Ini entry nostalgia. Kembali ke tahun 1997-1999. Sekolah berasrama penuh. Sekolah saya dalam nostalgia.Dulunya dikenali sebagai MRYT-MARA Dungun. Lepas tu tak silap tukar nama jadi MRSM-YT Dungun. Tapi dah pupus sekolah saya tuh dan diganti dengan sekolah tahfiz Dungun tak silap.
Best ke bersekolah di asrama penuh ? Saya ni homesick sebenarnya. Masa tingkatan 1 tu rasa tak suka sangat sebab terpaksa berpisah dengan my ma dan abah kan. Hari-hari melekap kat public phone telefon my ma. Mengadu makan tak sedap. Ada satu menu tu nasi, telur masak kurma dan ikan masin tak silap. Siap meleleh air mata cerita kat my ma. Public phone menjadi saksi.Weekend jer my ma dan my abah datang bawak macam-macam. Dah la bukan boleh balik tiap-tiap minggu macam sekolah biasa kan.
Tapi alah bisa tegal biasa kan. Bila dah lama-lama tu, kawan-kawan makin mesra .So tak balik pun tak der hal dah lepas tu. Boleh pergi outing kat bandar koboi Dungun.Skang dah banyak beza bandar Dungun. Masa tu masuk A&W dah kira hebat.Yang ada pasaraya Salwa dan Ju Jaya .KFC rasa macam tak ada lagi time tu. Pizza Hut apatah lagi.Banyak aktiviti yang best-best yang ada kat sekolah . Macam-macam minggu ada. Minggu Sains lah, minggu Bahasa lah, dikir barat, nasyid dan macam-macam lagi lah. Saya selalu join sayembara puisi. Rindu jugak nak berpuisi macam dulu-dulu. Kami ni first batch sekolah kami. Bila junior masuk, lagi meriah sekolah dan siap ada ragging junior lagi.Opss. Biasalah kot yang mana tak respect the seniors memang cari penyakit lah kan.Paling tak suka time prep. Suka tidur dari belajar ginilah. hahaha. Terima kasih cikgu-cikgu yang mengajar saya dari form 1 hingga form 3 disekolah ini. Kepada kawan-kawan, bila nak buat reunion balik dengan anak-anak .?
Jom layan gambar-gambar lama yang saya amik dari group whatsApp kelas saya. Terima kasih Nani dan Syail untuk perkongsian memori daun pisang ini :)
Sebelah saya tu Maria dan tudung hitam tu Norini , entry sebelumnya disini.
Masa ni form 3 tak silap dengan Teacher Linda. Saya jumpa balik dengan dia jadi lecturer TATI (skang TATIUC)
WhatsApp dan fb menemukan kami kembali. Thanks to technology :)
Hubby tegur saya kalau saya mesti amik gambar kepala terteleng. Trademark dari dulu rupanya. Yang best diasrama, solat mesti berjemaah. Sempat lagi nak pergi solat berposing ;p
Tembamnya pipi saya :p
Korang ada pengalaman bersekolah di sekolah berasrama penuh?
eliss kurus time tu ...hehe
ReplyDeleteKurus tu sebut slow sket..hahahahahahahaha
DeleteMrsm yt dungun? Eliss kenal wan mohd adzlan? Die sambung stadi kt utm skudai.. Sori klu silap org hehe
ReplyDeleteSaya ada pengalaman dok asrama
Walau 2 thn je (form4 baru)
Tp macam2 pengalaman ada huhu
asrama bestttt....hehehe...lainnya muka eliss...
ReplyDeletePengalaman sekolah asrama dari form 1-5 di mana semua budak laki ( all boys )
ReplyDeleteerkk..sape yang macam samseng tu. hehe
ReplyDelete