Friday, November 08, 2013

Kabinet dapur terkini dengan pintu aluminium kalis air

Segmen deko@ elissmie.com dah lama tak ada sejak dua menjak ni kan. Ok kita update pasal deko penutup minggu ni ok? Hari ni saja jalan-jalan cuci mata di Tesco Shah Alam dengan Ad selepas lunch kat food court kat situ . Sekali termasuk kedai kitchen kabinet namanya Alviva Aluminium Kitchen.Pertama kali tengok pintu kabinet dapur tu dengan aluminium. Biasa kat bahagian tepi aluminium tu pernah la tengok. Yang best ianya kalis air, tahan anai-anai dan mesra alam katanya.

 Yang ni harga dalam 6K - 7 K ++ ( 6 kaki X 6 kali )

Tapi yang paling teruja adalah kabinet ni .Yang ni  9 kaki tinggi 10 kaki lebar ni dengan 3 pintu. Memang menepati citarasa untuk buat store idaman ni.  Yang ni kos dia dalam 7K-8K ++ macam tu. Kena menabung lagi lah nampaknya.

 
Memang boleh buat storan penyimpanan ni...

 
Tengok,kalis air kan. kalis air jer..kalis air kan. hahaha

Kalau korang-korang nak usha boleh la pergi outlet diorang :

Tesco Shah Alam
Lot 21 , First Floor , No 3 Jalan Aerobik 13/43
Seksyen 13, Shah Alam
www.aliva.com.my


 p/s;
Hangen ajer makan Claypot Yee Mee tomyam seafood di food court tesco tadi. Udang seekor dan hirisan sotong 3 helai 1 inchi dan ayam ? Ayam tu seafood ker? huhuhu . Kata claypot sekali mangkuk ajer dia serve. lupa nak snap pic..
RM7.90 tak berbaloi2

Jom beli tupperware  : [ klik sini]
Basuh kereta hari minggu disini : [klik sini]
 

5 Comments:

  1. Raa pon pernah singgah gak kat kedai neh. memang berkenan.. tapi mahal sgt. uwaaaa.
    tapi rasnye berbaloilah dgn kualiti yang dinyatakan.

    ReplyDelete
  2. nasib baik aku order tomyam daging ... ok lah ... banyak gak dagingnya

    ReplyDelete
  3. saya baru pergi smlm.
    6 kaki x 6 kaki sudah rm8k dah.
    adohai.

    tapi memang lawa betul

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)