Wednesday, December 31, 2014

Hotel Super Cowboy, Melaka , Indah Gambar dari Rupa

Penutup tahun 2014 dengan percutian keluarga kami ke Melaka. Sebenarnya, percutian keluarga ini tak dirancang pun sebab esoknya adalah Hari Keluarga ofiz my hubby. So kebetulan alang-alang dah cuti krismas tu, so terus sambung cuti hari Jumaatnya. Ingat nak bertolak awal pagi tapi malam semua pakat tidur lewat , so dalam pukul 11 baru gerak dari rumah. Sampai-sampai dalam pukul 2 lebih. Ngam-ngam soi boleh check in. Jalan agak jam sebab hujan turun sepanjang jalan ke Melaka.


Tapi servis check in memang mengecewakan. Hampir sejam juga baru dapat check in sebab ramai orang. Ada yang datang dengan booking online seperti Agoda tapi nama tak der dalam senarai. Saya buat phone reservation jer, nasib baik nama ada.Nombor booking yang dibaginya pun tak betul. Mula memang nak booking online tapi bila check di Agoda dan Booking, dah penuh pulak tarikh tu.Lagi worst case scenario, kena saman parking lagi depan hotel tu.Patutnya remind la kat pelanggan pasal parking kan. 


First time katakan datang sendiri ke Melaka. Tak sangka hari Sabtu pun kena bayar parking separuh hari. Padahal saya kena beli sebuku buku parking tu RM6 sebab diorang tak jual mengikut jam. Tak tahu la kena kencing ke apa, sebab sebelum tu dia tanya nak berapa jam.Bila tanya sampai pukul berapa nak kena bayar parking, dia cakap tak boleh beli ikut jam pulak. Kedai 24 jam tepi hotel tu. 



Ok. Jom masuk bilik pulak. Gambar hotel dan bilik dah view di Agoda dan Booking.Nampak gambar macam luas gitu. Sekali bila masuk bilik, mak aihhhh keciknya. Saya booking Cheng Ho City View. Harga cuti sekolah RM152 nett tapi kena bayar deposit RM50 ( dipulangkan bila check out).

Jom kita tengok gambar yang ada kat dalam website. Memang indah gambar dari rupa. Semua gambar kredit kepada Hotel Super Cowboy, Melaka  http://hotelsupercowboy.com/rooms.html.

Kemain luas kat depan boleh buat semayang berjemaah lagi.

TV zaman dinosour dalam gambar tapi sebenarnya flat screen . Risau jugak TV zaman dinosour ni sebab lasaknya my Nayla tu.

Siap ada almari bagai ...

Panjang mejanya dalam gambar tuh...

Hakikatnya....

Terpaksa rapatkan katil sebab tak der ruang langsung untuk solat

Lebih kurang 4 kaki jer ruangnya. Kalu tinggi memang tak lepas nak solat. Hubby pun mcm tak lepas nak solat saya tengok..huhuhu..Rasa bersalah sangat rasa booking bilik ni. Kalau tahu amik yang mahal sket janji selesa.

Kemudahan yang ada.

Almari pakaian memang tak der. Just tempat gantung baju jer tak tersnap. Dalam gambar kemain ada almari kau. hahaha

Tengok bahagian depan tu, muat-muat badan jer lalu depan katil. Dalam gambar kemain luas.Memang duk atas katil jer lah.Nasib ada aircond untuk puteri-puteri lilin mak.TV flat skrin. Wifi ada tapi langsung tak boleh connect. 

Breakfast pun tak berapa nak semenggah sangat. Menu asal boleh jer. Ada mee goreng dan nasi goreng. Sosej , roti dan baked bean. Sekian cerita hotel yang tak best tapi cerita JJCM mungkin pengubat percutian ke Melaka hari tu. 

Surat Cinta. Terima kasih Melaka atas memori indah ini. Nasib baik kena bayar RM10 jer .Mungkin sebab bayar awal kot. 

