Semalam dah tengok gambar teaser kan ? Mesti dah tahu kat mana. Sabtu lepas kami ke Waterworld i-City. Setahun tak masuk i-City . Ni baru masuk balik . Kali ni ada kelainan sket sebab masuk main air pulak. My Nuha paling excited. Hari-hari tanya bila nak pergi main air. Ni malas bagitau dia awal-awal. Siang malam zikir tu ajer kat telinga.hahaha . Kami memang dah pergi pakai baju mandi siap-siap. Senang, masuk terus main air. Simpan barang berharga dalam locker.
Kitorang bertolak agak lewat sebab malam sebelum tu tidur lambat . So sampai dalam 11 pagi kat i-City. Makan pagi dulu kenyang-kenyang kat rumah. Saya ada jugak curi-curi masuk nugget dan roti .Pandai-pandai lah cover. Diorang tak strict sangat time check beg saya. Tapi makcik yang saya jumpa kat situ kata beg diorang kena check betul-betul. Nasib lah kan :) Skang ni ada jual kad RM3 sah untuk 2 tahun. Kalau nak beli apa-apa dalam waterworld tu kena guna kad tu lah dan topup la mengikut keperluan.Anak buah beli sebab dia nak beli gambar kenangan kat situ RM25 sekeping.
Entrance Waterworld @ i -City Shah Alam
Ada kaunter khas untuk tiket yang dibeli secara online. Tiket boleh dibeli secara online : http://iticket.i-city.my/DayPassTicket.aspx Harga tak banyak beza pun. Kalau beli online hari tu saya dapat harga RM32. Kalau walk in RM35 + RM 5 untuk deposit jam . Jimat la RM3 kan. Tapi 4 X RM3 = RM 12 dah kan. Tengok online harga kanak-kanak RM30 ( 90 cm keatas kena bayar) . Kalau walk in cuma RM25 +RM 5 untuk deposit jam. So tiket my Nuha kitorang beli walk in.
Untuk online tak der jam cuma gelang kertas jer. Yang beli walk in dapat jam mcm my Nuha tu. Dan ada lagi satu jam warna oren untuk locker yang disewa dan boleh dapat balik RM5 . Yang ni kami beli online siap-siap.
Bergambar sebelum main air. Gambar kami satu family tak tercopy pulak dari kamera.
Ni kawasan kanak-kanak atau dikenali sebagai Children's Adventure. Main air kat sini pun dah syok kan dik :p
Celup-celup kaki dulu warm up :p Tapi air dia memang sejuk dari kolam lain.
Siapa yang excited terlebih ni :p
Dah puas main kat kolam kanak-kanak beralih pulak kat sebelah slide ni.Namanya Rainbow Racer Sliders.Ni saya naik dengan my Nuha. Kalau nak naik kat sini berat minimum 30kg dan maksimum 85kg. Tinggi 120cm keatas. My Nuha terlepas masa mula-mula naik dengan saya ni .Yang jaga tu tak strict sangat tapi nape ntah bila nak naik kali kedua tu dia kena ukur .Tapi dia lepaskan jugak my Nuha untuk kali kedua tu naik dengan sepupu dia pulak. Saya dah nak terkeluar jantung dan menjerit tak hengat dah. Tak sanggup naik dah.
Pelampung kena angkat sendiri yer.
Masa sampai kat atas tu nyaris tak nak naik dah tapi demi my Nuha saya kuatkan semangat.hahaha
Lega bila dah sampai bawah. Menjerit tak hengat dunia tapi my Nuha relax jer senyum-senyum kat depan. Tak boleh blah langsung !!
Slide yang warna warni paling hujung tu guna macam tikar tu. Mak dah bertaubat tadi tak mo naik dah ;p Dan satu lagi spiral rides kat sebelah wave pool. Yang tu pun tak naik. Yang ni Giant Jacuzzi . Sempat jugak berendam dalam ni.
Yang Tornado ride ni tengok kat tepi tu pun dah nak tercabut jantung inikan pulak nak naik. Mak tak sanggup. Ada sorang akak dengan abang tu beriya ajak naik sebab nak naik tu kena 4 orang. So boleh lah anak-anak buah saya merasa. Lega tak perlu naik nak cukupkan korum. hahaha
Yang ni pulak River Adventure menyusuri sungai buatan melalui terowong lampu i-city tu. My Nuha naik dengan Abah dia jer la. Saya amik gambar kat tepi jer.
Yang ni kat bahagian ombak rindu my Nuha kata. Wave pool.
Ramai jugak orang sedang berendam kat wave pool ni.
Yang ni kat bahagian ombak rindu my Nuha kata. Wave pool.
Ramai jugak orang sedang berendam kat wave pool ni.
Masa main kat sini cuaca makin panas pulak. So tak lama berendam kat sini .
Korang dah pernah masuk ke Waterworld @ i-City ?
Korang dah pernah masuk ke Waterworld @ i-City ?
Pandangan saya agak berbaloi jugak lah masuk dalam ni kalau dapat main semua ride yang disediakan. Kalau nak main air ajer rasanya tak berbaloi sangat. Pelampung pun free kecuali kat kawasan kanak-kanak tak der pelampung. Tapi yang tak best tak der baby room disediakan.Kesian my Nayla tukar baju depan toilet lepas mandi .Untuk dewasa ada bilik mandi dan boleh tukar baju dalam tu. Buat ibu breastfeeding, mungkin boleh gunakan surau sebagai alternatif. Kerusi ada disediakan tepi kolam tapi kebanyakan tempat duduk tiada berbumbung. Mungkin boleh diperbaiki lagi masa akan datang.
Waterworld i-City,
Operating Hrs 11.00 - 7.00 PM ( Isnin-Jumaat ) 10.00-7.00 PM ( Public Holidays, Sabtu Ahad)
Online Ticketing (i-Ticket) Enquiries: iticket@i-city.my
http://iticket.i-city.my/DayPassTicket.aspx
TEL: 03 5521 8800 / 03 5521 8494
Seronoknya tgk nayla n nuha main air :)
ReplyDeleteseronok diorang ni asal ada kolam. mana2 pun boleh. hehehe
Deletebestla... tiket pun murah dari sunway lagoon....
ReplyDeleteyer la memang murah pun takat nak main air kan. budak2 lama mana sangat nak main air ni. 3 jam tu pun dah biru kaki tgn nayla kesejukan. hehehe
Deletekitorg dh pergi, bg kami x berbaloi sbb tiket dia agak pricey tp attractions x banyak mana. lg bebraloi gi gambang waterpark kot *ni my 2cent opinion la*
ReplyDeletetapi nak pergi jauh jugak . nak kena tido hotel pulak. hehehe. yang ni tido kat rumah ajer :) diorang ni asal dpt mandi kolam ajer .
DeleteSeronoknya pi main air... Saya pun setahun lebih dah tak pegi i-city. Nanti kena buat site visit gak ni..
ReplyDeletetu laa...memang dh byk berubah sejak setahun :p
DeleteMacam je tengok tu.... tahun lepas ada plan company nak buat family day... tapi mahal la pulak... last-last pegi a famosa resort jee.... hehehehe
ReplyDeletesekali sekala boleh la..kalau selalu bengkok :p kalau family day mungkin dpt diskaun kot sbb ramai. x try tanya dulu ker?
Deletemacam best jer...sebelum ni tak teringin pn nak ke sini sbb nmpk kecik...tp dari cerita ko ni cam best jer...leh try
ReplyDeleteKalau saya nak main permainan ke,kena bayar ke..and kena topup ke..pening lah pulak
ReplyDelete