Tuesday, April 01, 2014

Astro Byond - Siaran Tidak Keluar Disebabkan Hujan tapi Tak Hujan pun

Ni pertama kali sejak saya pakai Astro Byond ada masalah siaran tak keluar. Ayat yang keluar kat TV cakap mungkin disebabkan hujan tapi tak hujan pun.Pada dekoder tu jam pun tak keluar terus. Ada garis jer keluar. Kalau masalah berterusan katanya kena call customer service Astro. 1300823838


Rupanya kalau call customer service(CS)  Astro, pilih 3 untuk bantuan teknikal, kita kena duk depan TV. CS akan ajar cara-cara untuk baiki masalah kita secara dalam talian. Tapi masalah saya tak settle juga. Mungkin disebabkan kabel katanya. Dia forwardkan aduan saya , dan dalam masa 48 jam katanya aduan saya akan diambil tindakan. Esoknya, tak sampai 48 jam , technician Astro nak datang rumah tapi sebelum pukul 5. Hangen jugak sebab balik kerja dah sah-sah sampai kul 6 kat rumah. So, jumaat , kiranya esoknya pulak saya suh dia datang waktu lunch hour. 



Ni lah technician Astro yang sampai. Dia check apa ntah kat TV kemudian pergi panjat kat dekoder tu. Katanya kabel LNBS yang rosak. Pastikan technician Astro yang datang tu pakai baju biru kata CS Astro tu. 



Dia tukar kabel tu dan siaran pun terus ok. 



Masa saya snap pic technician Astro ni dia cakap kenapa nak kena amik gambar dia. Dia tanya saya tak percaya dia ker . Saya cakap saya blogger. Kalau servis OK, saya bagitau OK. Dan servis yang diberikan pun memang OK dan pantas.

Tiada caj dikenakan seperti yang CS Astro bagitau saya masa saya call sebelum ni. 


Korang pernah ada pengalaman dengan technician ASTRO dan masalah dengan ASTRO BYOND? 




13 Comments:

  1. hihihi...siap tanya lagi nape amik gambar dia...aah, dulu pernah jadi jugak..berhari2 kitorg tggu, ingtkan ada masalah apa ke. ke hsbd tak bayor bil ke, rupanya ada masalah teknikal kita call ajer terus dia boleh direct je kita camne nak betulkan...kejap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la kalau dapat baiki terus dlm talian tp kes eliss ni kabel yang rosak, kena tggu technician dia pulak..2 hari jugak la merasa tak tgk tv..hehehe

      Delete
    2. saya pon prib mcm ni skrg..xp baru je coll dia ckp msti dpan tv..so tgkla mlm ni..

      Delete
  2. saya pernah alami masalah yg sama dulu...dah ok tapi dia ckp kena tukar cable kalau nak ok sepanjang masa ...n then kena caj rm100 plak huhu, tak jadi tukar la...lepas tu masalah datang balik..belum sempat abis soal siasat...batry hp pun abis hahaha..tu yang google ni...terjumpa blogger yang hadapi masalah yg sama..kihkih.nampak gaya kena call balik la ni...

    ReplyDelete
  3. Telefon no cs astro yg baru ni..0395433838.. bahagian teknikal takde org pon yang angkat..tapi bahagian tukar pakej..nak tambah bil..ade pulak orang angkat ye..nak duit punye pasal..haha..bila cal mnta smbungkan ke bhagian teknikal..tak leh nak smbung..siap cakap tak nak ade isu berbangkit..abis kita ni dah dekat 2 mggu tak dpt siaran astro..bukan isu ke..nasib baik leh tukar siaran biasa..dptla tgok tv9..tv3..rtm..siaran indonesia dan spore..
    last2 pi tengok kat econsave pontian..tanya yg jual pakej astro..dptla no fon technician astro..dtg petang or mlm ni..kita tgokla mcmne..huhu..
    betul ye free..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul free.. saya tak kena bayar apa-apa pun..harap ok la astro lepas ni yer..

      Delete
  4. Walau skarang dah ada Astro / Njoi kat rumah kita kena sedia juga antena+boster .( analog signal ) sebaiknya jenis yang outdoor untuk reception signal yang terbaik..untuk dapatkan siaran percuma tv1, tv2, tv3, ntv7, tv8, tv9, Al - hijrah.. Kalau cuaca hujan atau dekoder rosak... Masa nilah antena+boster berguna buat kita....sekurang2nya siaran tv percuma masih boleh kita tonton....Ibarat x ada gading, tanduk berguna juga... Kalau dah dapat gading tanduk janganlah dibuang...Ambil iktibar dari jiran sendiri ( 12 tahun lepas ) ... masa diorang pasang astro yang waktu tu harga dah kira mampu milik....so diorang tanggalkan outdoor antena boster diorg dan buang kat tong sampah... pekerja kutip sampah gembira dapat antena boster free... aku pulak x tanggal antena boster aku walau dah ada astro... Nak jadi cerita... bila dah musim hujan memanjang..... segenap kawasan kejiranan aku sunyi sebab astro x dapat tengok...aku masih selamba tengok tv time hujan guna antena+boster...( pastikan hujan yang x ada petir....kalau ada petir baik x on tv + antena boster )....mungkin jiran baru terfikir esok2 aku nampak dah mencanak antena+boster yang baru dpan rumahnya... x pasal2 buang RM lagi untuk beli antena+boster yang baru...

    ReplyDelete
  5. Kenapa sye koll astro die nak hantar org repair die nak cas dlm bill rm53 ye.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah..sy pun kena caj rm53. Sy kata bukan silap sy pun. Tak usik pape pun. Dia kata mmg kena byr. Caj penghantaran technician. Byrn msuk dlm bil. Huhu..tension...

      Delete
  6. sy call no 1300 tu tak dpt la....call no 838 tu cakap operator tu bukan main panjang...abis kdt kiter...lol betol la astro ni

    ReplyDelete
  7. Pakai astro beyond ni first time siaran X de...aq byr La mangkok... Yg maslhnye hujan knpe...tmpat aq mana Ada hujan..esok aq nk pergi HQ TAMAN MOLEK J. B... klu ko X bole settle pblem ni standby aq maki ko..klu lmbt bayor ko cepat je potong siaran....klu Ada hal teknikal macam gampang...

    ReplyDelete
  8. salam..

    sesiapa yg mungkin perlu bantuan utk check bill Astro yg terkini blh text saya..InsyaALLAH sy tlg..

    atau sekiranya ada kwn2 yg nk langgan Astro juga blh text.. :)

    hit this link :
    www.wasap.my/60173632380

    ReplyDelete
  9. Salam sis

    Saya punya prob semua siaran saya semua hilang kalau tekan 611 .ke 103 ke dia tulis siaran tersebut tiada .dia punya info pun kosong .just boleh tengok yang kita rakam je .nasib lah boleh tgk klau tak bosan jelah jawabnya dahlah minggu ni last week episode korea saya .

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)