________________________________________________________________________________

MISI BANTUAN BENCANA BANJIR MUSLIM CARE FASA 2  @ Kompleks Darul Thibbun Nabawi, Seksyen 8, Shah Alam

Setelah tamatnya Bantuan Bencana Banjir fasa pertama, hari ini kami melancarkan Bantuan Banjir Fasa kedua yang memfokuskan pembangunan semula dan pemulihan harta benda yang musnah semasa bencana.
Untuk fasa kedua, kami sangat-sangat memerlukan tenaga sukarelawan bagi melancarkan misi bantuan bencana banjir ini untuk dihantar ke lokasi bencana bagi menjalankan kerja-kerja seperti:
1. Pembersihan
2. Membaik pulih kerosakan
3. Pengagihan bantuan
4. Pembinaan semula
5. Dan apa-apa tugas dari masa ke semasa
Kepada yang berminat, berikut adalah jadual Perlepasan sukarelawan untuk misi fasa kedua ini:
Team Ke-2: 5-7hb Januari 2015
Team Ke-3: 7-9hb Januari 2015
T̶e̶a̶m̶ ̶K̶e̶-̶4̶:̶ ̶9̶-̶1̶1̶h̶b̶ ̶J̶a̶n̶u̶a̶r̶i̶ ̶2̶0̶1̶5̶ (SUDAH PENUH)
Bertolak dari Pusat Operasi kami di Thibbun Nabawi, Seksyen 8, Shah Alam tepat jam 9pm pada tarikh yang telah ditetapkan.
Pengangkutan, penginapan dan makan disediakan. Sila bawa pakaian yang sesuai untuk kerja2 mencuci. Digalakkan membawa kasut getah (Rubber boot).
Sumbangan barangan bagi kerja-kerja pembersihan juga diperlukan dan kami menerima barangan seperti senarai ini sahaja dipusat operasi kami, iaitu:
- WANG TUNAI
- WATER JET
- PERALATAN MENCUCI
- WATER PUMP
- HOSE
- TIKAR LIPAT
- PENYODOK TANAH
- PENYAPU BERUS DLL
- GENERATOR SET
- GAS MASAK
- DAPUR GAS
Semua barangan boleh boleh dihantar ke Pusat Operasi kami di:
Kompleks Darul Thibbun Nabawi
Jalan Tebing 8/8, Seksyen 8,
40000 Shah Alam, Selangor
GPS: http://bit.ly/1B592fY
Wang tunai boleh disalurkan kedalam akaun kami seperti berikut:
Maybank Account:
564490413882 Muslim Care Malaysia
RHB Account:
26-2120-0000-4747 Muslim Care
Bank Muamalat Account:
14010007654717 Muslim Care Malaysia
Bank Islam:
14014010147470 Muslim Care Malaysia
14032010093666 Muslim Care Malaysia
ataupun sumbangan online di http://www.muslimcare.org.my/derma/
Maklumkan tujuan sumbangan anda di talian berikut:
Abdul Razak Mohamed: 011-1571-1581
Amina Tahir 019-860-1837

Mohon rakan blog untuk viralkan post ini. Mereka mengharapkan sumbangan orang ramai untuk meringankan beban mangsa bencana banjir ini.Sumbangan masih boleh dihantar sehingga pemberitahuan kelak. 


Monday, December 22, 2014

Dinner @ Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Shah Alam

Hari ni kita memulakan hari Isnin dengan segmen JJCM @ elissmie aci ke tak ? Aci tak aci tak kira. Lama dah peram entry ini. Kali ni kita try Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Shah Alam pulak. Dulu dah pernah cuba Cawangan Dang Wangi. Jom kita rasa , ada perbezaan ke tidak. 


Masih mengekalkan warna bangunan yang sama iaitu hijau. 
Berada di simpang masuk ke Padang Jawa. Ni amik dari dalam kereta.

