Monday, March 31, 2014

Homestay Singgahsana @ Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu

Hari tu balik ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis pernikahan dan persandingan sepupu saya dan pasangannya, kitorang bermalam di Homestay Singgahsana. Maklumlah bawa anak-anak puteri lilin saya ni, haruslah mencari homestay yang dilengkapi kemudahan aircond.


Homestay yang saya sewa ni berhampiran rumah makcik saya. Rumah teres setingkat corner lot yang terletak di Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu. Ada dua pilihan samada untuk sewa satu rumah atau satu bilik. Kami sewa bilik dengan kadar sewa RM60 semalam untuk bilik katil queen. Saya sewa dua buah bilik RM60 dan satu lagi bilik dengan 2 katil queen dan 1 katil single. Yang tu RM110 sebilik.

 Ni bilik yang saya sewa untuk kami 4 beranak. 

Yang ni bilik abang saya. Ni katil sebelum kena ligan :p

Cadangan saya buat pemilik homestay agar TV ni tidak lagi digunakan sebab dah banyak kes TV terhempap bayi kan. Hari tu pun my Nayla duk tarik-tarik TV tu, risau betul. Terpaksa tak tengok tv. 

Bilik air yang bersih tapi tak der heater. Nasib baik tak biasa mandi guna heater. 

 Dan yang terpenting sekali, haruslah kemudahan aircond. 

Inilah homestay nya. Yang belah kanan bilik, yang kiri rumah. 

Overall, kami berpuashati menginap disini dengan kemudahan yang selesa dan yang penting anak-anak tidur pun tidak meragam. 

Alamat Homestay : 
 PT 2013 Taman Bukit Bayas Indah, Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu.

LOKASI : 5 km ke pusat bandar Kuala Terengganu / Pantai Batu Burok,
3 km ke Mydin Mall / Giant,
7 km ke TTC ( Taman Tamadun Islam),
5 km ke tempat Keropok Losong,
7 km ke UiTM K. Terengganu,
3 km ke Kuala Ibai Golf,
4 km ke Masjid Terapung,
berdekatan dengan 7e kedai makan.

MENYEDIAKAN PENGINAPAN RUMAH DAN BILIK
KEMUDAHAN PENGINAPAN RUMAH :

* 3 bilik tidur dan 2 bilik air :  2 bilik dilengkapi 1 katil queen dan 1 bilik dilengkapi 2 katil single
* setiap bilik ada aircond, kipas dan almari pakaian
* TV dan sofa di ruang tamu
* lain-lain kemudahan:  toto, bantal tambahan, tikar sembahyang, penyidai pakaian & sterika
* kemudahan di ruang dapur : peti ais, kettle, periuk nasi elektrik dan pinggan mangkuk.

HARGA : 
1 malam - RM200
2 malam - RM190 semalam
3 malam - RM180 semalam
4 malam ke atas HARGA BOLEH DIRUNDING
KEMUDAHAN PENGINAPAN  BILIK :
* bilik standard No.1 & 2 - 1 katil queen.
* bilik besar (No.3) - 2 katil queen,
* setiap bilik disediakan bilik air, aircond, kipas, TV warna, penyakut pakaian, kerusi rehat, meja kecil, eletrik kettle serta tuala mandi.
*  juga.... toto, tikar sembahyang dan bantal tambahan
Kemudahan di ruang rehat - peti sejuk, periuk nasi, sterika dan pinggan mangkuk.
HARGA :
 bilik standard (no.1 & 2) - 1 malam:  RM60
                             
 bilik besar (no.3) - 1 malam RM110
                 
 HARGA untuk 3 malam keatas boleh dirunding.

PARKING KERETA DISEDIAKAN
CHECK IN : 2.00 PETANG, CHECK OUT : 12.00 TENGAH HARI
SEKIRANYA INGIN MEMBANTALKAN TEMPAHAN SILA BERITAHU TERLEBIH AWAL 
UNTUK TEMPAHAN :
HUBUNGI : 012-9219189 ( NORDIN)
                   : 09-6227080 (KAK NIK)

Sebelum balik haruslah posing dulu :)

 Keluarga besar saya...
Tapi tak cukup korum...

 My happy family :)

My princess and me :) 

#my princess #siblings 

Akhir sekali, tahniah buat pengantin baru. Semoga berbahagia selalu. Lepas dah settle majlis nanti, jemput datang ke rumah pulak yer. Hari tu bakal pengantin demam masa datang hantar kad jemputan, tak selera makan.

Ain & Wa'ie 


gambar cilok kat FB .Credit to photographer of the day. Mahzan Mohd Wedding Photographer.


 Dan satu lagi selamat pengantin baru juga buat sepupu my hubby yang bersanding pada hari yang sama.



Semoga berbahagia selalu. 


Friday, March 28, 2014

Knowledge Explorace @ UiTM Shah Alam

*Awas, Entry ini banyak gambar.

Dah lama betul tak join acara yang kena lari-lari macam ni. Rasanya last masa diploma dulu lah kot.Semalam dalam sejarah jugaklah join Knowledge Explorace sempena event Knowledge Day 2014 @ my ofiz. Punyalah pancit. Hahaha.Yang tak tahan, boleh tahan jauh jugak antara satu checkpoint ke checkpoint tu. 

