Wednesday, January 29, 2014

Masih boleh tebus rebate Touch N Go & tempat baiki Smart Tag rosak

 Hari tu ada ura-ura cakap dah tak boleh tebus rebate Touch N Go kan. Tapi program tu masih diteruskan hingga tak tahu bila. Diorang cakap akan umumkan kalau dah stop. So sementara boleh tebus ni, baiklah cepat-cepat tebus yer. Nak semak rebate, korang boleh check kat sini https://privilege.touchngo.com.my/ Beberapa hari lepas my hubby tebus rebate tu. Nah sekali tebus dapat RM90 lebih.

Tapi hairan kenapa masih ramai yang menggunakan lane tunai ? Bila dah pakai smart tag ni, lane touch n go pun saya rasa kenapa la tak beli smart tag kan. Jimat sket masa.Dah la banyak lane untuk smart tag kecuali di Tol Bukit Raja tu. Bila ntah nak tambah banyak sket smart tag lane.  Saya beli masa promosi dulu. CNY tak der ker promosi smart tag murah ? 

Resit top up touch n go hari tu.

Sebab berlagak sangat, hamik . Smart tag saya dah rosak. Hari tu hubby tanya kat kiosk petronas, diorang boleh terima smart tag rosak tapi nak dapat balik lepas repair tu makan masa. Diorang suh terus pergi Bangsar South, tapi hubby tak tanya pulak details tempat nak kena repair tu. Diorang cakap kalau pergi hantar terus kat situ diorang akan bagi unit pinjaman smart tag. Bawah ni hasil carian di google tapi semua feedback yang ada mengecewakan cakap lama nak dapat balik smart tag yang dibaiki dan tiada cakap pasal unit gantian. 


Touch 'n Go Hub Bangsar South The Sphere, Bangsar South
 Operating Hours
Monday – Friday : 8:30am to 5:00pm
Saturday : 8:30am to 1:00pm
Sunday & Public Holiday : Closed


Ada sesiapa pernah pergi hantar repair smart tag tak ? Lama ker servisnya ? Dapat unit pinjaman smart tag tak?




Tetiba teringin nak masak nasi minyak lagi. Ni nasi minyak ulangan hubby request lepas birthday Nayla hari tu. Tapi hari tu terlembik pulak nasi dia. Tapi masih sedap kan sayang..hehehe

Nanti saya kongsikan resepi nasi minyak style saya dan gulai ayam rempah terengganu ibu saya kat sini ok !!

4 Comments:

  1. aku punye smart tag yg lama pun dah rosak....tak de niat nk repair pun terus beli baru sbb start tag lama tu yg antik nye...tak blh tgk pun nilai dia brapa yg tinggal =)

    ReplyDelete
  2. nasi minyak tue buat jadi lapar petang2 nie....

    ReplyDelete
  3. suka bila nak redeem rebate tng. dpt 500 mcm dpt cash je hihi

    ReplyDelete
  4. setakat ini smart tag masih elok lagi. tak pernah ada masalah.

    baguih air tangan isteri, walau pun nasi lembik, tetap sedap kan eliss.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)