Semalam, makan tengah hari yang di taja oleh my Long and Kak Long. Terima kasih yer korang . Mula-mula ingat nak lunch kat Restoran Bandariya Ayam Kampung ,Jalan Tun H.S Lee sekali tutup pulak operasinya Ahad tu. Meneruskan misi pencarian makan tengah hari di Jalan Bellamy yang terkenal dengan Medan Ikan Bakar.Gerai yang biasa akak saya pergi tutup pulak iaitu Kedai Kak Jat, Ikan Bakar Gerai No 3. So kami cuba Mak Lang Ikan Bakar.
Lupa pulak nak snap masa makanan baru sampai. Lapar sangat sebab pukul 2 lebih tak lunch lagi. hihihi
Kakak saya kata dah tak banyak pilihan ikan sebab dah lewat. Menu tengah hari nasi putih, ikan siakap bakar, ikan pari bakar dan sotong bakar serta ulam-ulaman. Memang sedap ! Kerang bakar kat situ teringin nak cuba tapi dah banyak pulak lauknya.
Ikan Siakap Bakar antara menu yang kami order.
Dah kenyang . Makan siap bertambah - tambah . Untuk menikmati nasi dengan ikan bakar secara maksimum, datang dengan perut lapar.. hehehe .
Gerai Mak Alang ,Ikan Bakar & Nasi Campur
Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy, KL
GPS Coordinates: N3 07.835 E101 41.686
Korang pernah cuba makan ikan bakar di Jalan Bellamy ni ? Gerai mana yang korang cuba ? Review sket :)
#elissmie #jjcm #jjcmkl
p/s:
Eyriqazz pun pernah makan di sini di Kedai Kak Jat, Gerai No 3. Boleh baca reviewnya disini http://www.eyriqazz.com/2013/11/ikan-bakar-jalan-bellamy-istana-negara.html
xpenah try lg
ReplyDeleteramai yg dah share ke'femes'an kedai ikan bakar blkg istana ni kan..
sedapnye nampak ikan bakar tuh.
ReplyDeletecicah plak dengan air asam.. lawan dgn nasi panas2.
fuhhh.. bertambah2~