Tuesday, April 15, 2014

Tips Beli Susu Murah dan Kole Percuma

* Susu ibu lebih baik dari susu formula. Tiada siapa mampu menafikan.Baca dengan minda terbuka ok ! Susu badan tu rezeki Allah, kalau Allah nak tarik, macam tu ajer ( kun fayakun ).Susu formula pun rezeki dari Allah juga kan. ok bai !

Sebenarnya sudah lama saya tak beli susu di pasaraya terkemuka sejak dapat tahu yang kedai ubat cina atau sensei jual susu murah. Memang terkesan sebab my Nayla minum susu mahal sket dari kakaknya, my Nuha. So sejak lebih setahun ni, kitorang memang beli susu di kedai ubat cina ni.


 Rezeki my Nayla setakat 6 bulan sahaja dengan susu badan disebabkan masalah darah tinggi. Dah la dah 3 kali terkena ubat darah tinggi yang dimakan tidak sesuai untuk bayi. Geram memang geram juga lah dengan doktor yang prescribe ubat tu even di klinik kerajaan yang katanya mesra bayi. Nasib baik my Nayla tidak ada kesan sampingan tapi kesannya susu ibu merudum teruk sejak dalam pantang. Sedih jugak sebab tak berani mencuba suplemen yang ada dipasaran sebab takut tak bersesuaian dengan ubat darah tinggi yang dimakan. Bidan yang datang berurut tu pun terkejut bila urut tak der susu. Rezeki anak lain-lain kan. My Nuha dulu agaknya berbangga sangat sampai 2 tahun 3 bulan dengan susu ibu. huhuhu . Kafarah dosa ibu dia la ni. Moga ada rezeki susu badan untuk anak ketiga nanti. 


Inilah rezeki my Nayla. My Nayla minum susu S-26. 
Masa sebelum setahun hari tu susu (Step 1 Promise 1.2 KG) harga RM64.70.Kalau di Tesco dan Giant RM70++.
Utk Step 3 S-26 Progress 1.2 KG harganya RM49.90  .Tengok di website tesco RM 54.70 :- http://eshop.tesco.com.my/en-GB/ProductDetail/ProductDetail/7070375046
Sekarang siap ada promosi percuma 1 kole. Ada 5 pilihan design untuk dipilih :) Cantik kan ? 


Kedai Ubat Dan Runcit Yong Xin
Alamat Kedai : No. 89, Jalan Cokmar 1, Mutiara Bukit Raja, Bukit Raja,
 Klang, 41050, Klang, Selangor 41050‎ 
03-3342 6345


Peta lokasi ( klik untuk pembesaran berganda)


Korang beli susu murah kat mana ? Kongsikan disini yer :)
#susumurah


#DGWWWOW is BACK! 

12 Comments:

  1. Susu kat kedai ubat cina memang selalunya lagi murah dari pasaraya. Saya pun beli kat kedai runcit cina area rumah saya je... Amira minum Dutch Lady je.. Senang nak cari kat mana2..

    ReplyDelete
  2. speed99 kalau tedesak tak dan simpan stock...cam mamaizz akan tgok beza harga retail dengan harga jual agak2 jauh tu murah la kot...hihi

    ReplyDelete
  3. anak bongsu saya pun guna S26..Step 1...ya, susu ni mmg mahal...tu sebab saya pun cari kat kedai ubat cina, mmg beza banyak juga harga nya...:)

    selalu saya beli kat kedai ubat cina di Setia Alam...Yg kedai awak pergi ni, saya selalu lalu jugak depannya, cuma tak tergerak hati nak pergi check...boleh la saya try nanti...:)


    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Daddy ZIyad, kedai sensei kt setia alam tu, apa nama kedainya yer.?saya ingt nk cari gak susu anak kt kedai ubat cina tapi x tahu kat mana letaknya...jarang nampak.huhu

      Delete
  4. susu anak sulong saya pakai lactogen je.. susu murah jew.. huhuhu.. nak beli lagi murah kat family store.. memang murah..

    ReplyDelete
  5. 99speedmart murah jugak susu kan eliss? tapi kedai sensei memang murah...agaknya camne dia leh dpt murah kan..haritu tgk harga memang beza sgt dgn kat kedai..

    ReplyDelete
  6. TQ info dari tuan blog..baru pergi kedai yang dimaksudkan,,saya beli sustagen junior 1+ RM53.50 x 4 pack.dan s26 step 1 RM70.20 x2pack..

    ReplyDelete
  7. kedai sensei area gombak kt mana yee..ada sape2 tau??? pls...

    ReplyDelete
  8. kedai sensei area gombak kat mana yeee..ada sape2 tau??plsssss

    ReplyDelete
  9. kedai sensei area gombak kt mana yee..ada sape2 tau??plssss

    ReplyDelete
  10. Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)