Ini episod JJCM @ elissmie.com cum nostalgianya@elissmie.com jugak lah. Kalau di blog ni, tempat makan ni versi ulang tayang la sebab dulu pernah cover pasal ni kat entry ini. Ni pulak yang kami pergi bulan lepas.Ini port makan kali pertama my hubby bawak keluar masa saya di Kuantan.Masa tu kitorang tak couple lagi.Keluar pun dengan kawan- kawan dia lepas tengok spring test.Saya ni follow ajer, tak suka sangat tengok lumba-lumba motor ni kan. hahaha. Masa tu saya praktikal kat Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Kuantan. Tapi malam tu dah rasa 'berbunga kat hati' masing-masing tapi dua-dua pun tak berani nak luahkan perasaan lagi sehingga 2 Ogos 2003(Tersama pulak dengan birthday my Nuha) . Abes kisah nostalgia. Tak leh panjang-panjang nanti muntah pulak.
Malam tu menu kami nasi lemak ayam yang simple tapi sedap. Sedap part sambal dia tu. Mula-mula nak makan nasi minyak tapi dah habis pulak.
Mula-mula my Nayla ok lagi.
Makan nasi lemak lagi.Lepas dah kenyang mengantuk nak tidur pulak. Tak sempat sotong celup tepung sampai.
So tapau sotong tu makan kat hotel.hehehe
My Nuha memang hantu nasi lemak.
Memang meriah orang malam tu. Tapi servisnya cepat jugak lagipun kami order yang dah ada kan kecuali sotong tu lambat sket .
Ulang tayang kat sini Sotong Celup Tepungnya :p
Lokasi : Foursquare
Untuk tempahan boleh hubungi mereka :
012 945 7171
012 960 9729
Korang yang pernah sampai Tanjung Lumpur,Kuantan restoren apa yang korang selalu pergi ?
p/s:
Kalau orang KL mesti Ana Ikan Bakar Petai kan :p
Hari ni berpuasa ganti sekali harung sekali dengan puasa sunat asyura
kan. Tetiba rasa nak makan bubur lambuk pulak..haishhh...Mana nak cari pucuk midin kat sini atau orang KL sebut pucuk paku merah. Dulu-dulu pernah tengok di Pasar Seksyen 6 , Shah Alam tapi jarang sangat lah ada.
Ini bubur lambuk ulang tayang yang my ma buat masa balik raya aidil adha hari tu.
Kalau ada sotong besar kat kedai hari ni, rasa nak buat ketupat sotong lagi.
Hihi. Sy ni memang jenis yg tak suka sangat nasi lemak. Kalau takde makanan lain, baru sy makan nasi lemak. :)
ReplyDeletenasi lemak dia sedap tapi :p
DeletePatutnya kena kasi zoom kat ayam masak merah tu.... tengok sambal pun cam sedap jee....
ReplyDeletetak sempat nak zoom2, anak dah nak meraung tu..hehehehe
DeleteKuantan ni dah berbelas tahun tak pergi...kalau ke Tganu pun, setakat lalu aja ikut LPT tu...
ReplyDeleteTeringin gak nak gi Tg Lumpur ni...selalu baca dlm blog..;)
time cam ni ...tgk nasi lemak pun sedap ... ish ish ish
ReplyDeleteadui laparlah pula tengok nasi lemak ni
ReplyDeleteiklan sket, jom sertai Giveaway SEJUTA Viewers Blog Zaila 2013 kat sini :
http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/11/giveaway-sejuta-viewers-blog-2013.html