Korang pernah ada pengalaman menggunakan telefon kecemasan yang biasanya ada di lebuhraya dan hentian R & R . Hari tu masa pulang ke Terengganu berhenti sekejap di hentian R & R Temerloh, tergerak pulak hati nak tengok macam mana nak menggunakan telefon kecemasan tu. Mana tahu mungkin memerlukan bantuan telefon kecemasan ni pada masa mendatang. Rasanya ramai pun tak ambil peduli kan?
Mesti korang perasan papan tanda ni kan ?
Inilah telefon kecemasan tu. Tapi bukan macam telefon biasa yang ada gagang.
SOS bukan sos cili pulak tau !
SOS is the commonly used description for the international Morse code distress signal
Ini langkah-langkah untuk membuat panggilan kecemasan
1 ) Tekan butang untuk bantuan
2) Dengar dan patuhi arahan
3) Mulakan perbualan
Saya pun pernah ada pengalaman kecemasan di lebuh raya sebab tayar kereta pancit. Boleh baca pengalaman saya tu disini http://www.elissmie.com/2010/09/pancit-kat-tengah-highway-apa-nak-buat.html
Apakah yang perlu dilakukan oleh pengguna jika kenderaan rosak di lebuh raya?
-Tempatkan kenderaan di kawasan yang selamat seperti di lorong kecemasan, kawasan rehat & rawat, dan kawasan hentian sebelah, jika boleh.
-Nyalakan lampu isyarat kecemasan.
-Pastikan semua penumpang berada di kawasan yang selamat iaitu di luar jajaran atau atau sekurang-kurangnya 2 meter dari rel adang (guard rail) dan longkang yang berada di luar kawasan turapan.
-Letakkan segitiga amaran atau lain-lain peralatan amaran yang dibenarkan kira-kira 50 meter di belakang kenderaan yang rosak. Sila elakkan daripada menggunakan ranting/dahan pokok sebagai peralatan amaran kerana ianya berpotensi untuk membahayakan pengguna lain.
-Sekiranya bantuan lanjut diperlukan, Syarikat Konsesi boleh dihubungi di talian berikut :
Sila nyatakan:-
a. Nama pelapor;
b. No. kenderaan;
c. Lokasi kejadian (KM );
d. Arah (bound);
e. Jenis kerosakan, jika boleh.
BIL | LEBUHRAYA | NO TEL KECEMASAN |
1 | PROJEK LEBUHRAYA UTARA - SELATAN (PLUS) | 1800880000 |
2 | LALUAN KEDUA SINGAPURA - MALAYSIA (LINK 2) | |
3 | JAMBATAN PULAU PINANG (PBSB) | |
4 | LEBUHRAYA SEREMBAN - PORT DICKSON (SPDH) | |
5 | LEBUHRAYA BUTTERWORTH - KULIM (BKE) | |
6 | LEBUHRAYA KL - KARAK (KLK) | 09-5479111 |
7 | LEBUHRAYA PANTAI TIMUR FASA 1 (LPT 1) | |
8 | LEBUHRAYA KAJANG SILK | 1800881997 / 03-89210123 |
9 | LEBUHRAYA DAMANSARA PUCHONG (LDP) | 03-74947333 / 04-74947376 |
10 | LEBUHRAYA PENYURAIAN TRAFIK KL - BARAT (SPRINT) | |
11 | LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG - KL (AKLEH) | 1300881012 / 03-42523122 |
12 | LEBUHRAYA SUNGAI BESI (BESRAYA) | 1800880999 / 0126533071 |
13 | LINGKARAN LUAR BUTTERWORTH (LLB) | 04-3299999 |
14 | LEBUHRAYA SHAH ALAM (KESAS) | 03-56337188 |
15 | LEBUHRAYA PANTAI BARU (NPE) | 03-77847859 |
16 | LEBUHRAYA SHAH ALAM - KUANG (GCE) | 03-60385052 |
17 | LEBUHRAYA PINTAS SELAT KLANG UTARA (SHAPADU) | 03-33420564 |
18 | LEBUHRAYA HUBUNGAN TIMUR BARAT (METRAMAC) | 03-91732020 |
19 | TEROWONG SMART | 1300887188 |
20 | LEBUHRAYA KL - PUTRAJAYA (KLP) | 03-83159112 / 03-83159111 |
21 | LEBUHRAYA SENAI DESARU (SDE) | 07-8612222 |
22 | LEBUHRAYA KAJANG - SEREMBAN (LEKAS) | 1800888012 |
23 | LEBUHRAYA DUTA - ULU KELANG (DUKE) | 03-62513100 |
24 | LEBUHRAYA LEMBAH KELANG SELATAN (SKVE) | 1300880026 |
25 | LEBUHRAYA PANTAI TIMUR FASA 2 | 09-6811467/019-2676642 |
26 | LEBUHRAYA KEMUNING – SHAH ALAM (LKSA) | 1300882801 |
27 | LEBUHRAYA KUALA LUMPUR – KUALA SELANGOR (KLKS) | 03-61451515 |
28 | LEBUHRAYA CHERAS KAJANG (GRANDSAGA) | 03-90750505 |
sumber : http://www.llm.gov.my/
Korang pernah guna telefon kecemasan ni dan pengalaman kecemasan di lebuh raya ?
#semogabermanfaat
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
setakat ni mmg blum pernah mencuba..
ReplyDeletetak berani pulak nak mencuba,
kena tunggu kereta rosak baru berani.
hehe..
nanti kalau kecemasan boleh la guna yer :)
DeleteSangat berguna info ni Eliss...
ReplyDeleteBersiap sedia...sebab mmg kita selalu guna pelbagai highway
moga takdela kejadian rosak2 ...takutt...huhuhu..
ReplyDelete