Banner Event. Ada 10 Checkpoint . Tengok tu. Dah la jauh- jauh. Mau tak pancit. 

Sebelum start, haruslah posing bersama ahli kumpulan.

Ni checkpoint kami yang kedua @ PTAR 2, UiTM .  Dah lama tak masuk library.
Tiru aksi uncle gedek jap..

With KEcrew @ Checkpoint PTAR 2


Cabaran individu  even berkumpulan. Yang pertama ni rai yang kena buat origami. 

 Kami kena bantu decoration untuk bunga sakura yang rai buat tu. 

Belasah jer laa...

Corak batik kekdahnya katanya :p

Inilah hasil tangan keras kitorang...hehehe

Cabaran yang sungguh mencabar sampai terkopak kasut saya yang dah lama terperam kat rak tu.
Pinjam selipar staf PTAR 2. Tak hantar lagi seliparnya..Maaf yer dik..huhuhu..Tak sempat..Mungkin tengah hari ni saya pulangkan yer :) Tapi dengan selipar ni berjaya ke 3 lagi checkpoint yang lain tau. hahahaha


 Ni checkpoint ketiga,. Saya yang kena buat. Just guna software prezie lebih kurang powerpoint untuk siapkan slide presentation. @ Pusat I-Learn , UiTM 

 Ahli kumpulan pun nak posing sekali :)


Ni checkpoint keempat @ ACIS , UiTM. Kena tulis khat by Khairunnisa. Staf baru kitorang ni . Masih single kot :p


Ni checkpoint  kelima @ PTAR 1, UiTM. 

 Ni checkpoint  keenam kat Bilik Pengarah kitorang. Cabaran kena minum air halia pekat. Nasib baik dah biasa minum. So very easy peasy jer la :p
Dah habis..


Posing bersama Pengarah kitorang yang baru, Prof Madya Mohd Zaki Abdullah :)

Ni cabaran ketujuh yang Ad kena cantum lukisan 3D. 


Masa ni semua ahli kumpulan pun tak nampak gambar 3D dalam lukisan ni. Bila kat ofiz,saya try tenung balik baru saya nampak ada dolphin dalam lukisan ni. Bukunya ada banyak lagi lukisan 3D ni. Memang best !Lupa pulak nama bukunya. Bila saya dah tahu saya update yer. 

Posing @ Checkpoint ke 8 , Galeri Tun Razak

Ni cabaran ketujuh. Kena lukis lukisan yang diarahkan. 
Posing @ Checkpoint ke 9,Gesturz, UiTM 
berlatarbelakangkan lukisan oleh Anith Fatin Hazizan .
Tajuk lukisan : Tertulis tak terlihat,senyuman itu masih ada .
 Teknik : Media campuran atas kanvas
Tahun 2012

Ni cabaran terakhir yang tak sempat nak buat kat Arkib UiTM . Kena makan burger dan bagitau apa 8 bahan yang ada dalm burger tu.

Walaupun kumpulan kami dapat saguhati jer tapi kitorang tetap berbangga sebab boleh join event macam ni. Atleast boleh hilangkan stress mengadap coding hari -hari tu. Gambar ambik hadiah tak ada pulak . Dalam kamera sapa ntah semalam. hehehe

Korang pernah join event ala-ala explorace mcm ni  ?



Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]


Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]  


Friday, March 21, 2014

Koleksi Terkini FM dari Johor dan ruang karya anak di rumah

Hari ni nak tunjuk koleksi Fridge Magnet (FM) terbaru yang saya dapat dari kawan my hubby . TQ Afiq. Bukan 1 tapi 3 FM dari Johor. Dulu hubby pergi Johor pun ada belikan saya FM seperti kat sini. Double yeay kat situ. Tapi sejak dua menjak ni banyak FM saya yang rosak gara-gara si kecil sorang tu asyik la duk cabut dan tampal FM mak kat peti tu.Inilah cabaran sebagai FM collector.  Kadang-kadang di lipat-lipatnya FM itu. Nak marah kecil lagi.Tunggu la besar sket. hehehe


Ni lah FM dari Johor tu. Bentuk love lagi tu dengan 3 tempat menarik di Johor iaitu Istana Besar Johor, Dataran Bandaraya Johor Bahru dan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor 

Koleksi terkini setakat 21/3/2014

Inilah ruang karya my nuha. Sebelah tepi pintu fridge rumah kami tu. 


Untuk lebih menarik saya belikan FM dari Kaison ni (RM1 setiap satu ) untuk menceriakan ruang karya my nuha ni.

Pasal ruang belajar hari tu, my hubby telah belikan my nuha set kerusi dan meja tulis ni. Kedai yang sama saya beli manequin tu. RM 150. Since tak ada bilik sendiri lagi, my hubby letak jer meja belajar ni kat ruang tamu kat dinding sebelah rak tv kitorang. 


