Thursday, November 13, 2014

My New RayBan , silau bertambah 4 kali ganda , kenapa yer?

Tahun ni genap tiga tahun saya bercermin mata secara konsisten semasa memandu . Saya rabun jauh masa diploma lagi tapi saya on off jer pakai sebab tak rabun sangat. Power pun tak naik sangat. Duk tang tu jer 100. Tapi silau saya telah bertambah dari 50 tahun lepas menjadi 225. Agak mendadak kenaikannya patut lah hari tu masa memandu malam saya rasa silau sangat, rupanya powernya dah lari.Rabun silau juga dikenali sebagai Astigmatism. Betul ke kerap menggosok mata menjadi punca rabun silau ni makin naik? Saya memang gemar la gosok mata tuh..hahaha. Papa Mifz tolong jawabkan plz :)


Kadang – kadang rabun silau boleh disebabkan oleh masalah kornea seperti parut pada kornea, luka pada kornea dan keratokonus (keadaan dimana kornea semakin menipis dan semakin berbentuk kon). - http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/umum/optomeri/rabun-silau


rabun silau

Mata Normal
Kali ni saya memilih spek yang berbingkai besar pulak. Dah bosan pakai jenis yang berbingkai kecil . Dan seperti biasa pilihan saya jenis yang tiada nose pad yang menyusahkan tu .

Inilah my new RayBan

Harga spek dengan lense photogrey RM270. Patutnya RM290 tapi saya cakap nak harga tahun lepas jugak so dia bagi saya diskaun. 
Hadiah anniversary untuk diri sendiri tahun ni..hahaha

Dah pakai spek ni dua hari tapi saya masih tak serasi lagi dengan spek ni. Saya pakai spek ni rasa macam saya pakai kasut tumit tinggi. Bila drive macam saya dalam MPV ok. Tak perlu beli MPV, pakai spek ni jer..hahaha. Mungkin sebelum ni saya pakai bingkai yang kecil kot jadi ada beza besar bila pakai jenis bingkai besar ni sebab kantanya besar. huhuhu. Esok kalau tak ok lagi, saya nak kena betulkan balik nampaknya. 


My Nuha cakap Ummi macam cikgu sekolah...hahahaha

Korang rasa ok tak ? Apa macam cikgu besar ??? nak kena ni..nak kena...hahaha

Footage of a little girl and her personal water park. This might be the cutest video you have ever seen. 

6 Comments:

  1. mcm guru besar? hehehe...comel la nuha ni...sama la eliss...silau mnjadi2...masalahnya sakit kepala sgt2 smp kdng nk termuntah rasanya..sebab skrng ni kadang pakai kdang tak pakai aje..

    ReplyDelete
  2. saya pun baru 3 bulan lepas buat spek...dan for the 1st time, jenis yg takde nose pad...mmg mudah!

    ReplyDelete
  3. Dah lama x nampak PapaMifz kan.
    kalo dulu PapaMifz yg rajin bercerita pasal mata nih.
    kadang2 boleh trus pergi tanya kat blog dia.. hehehe

    Haah lah.. mcm cikgu besar.. larikkkkkkkkkk.

    ReplyDelete
  4. waaaah... cikgu sekolah.. bertambah laaa silau yea.. ok lah tu.. Rayban.

    ReplyDelete
  5. Bahaya gak silau ni kan..
    Bahaya kalau drive memalam..
    Nak pakai spek pun rimas..

    MJ alhamdulillah mata amsih elok..

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)