My nuha dan my hubby's niece

Me and my hubby

My princess dengan posing malas layan 

Tengok budak banyak akal..buat muka pulak..huhuhu

Suasana dalam restoren

Mengekalkan konsep less is more

Ini menu yang kami order

Makanan dah sampai . Fried rice with beef untuk my Nuha dan Nayla
RM 8.00

Wet Mee With Black Fungus and Beef
RM 9.80

Wet Mee With Mushroom and Beef
RM 9.80

Jemput tengok..hehehe

Ni hubby punya. Mee Soup with Braised Beef

RM 8

Overall, rasa memang sama macam yang saya pernah cuba sebelum ini di Dang Wangi tapi portionnya mungkin telah dikecilkan sesuai dengan citarasa orang kita. Sebelum ni di Dang Wangi memang tak boleh habis 1 potion tapi di Cawangan Shah Alam, boleh habis sepinggan sorang. Rasa dan kualiti masih sama dan servis pun not bad even pergi hari minggu dan ramai orang. Boleh dicuba lagi lepas ni :) 


Korang pernah ke makan mee tarik ni ? 

p/s: 



 Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Shah Alam 
B-27 Alam Venue 2 , Jalan Serai Wangi K 
16/6 Shah Alam Selangor 
 Tel :012 6826295


Tuesday, December 16, 2014

Persiapan persekolahan dan Senarai Buku dan Alat Tulis Tahun 1 2015

Aura nak kerja dan berbelog lemau pulak dah cuti sampai 5 hari. Banyak cerita tertunda dalam kepala ni. JJCM pun ada 3 entry tak keluarkan lagi. hahaha . Hari ni cerita pasal persiapan persekolahan my Nuha yang akan menjelma tak berapa lama lagi. Berdebar pulak maknya.

Hari tu ada terbaca entry Mama Tisya pasal beli baju sekolah murah di Pusat Pakaian Hari Hari. So moh ler kesana, mencari baju sekolah my Nuha. Ada jer di Klang tapi dah terbiasa membeli belah di Shah Alam, kami ke Pusat Pakaian Hari Hari Seksyen 18 berdekatan dengan Pasaraya Ole Ole. kat Ole Ole pun ada tapi kami terus pergi kedai. Sama jer dua ni. Kalau tak de stok kat sini, jurujual dia pergi berlari kesana amik stok.hahaha

Boleh dikatakan semua persiapan persekolahan beli kat sini sebabnya senang sekali harung jer. Malas nak survey kat tempat lain dah. Lagipun barang yang nak beli tu semua ada kat sini. Dan tak penat berjalan sebab tempat pun tak besar mana kan. Lagi satu jurujual tu memang akan layan kita. Ukur-ukur baju dan bagitau jer nak yang macam mana dan nak apa. 

Inilah cawangan yang saya pergi.
26, Jln Pinang 18/C, Sec 18, 40000 Shah Alam, Selangor. 
Tel : 03-55427318 
Waktu Operasi : 10:30am - 10:00pm

 Cawangan lain boleh lihat alamat kat sini. 


My Nuha dah tak sabar nak masuk Tahun 1 katanya..
Orientasi sekolah dia 3 Januari nanti. 

My Nayla pun sibuk jugak nak beg sekolah :) 

Macam macam ada kat dalam kedai. 

Kelengkapan sekolah  yang sudah dibeli. Beg sekolah kebangsaan beli kat Tesco sebab bila tengok website SWAN , Tesco antara authorised dealer beg SWAN. So terjah Tesco Extra Shah Alam. Beg tu RM89.90. Saya baca kat forum diorang kata beg SWAN tahan lasak. Tu yang cari SWAN jugak tu. Cawangan SWAN yang lain :  http://www.swanbag.com/html/wheretobuy.aspx
Beg biru comel tu my Nayla punya. Kemain seronok dapat beg. Satu lagi beg sekolah agama my Nuha beli kat The Store RM 31.90

Bil kat Pusat Pakaian Hari-hari yang paling panjang :)
Kasut sekolah beli di Bata sepasang dan Yebeng S/B bersebelahan dengan kedai Pusat Pakaian Hari hari tu jugak. Senang kerja mak..hahaha

Melaram dengan baju sekolah baru. 
Baju kurung beli 3 jenis kain sebab nak beli semua terus so tak der stok.RM 25.90, RM31.90 dan RM 33.90 . ( Beli 4 pasang sekolah kebangsaan dan 4 pasang sekolah agama - Kes mak nak gosok sekali harung baju sekolah) 
Tudung lycra RM 9.90
Kasut RM27.90
Stokin RM 5.50 ( 3 pasang)
Serkup RM 1.90

Baju ok kecuali tangan dia labuh sket. Lipat jer lah. Tapi kain memang kena pergi alter. 
Dah suruh jiran tepi rumah alter. Kebetulan ada jiran tailor.Senang kerja mak..hehehe. Lencana dan nama pun dah dapat semalam, so minta jiran jahitkan pada tudung terus. Dulu jahit nama kat baju kat Seksyen 7 RM 1 untuk satu tanda nama. 