My happy princess :) Dah la tema princess, kena dengan citarasa dia. Hari tu hubby pilih yang set mickey dan minnie mouse tapi dah habis stok pulak. Dah rezeki mak (eh !) dia nak tema princess..hehehe


Korang ada ruang karya dan belajar untuk anak-anak di rumah ? #deco #koleksifridgemagnet




Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]

Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]  

Wednesday, March 19, 2014

Pencarian Mannequin & Dress Sedondon Kanak-kanak @ GM Klang

Hari Ahad lepas, kitorang pergi GM Klang untuk beli patung atau mannequin yang auntie my hubby kirimkan. Sebab minggu ni kitorang akan balik terengganu sebab kenduri kawen kazen saya kat Kuala Terengganu. Ini kali ketiga kitorang pergi sejak bangunan GM dah siap ni.

Alang-alang dah sampai GM Klang, terus beli sekali lah dress untuk dua beradik yang sedondon. Banyak kedai yang jual dress kat dalam GM Klang tu tapi nak cari yang sedondon tak banyak sangat yang ada untuk saiz 1 dan 6 tahun ni. Akhirnya terjumpa jugak satu kedai tapi maafkan saya sebab memang terlupa nak amik nama kedai tu. Tapi yang pasti kedai tu terletak kat level 3.


Dress my Nuha dan my Nayla yang sedondon . Cantik kan ? 
Untuk dapat harga borong kena beli 3 helai .RM40 sehelai.  Ada satu helai lagi beli untuk my Nuha.


Berbalik kepada tujuan  asal. Mannequin yang auntie nak tu jenis mannequin hanger badan wanita dan lelaki.Kat situ nampak macam ada satu kedai ajer yang nampak terus jual mannequin ni iaitu KST Display System (M) Sdn Bhd . Lepas dah habis shopping kat GM Klang, kat sini kitorang terjah paling last sebab mula-mula ingat auntie hubby nak yang jenis half body tu. Yang tu saya tengok ada promosi RM65 sekali dengan stand.Harga asal RM85.


Yang wanita ni RM7


Yang lelaki ni RM10



KST Display System (M) Sdn Bhd
 A-2-154, 158, 159, 160, 2nd Floor,
Blok A, GM Klang Wholesale City,
Jalan Kasuarina 1,
Bandar Botanic Capital,
 41200 Klang.
Tel: 03 - 3325 2388


Korang pernah pergi memborong di GM Klang ? 


Tuesday, March 18, 2014

Tempat beli smartphone murah @ Subang Jaya

Sebenarnya hari tu baru tau yang ada tempat beli handphone murah kat Subang Jaya .Nama kedai ni  DIRECTD yang terletak di Seksyen 15, Subang Jaya. So my hubby google kat dalam Mudah.My telefon idaman dia. Mula-mula dia nak beli Lenovo tapi terjatuh cinta pulak kat Samsung Galaxy Notes 2.


Ni spesifikasi yang hubby beli. Harga RM14XX :-
Original Samsung Galaxy Note 2 N7100
-Set Original Samsung Malaysia(SME).
-1.6ghz quad core
-8.0MP back + 1.9MP front camera
-16gb memori 2GB Ram
-skrin 5.5" Super Amoled HD
-Warna putih
-Dpt car charger / simcard reader

Tapi nak datang kat sini memang kena tahu dah lah nak telefon apa nak beli sebab memang kedai ni lebih khas untuk penjual telefon dan yang pasti kena beratur untuk membuat pembelian. Hari tu sebab anak-anak tidur, letih baru balik dari GM Klang, saya tunggu hampir sejam jugak dalam kereta.



Bila tengok kat Lazada , smartphone kat situ pun ada yang di supply dari kedai ni.So bagi korang yang duk luar dari KL/Selangor , boleh la membuat pembelian kat Lazada yer :)



Ni kedainya. Ada satu lagi baru buka betul-betul depan kedai ni. Dua-dua pun kena beratur panjang.
Credit gambar to http://www.lelong.com.my/merchant/directd.htm

Ni map kedai tuh. Berpusing jugak kami hari tu sebab main terjah jer tapi ingat alamat. 

Alamat kedai:

No 62,64 & 77 Jalan SS15/4B Subang Jaya,
47500 Selangor(3 kedai besar, signboard"XPERIA" nama kedai DIRECTD)

Waktu beroperasi

Isnin - Jumaat 11.00 pagi - 11.30 malam

Sabtu Ahad 11.00 pagi - 11.45 malam


GPS Coordinates:

N03 04.582’
E101 35.316’

Untuk maklumat lanjut:

Call 03-56211355-hotline.
Call/SMS/Whatapp.
019-6910000.
018-9700000.
018-2130000.
018-3100000.
018-3110000.
016-3479999.
016-9479999.

Untuk jualan korporat,belian pukal & tender kerajaan, sila hubungi Ms Rose 018-3110000.

Hantaran dgn Poslaju(biasa 1 hari berkerja sampai):-
-RM12 Peninsular Malaysia.
-RM18 Sabah & Sarawak.

Korang pernah beli smartphone di kedai ni ? Ada kedai lain yang murah yang korang tahu? Kongsikanlah disini yer untuk kemudahan kawan-kawan lain :)




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)