Monday, May 12, 2014

Mangga Harumanis Perlis, pernah cuba ?

Sebelum tu, Selamat Hari Ibu buat My Ma & My Mak. Kalian ibu hebat dan buat semua yang bergelar ibu dan bakal jadi ibu. Hari ni Hari Nurse Sedunia kan. Selamat hari nurse juga la kepada seluruh misi yang pernah menjaga dan merawatku especially nurse yang menyambut kelahiranku di Hospital Jerteh dan menyambut kelahiran anak-anakku di Darul Ehsan Medical Centre, DEMC .


Ok, berbalik cerita pasal Harummanis. Hari tu beli dengan kawan yang balik ke Utara. Terima kasih yer Naim. Harga sekilo RM24. Yang kat bawah ni dah bagi sebiji kat Ad. Harga RM26 untuk 4 biji lah kiranya. Dulu pernah makan tak silap Ayah Kak Long yang belikan. Ni kiranya pertama kali beli sendiri harumanis. 

Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yangtebal kekuningan serta rasanya yangenakpasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya.Musim Harumanis adalah sekitar hujung bulan April / awal Mei hingga awal Jun. Biasanya hasil buah sudah habis sebelum sempat memasuki bulan Jun.
3 biji harumanis yang sedia untuk dimakan . Memang manis meleting orang terengganu kata. Bau pun harum jer sesuai dengan nama dia. Manis meleting = manis sangat lah. 

Setelah dikupas, letak sekejap dalam peti..Sekali hadap jer...hihihi
Tak sempat nak buat pulut mangga...


Bagi yang mengidam tu, magga harumanis ni korang boleh beli online tau seperti kat bawah ni tapi harga dah naik la sekarang yer..Pastikan yang ori yer sebab ada yang jual tepi jalan tak ori...



Jadual harga musim 2014:
1 Mac hingga 31 Mac = RM23 / kg (pra tempahan)
1 April hingga 2 Mei = RM25 / kg
3 Mei hingga 15 Mei  = RM28 / kg
15 Mei ke atas + RM35 / kg

Pihak kami akan mengikut harga pasaran semasa.
Sila buat tempahan sebelum kenaikan harga pasaran.
Mulai musim 2014, tempahan minimum adalah 4kg



Nak cerita juga nostalgia pasal mangga tapi bukan harumanis la. Biasa mempelam siam. Teringat masa kecik-kecik dulu, abah dan ma ajar makan mangga dengan sudu. Korang pernah try tak ? Belah mangga jangan bagi kena bahagian biji belakang dan depan. Nak makan, amik sudu jer korek isi. Nostalgia sungguh kan. Lagi satu part biji tu, semua nak berebut padahal tak der isi sangat pun kat situ kan..hehehe


credit http://ww2.mango.org.in/


Korang suka makan Mangga tak ? 

p/s:

Watch this if you're having a bad hair day. 

3 Comments:

  1. Ramai yang tak sanggup nak tahan untuk tanam harummanis ni, modal pusingan memang kena tinggi sebab 3-4 tahun pertama memang tak boleh tuai lagi...tapi bila dah buat,alhamdulillah..tahun ni yang paling dashyat harganya, saya ingat baru 3-4 tahun lepas, untuk gred A cuma 10 hengget sekilo..

    sedap kan pelam harum manis tu?

    ReplyDelete
  2. part berebut nak biji...semua pun sama jer ek....tp tu zaman kita kecik2 dulu....zaman anak2 skg....x nak pun makan biji

    ReplyDelete
  3. memang sedap harum manis nih..asben sy org perlis..so penah la makan..

    tapinya mahal bangat sampai rm35/kg..huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)