Semalam dah pergi sekolah untuk beli buku latihan dan kelengkapan sekolah. 
Ni list buku dan kelengkapan untuk Tahun 1. 


Dekat-dekat RM100 jugak..Tinggal nak beli alat tulis jer lagi. Lepas ni duk diam-diam.hahaha
Total keseluruhan : RM 600 ++


Korang dah buat persiapan persekolahan anak-anak tahun 2015 ? 


Wednesday, December 03, 2014

Kesatria Kembara UiTM Dungun 2001/2002

** Mohon sedekah Al Fatihah buat ibu saudara saya yang telah kembali kepada pencipta Nya sebentar tadi. Terima kasih...

Dah khatam entry JJCM @ elissmie kan ? hahaha. Hari ni tak mau cerita pasal makan la. Dah macam kuih pau terlebih kukus dah rasanya pipi ni.  So hari ni entry throwback ke zaman pipi masih tidak terlebih kukus. Entry nostalgia @ elissmie.com lah kisahnya. Dulu pernah up sekali gambar baru lepas kayak. Masa ni semester 2 kat UiTM Dungun  saya join Kesatria Kembara. Sebab asal sebab tak mau masuk Kesatria Negara macam semester 1. hahaha. Rupanya banyak aktiviti mencabar bila join Kesatria Kembara ni. Sampai terlepas majlis penyampaian sijil dekan. (Dah la sekali tu jer dapat masa diploma) hahaha. Jom la layan gambar-gambar nostalgia masa saya join Kesatria Kembara ni. Gambar dari album so faham-faham lah kualitinya yer..

Ni hah gambarnya. Abaikan posing terkangkang terkoyak tu. huhuhu. Ni baru sudah kena hentam ombak dan terbalik kayak. Nostalgia sungguh la. Yang paling best kayak 2 hari 1 malam dari Sungai Pasir Raja sampai Kuala Dungun. Kiranya berkayak dari sungai sampai ke laut iaitu depan UiTM Dungun tu.  Siap tidur kat tepi sungai dan kena pijat. Gatal satu badan. Lagi satu sampai rentung muka. Gambar tu pun tak der sebab kamera masuk air. Sedih btol kan. 


Belakang tu la lautnya tempat kayak tu. Kena panjat bukit dulu. 

Ni persedian sebelum panjat Bukit Merah tepi UiTM Dungun. Kita turun kat stadium UiTM Dungun jer dulu ..hahaha. Sorry, tertidur masa amik gambar.hahaha

Masa ni boleh la senyum-senyum sebab rendah jer...

Dah nak sampai bawah..

Ni masa hari sebenar. Belakang tu la Bukit Merah yang akan dituruni oleh kami semua. Tapi sayang, gambar tu kat mana entah letak. Tak jumpa pulak.


Nasib baik ada Google Street View.Ni lah bukit yang saya terpaksa turuni tu. Masa turun tu memang azab dan menyumpah seranah la sebab yang pegang tali bawah main-main. Tapi berjaya sampai bawah dengan jayanya jugak la. Hai Suraya Hot FM, masih kah dikau ingat :p 

http://www.instantstreetview.com/1s3xywz5dur3bz4wpzr4z3s 

Alang-alang dah cerita pasal kenangan UiTM Dungun, tempek la sekali gambar masa belajar kat UiTM Dungun. Sila kagum dari jauh tahap kekurusan diriku .Ada kawan-kawan masih maintain lagi slim..huhuhu. Kuda orenku pun dah lama tak berarjuna bakti..huhuhu

Ni my roommate semester 2. Semester 3 kawan ku yang sorang ni dah masuk maktab dan sekarang dah jadi pendidik anak bangsa :) 

Yang paling kiri, roommate semester 2 sampai 5, Azni. Azni yang rekomen kerja secretary sebelum masuk kerja UiTM . Yang paling kanan, roommate masa degree pulak. Biasalah kan, masuk degree kawan sesama geng jer awal-awal..hehehe. Yang sebelah saya tu, dah sama kerja UiTM . 

