat pantai lepas pekena keropok goreng dan abc sambil menghirup udara pantai...rindunya..
Dulu pak guard ada yang kamceng. Yang kamceng biasa kawan Abah saya.Maklumlah, biasa pak guard kan bekas askar. Yer, bapakku dulu soldadu . Dulu masa kat UiTM Dungun, pak guard siap boleh nasihat-nasihat kalau pakai baju tak tutup punggung, siap boleh saman tau ! Balik lewat pun tak boleh. Macam duduk sekolah asrama bukan universiti pulak kekdahnya.hahaha. Tapi sekarang , tengok budak-budak baju mak aiiii..kemain sendat, kemain mencolok mata .Tak kena saman eh :p
Tempek sekali gambar Abahku semasa dalam askar :p Askar Wataniah. Eh, macam tau tau namanya disebut. Dia kol ke missed call ni..hihihi..
hahahahahaha.. rindunye zaman Uitm dungun kan.
ReplyDeleteingat lagi x kita bergosip dalam selimut?? pastu kena marah ngan Kak Ilah??
hahahahahahahhahahaha.
Rindunyeeee.
yang tu paling ingat..hahaha.. kelakar nak mampus..tu lah gdiks sokmo..
Delete