Hari ni nak kongsikan pengalaman pertama anak saya iaitu my nuha berpuasa. Alhamdulillah, semalam mampu berpuasa penuh sampai waktu berbuka setelah bermacam-macam drama yang keluar termasuk drama air mata. hahaha . Mungkin entry Cara Melatih Anak Berpuasa yang saya kongsikan dulu boleh dipraktiskan.
Waktu sahur, saya panaskan mee goreng baki malam tu dan gorengkan telur goreng. Siap-siapkan buat air milo ais dan kejut dia bangun. Mudah sekali dia bangun sebab sebelum tidur dah tanya dia nak puasa tak esok. Dia kata nak. Kalau nak kena bangun sahur saya kata. Dia pun dah faham sebab selalu duk ulang-ulang tengok Upin dan Ipin episod Ramadhan tu kan.
Berselera sekali makannya waktu sahur tu. Sepinggan mee habis dimakannya.
Semalam, awal pulak bangunnya pagi tu. Saya pulak, lepas Subuh penat sangat tertidur balik.Sebab malam tu dekat pukul 1 pagi baru sampai rumah dari KL hantar anak buah hubby ke rumah sewa dia. Dah awal tu dia tengok TV. Pukul 10 lebih dia kejut saya, Ummi saya lapar sangat dah tak tahan. Terus saya bangun duduk dengan dia dan pujuk-pujuk sambil cerita pasal orang yang kat Afrika ada yang tak makan sampai kurus kering bukan setakat sampai pukul 7 ajer. Saya kata, kakak mesti boleh punya tahan sebab masih boleh bercakap lagi. Nanti kalau kakak lapar sangat sampai tak boleh bercakap, baru Ummi bagi makan.
Petang tu, Abah dia janji akan belikan hadiah kalau dia puasa penuh sebulan ni. Muka dia dah excited sangat tu sebab akhir-akhir ni memang jarang belikan dia mainan sebab lebih belikan dia buku atau stationery. Lepas tu pujuk-pujuk dan tanya dia nak makan apa untuk berbuka. Dia request Nasi Lemak Ayam Goreng. Petang semalam, kami ke bazar Ramadhan di Seksyen 7 Shah Alam memenuhi kehendak orang yang pertama kali puasa ni. Alhamdulillah, ada rezeki dia Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah . Tercari-cari gerai Mak Uda Selera Pantai Timur tapi tahun ni macam tak der jer.Sobs. Tapi nasib baik ada gerai lain yang jual Nasi Minyak dan Nasi Dagang juga dan boleh tahan masakannya. Gerai tu paling hujung tepi jalan kalau nak cuba yer :) Ada banner Nasi Dagang Penyu Menangis tak silap . Lupa nak amik gambar gerai.
Alhamdulillah, berjaya my Nuha mengharungi puasa di hari pertama dengan jayanya. Makan pun banyak ...hihihi
Dr Mohd Fadhilah Kamsah kata, nak ajar anak puasa, ajar anak solat dulu .
#telekungselfie #telekunglycrarm35
Hari ni bekalkan dia 2 ketul roti ni sambil pesan ' Kalau kakak lapar sampai tak boleh bercakap baru makan roti ni tau ' ....hahaha . Harap-harap cikgu pun memberi sokongan moral untuk anak mak hari ni :p
Updated : Hari kedua gagal puasa sebab cikgu ajak dia pergi makan. Aduyai.. Dia cakap dia malu sebab puasa! Apakah ? Apakah ? Harap-harap hari ni dia mampu berpuasa lagi...Tadi tanya cikgu, cikgu kata ingat dia tak puasa..Padahal dah cakap masa hantar semalam.
Korang start melatih anak-anak puasa dari umur berapa ? Ada tips yang ingin korang kongsi tak ? #seconddayfasting
Heheheh.. bagus Nuha.. penuh 1 hari puasa.
ReplyDeletekakak Anis buka puasa pukul 5.30 petang..
drama air mata x menahan. mungkin sebab sahur makan sosej jer.
tak boleh bertahan sampai berbuka.
tahniah nuha...
ReplyDeletemoga hari ni berjaya jugak
lya pon bru ajar asya pose ni..umur 6 thn..tp tahan smpai kul 5pm je.. xpela..slow2..lya pon xde tip lagi nak share..sbb 1st experience
ReplyDeleteSalam Ramadhan dari Lya
mencabar niii...huhu...belum latih anak lagi ni..
ReplyDelete