Masih ingat set pinggan mangkuk yang saya tayang hari tu ? http://www.elissmie.com/2013/12/set-pinggan-mangkuk-pulak-dah.html . Alhamdulillah sudah ada dalam koleksi skang ni. Hari Ahad lepas , saya teringin nak makan Ikan Siakap Stim Halia. Dah lama tak pekena sejak Shid Seafood dah tutup ni. Sedih btol. Try yang kat Shid Seafood cawangan Klang tu tak sama rasa dia dengan Padang Jawa. So saya rasmikan salah satu pinggan makan untuk letakkan resepi istimewa saya hari tu. Besar kan pinggan nasi dia ?
Ni saya letakkan resepi yang saya gunakan untuk Resepi Siakan Stim Halia untuk panduan saya jugak kemudian hari dalam segmen jom masak @ elissmie kali ni .
Bahan-bahan :-
Untuk hirisan
1 bawang besar
2 batang serai
1 biji tomato
1 inci halia
1/2 batang lobak
3 ulas bawang putih
6-7 biji lada jarum diketuk
cendawan
Sos ( untuk siraman selepas ikan setengah masak)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1/2 kiub pati ayam
1 biji limau nipis
Tambah air untuk kuah ( kalau nak banyak kuah, tambah air lebih sket dan balancekan rasa)
Cara-cara :-
Jerang air sampai menggelegak di dalam kukusan. Masukkan ikan yang telah dilumurkan garam bersama bahan-bahan hirisan kedalam kukusan. Bila ikan hampir masak masukkan sos dan taburkan daun bawang dan daun sop. Angkat bila dah masak dan dihidangkan bersama nasi panas-panas .
p/s:
Tanya hubby sedap ker tak Siakap Stim Halia saya masak ? Tak cukup katanya...Sedap lah nampak gayanya . Lenkali kena repeat buat lagi nampaknya . My Nuha memang peminat Siakap Stim Halia.
Hari tu mengidam nak makan kerang rebus ketuk halia. Syok jugak resepi rebus merebus ni kan :) Memang mudah dan pantas 2 menu masakan yang saya kongsikan hari ni buat supermommy !Selamat mencuba ! Jom masak !
So tak boleh cari alasan untuk malas memasak buat keluarga yer :) #azamtahunbaru2014
wah sedapnya...ikan siakap stim memang fevret..tp pagi ni tengok kerang rebus tu rasa terliur lak...
ReplyDeletecantik pinggan tu..:)
Kerang rebus tu sedapnya!
ReplyDeletePs: tq jemput ke bday party :) in shaa Allah klu takde aral kami sampai :)
nyum nyum...sedapnya
ReplyDeleteokeh.. saya jeles tengok pinggan baru ituuuuuuuu!
ReplyDelete