Wednesday, August 13, 2014

Usaha kecil menjaga keindahan pantai di sekitar Dungun

Sebagai seorang anak kelahiran Terengganu, saya ingin mencadangkan usaha kecil kita dalam menjaga keindahan pantai di sekitar Dungun.  Sebenarnya ini adalah inisiatif my hubby yang saya rasa bagus untuk dikongsikan. Semasa kami nak berhenti makan di tepi pantai di Dungun hari tu, memang ada banyak pondok yang disediakan oleh Majlis Daerah Dungun tapi kebanyakan tempat kotor. Memang tak lalu nak duduk. Ada saya tengok bawa tikar sendiri dan duduk berkelah bawah pokok sebab tak selera nak duduk kat pondok yang disediakan.

Pemandangan pantai di sekitar Dungun. Cantik kan ? 

Sekarang diorang tengah buat tambak kat pantai di Dungun selepas kejadian hakisan yang teruk hari tu. Makin sempit kawasan pantai. 
 
Ni kat area Teluk Gadong tepi UiTM Dungun. Sayang kalau tak terjaga kan. 

Sempat pekena air jagung float. 


Jom pekena CT.. 
CT = Celup Tepung lah kan.


Cadangan saya, apa kata setiap kali selepas menggunakan pondok tu, apa salahnya bersihkan pondok tersebut untuk kemudahan pengunjung seterusnya. Lagi satu , apa salahnya buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan kat situ. Tak patah tangan pun kan..
Setuju ? #sayangipantaikita #pantaidungun #iniwilayahpantaitimur

Posing dengan anak-anak sebelum pulang :)


Dikesempatan ini, saya mengucapkan happy dating anniversary kita yang kesebelas sayang yang telah lepas ( 2.8.2003- 2.8.2014) iaitu bersamaan dengan hari lahir anakanda yang pertama :) Semoga kita kekal bercinta dan berbahagia sampai ke jannah...Aku ingin menjadi ketua bidadarimu dunia dan akhirat...Aaaminnn...
p/s:


7 Comments:

  1. tempat dating aku dulu2 ... hahaha

    ReplyDelete
  2. Saya suka pantai2 di Terengganu..cantik....dan antara yg tercantik, ialah di sepanjang pesisir Dungun...pantai di area Tg Jara tu contohnya, sangat cantik...Mmg patut buat sesuatu..yg paling penting mentaliti orang kita kena ubah...pengotor! Saya dah banyak kali jelajah pantai2 si sepanjang pesisir Australia Barat..mmg cantik, bersih..nak jumpa sebiji botol kosong pun payah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..memang cantik.. sayang kalu tak dijaga dengan baik kan :)

      Delete
  3. betul apa yg dicadangkan itu..daripada kita duk menuding jari pada pihak2 tertentu, lebih baik kita sendiri yg mulakan dulu..

    ReplyDelete
  4. Wahhh sedap lepak tepi pantai sambil makan CT.. hehee nama baru ni.. cheq baru tau :D

    ReplyDelete
  5. hoho..bagus.

    biarpun kecil. Tapi besar kesannya.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)