Sukanya saat ni. Petang-petang jalan kat pantai lepas pekena keropok goreng dan abc sambil menghirup udara pantai...rindunya..

Dulu pak guard ada yang kamceng. Yang kamceng biasa kawan Abah saya.Maklumlah, biasa pak guard kan bekas askar. Yer, bapakku dulu soldadu . Dulu masa kat UiTM Dungun,  pak guard siap boleh nasihat-nasihat kalau pakai baju tak tutup punggung, siap boleh saman tau ! Balik lewat pun tak boleh. Macam duduk sekolah asrama bukan universiti pulak kekdahnya.hahaha. Tapi sekarang , tengok budak-budak baju mak aiiii..kemain sendat, kemain mencolok mata .Tak kena saman eh :p 


Tempek sekali gambar Abahku semasa dalam askar :p Askar Wataniah. Eh, macam tau tau namanya disebut. Dia kol ke missed call ni..hihihi..

Tuesday, December 02, 2014

Ujian Pengesanan Tahun 1 Sekolah Kebangsaan

Ini kisah 2 minggu lepas. Sebulan sebelum tu dapat surat dari sekolah , ( sampul surat yang disertakan masa buat pengesahan sekolah hari tu ) Macam biasalah kan, anak nak amik exam , mak lah yang paling nervous sekali. My hubby siap amik cuti lagi nak sokongan moral kat my Nuha.Ujian pengesanan Tahun 1 ni katanya akan menentukan kelas bila masuk Tahun 1 nanti. Senang pihak sekolah bagi perhatian katanya kalau dah tahu kat mana kelemahan pelajar tu.
Lepas register nama, my Nuha kena beratur dalam kelas sementara dan akan dibawa ke kelas untuk menduduki ujian. Alhamdulillah, my Nuha nampak ok jer even ada jugak budak yang menangis. Masa diorang tengah ujian, ibu bapa pulak menanti di dewan mendengar taklimat untuk ibu bapa berkenaan sekolah , PIBG dan peraturan sekolah. 

Jom la layan gambar masa hari kejadian :)

My Nuha. Good luck sayang !


Adik pun kena paksa bangun dan mandi awal :)

My princess :) 

My Nuha duduk dalam barisan kelas sementara menunggu dibawa ke kelas untuk ujian. 

My Nayla pun sibuk jugak sekali nak beratur dengan kakak . Kemain seronok dia.

Ibu bapa yang hadir

Guru besar menunggu untuk bagi taklimat

My Nuha dibawa ke kelas untuk ujian

Adik dengar taklimat yer..

My Nayla ni pantang orang puji dia cantik. Terus nak pergi dekat. Siap amik gambar lagi. 


Keluar jer kelas, my Nuha cakap lapar.Pagi tu dia tak makan sangat masa breakfast. Terus bawa ke kantin sekolah yang memang dibuka untuk hari tu. Ini harga makanan kat sekolah my Nuha. Rasanya RM5 untuk sesi pagi cukup kalau dia tak beli merapu-rapu. Nasi dan Mee RM1 jer semua.Air pun RM1. Kuih dari 20 ¢ - RM 1. 


Korang bagi anak korang belanja sekolah berapa ringgit ? 

p/s;
Pasal ujian pengesanan tu my nuha cakap soalan dia ada bahasa melayu, matematik dan bahasa inggeris.Bahasa inggeris katanya kena tulis perkataan berpandukan gambar dalam kelas. Yang dia ingat eraser jer katanya.hahaha. Yang matematik dan bahasa melayu dia jawab semua.Tak per lah nak, baru nak masuk tahun 1. Nanti belajar rajin-rajin. 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)