Thursday, November 28, 2013

ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah , Kuala Terengganu


Mohon kalian semua pembaca elissmie.com mendoakan diberi kesembuhan buat kakak my hubby yang sedang dirawat di  ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah , Kuala Terengganu kerana penyakit kulit yang dialaminya. Doktor kulit cakap kes pertama disitu sebab kebiasaanya penyakit kulit ini menyerang mat salleh. Wallahualam.

Address: Hospital Sultanah Nur Zahirah Jalan Sultan Mahmud, 20400 Kuala Terengganu, Malaysia
Phone:+60 9-623 333

Monday, November 25, 2013

Gaji masih belum masuk , Fridge Magnet dari Kelantan dan Bahaya Fridge Magnet itu AUTA

Sungguh hangen hari ni sebab dikala semua sahabat sedang bergembira menikmati gaji tetiba gaji saya tak masuk lagi. Aduhai.Kehadapan staf Bank Islam yang bercuti tu silalah beramanah dengan amanah kerja yang diberikan. So hari ni yang mana gaji masuk melalui Bank Islam (UiTM sahaja :p ) silalah bertabah seperti saya.Nasib baik tak pergi cucuk lagi , baru tengok online. Kalau tak buat malu ajer traksaksi tidak berjaya .Ok lah, saya lebih kaya seribu dua dari orang yang gaji hari ni. Sebab mesti diorang tu tengah bayar hutang, licin sekelip mata. Positif sangat padahal macam nak menangis. Garlic Keeper Tupperware dah order ni .

Update : GAJI DAH MASUK !!! YAHOOO !


Tapi nasib baik hari ni ada pengubat duka, fridge magnet dari Kelantan.Terima kasih Ad. Bagi sahabat yang mencari fridge magnet di Kelantan boleh cari dekat Pasar Siti Khadijah. 

Hari tu dapat fakta ker auta tak tahu lah berkenaan dengan keburukan fridge magnet.Rasanya lama dah email tu diorang duk forward2 dari tahun 2010 tak silap saya.  Tapi saya bertawakkal kepada Allah . Yang pasti mati itu pasti. Sekali hari ni baca satu artikel http://www.hoax-slayer.com/122-12.shtml  So kawan-kawan marilah kita mengumpul semula fridge magnet di peti ais korang tanpa ragu-ragu :p


AUTA : Satu kajian dari Princeton University telah membuat penemuan yang menakutkan akibat dari kesan magnet yang dilekatkan pada pintu peti ais anda, boleh menyebabkan makanan yang anda makan mendapat kanser.

FAKTA : However, I could find no credible evidence whatsoever that confirms the claims in this warning message. There is no record of a study like the one described being conducted at Princeton University. I contacted Princeton University to enquiry about the supposed study and received the following reply from a university spokesperson: We appreciate you informing your readers that this e-mail is a hoax. In fact, despite extensive research, I could not find any record of such a study being conducted at any major university. To confirm, we are not aware of any such research affiliated with anyone at Princeton and unfortunately we do not know where or why this e-mail chain started.

Korang dah gaji ker ? Ada koleksi Fridge Magnet dari Kelantan ? 



Friday, November 22, 2013

Kegilaan terbaru ,mengumpul barangan Tupperware

Ini kegilaan terbaru yang mak-mak sangat saya rasa. Betullah orang kata, kalau dah start beli tupperware kegilaan mengumpul itu akan datang dan terus menghantui kita. hahaha. Dari arwah nenek lagi pakai tupperware kan, lepas tu my ma saya pun pakai tupperware. Ni dah berjangkit kat saya bila dah beli sendiri. Selalu rembat my ma punya .Kat bawah ni saya nak tunjuk tupperware yang saya beli untuk kegunaan sendiri. Ni katalog 1 Oktober - 9 November 2013. Katalog terbaru dah ada (11 November - 31 Disember 2013) . Boleh tengok kat sini laju-laju 



Mula-mula sekali saya beli yang Fridge Water Bottle 2.0 L ni. Masa tu ada sales beli 4 percuma 1. So saya kongsi dengan Ad beli. Saya 3 botol dan Ad 2 botol. Lepas tu ada ofiz mate nak jugak, so saya letgo satu kat dia. Tinggal 2 ketul dalam fridge saya warna hijau ni dan pink. Yang Eco bottle spring tu dah 1  advertiser bagi :) Terima kasih Wan :)


Lepas tu saya beli yang Large Square-A-Way. Masa tu wan tengah buat sales gila-gila dan harga luar biasa memang terus saya rembat. Sebelum tu dah ada satu warna hijau dapat hadiah pledge kat Tupperware's eco by Tupperware's website

Lepas tu saya beli set yang ini. Saya dah ada seketul my Ma bagi tapi warna putih biasa dan penutup biru. Tapi dah patah penutup tu, pihak tupperware ganti warna hitam. Boleh tengok kat sini. Cantik sangat :)
Yang ni kalau beli 2 set dapat lagi jimat so, saya kongsi dengan Ad jugak.Guna diskaun ahli Kak Yatt.Terima kasih Kak Yatt .Buat kawan-kawan ofiz, boleh jugak beli dengan Kak Yatt yer. 

Sekarang tengah aim set yang ini.  Mungkin 1 tupperware 1 bulan bakal dilancarkan. Sayang bersedia :p Semalam dah kena sound dengan my hubby, dah beli tupperware tu guna, bukan simpan. 

Ni katalog terbaru. Apsal warna dia cun sangat. Terjatuh cinta pulak dahhhh...help me....Tak der orang nak bagi hadiah hari lahir yang tertunda :p Ok next year, beli tupperware pun ok kan :p

 Aim yang ni dulu gaji bulan ni . Harap-harap ofiz mate saya tu masih ada stok untuk saya sampai gaji. Sila bertabah tupperware garlic keeper :p


Ini koleksi tupperware bercampur dengan tippuware saya dirumah.Yang ni yang baru beli tu, yang lama guna. Yang baru simpan dulu. Bukan simpan, tinggi lah sayang nak amik guna...lalalalalala . Simpan ni pun pakai tangga tahu :p Sajaaaa jer kan ..



Eh, apsal saya baru perasan yang my hubby ada drop komen ni kat salah satu entry tupperware saya dulu-dulu. Agak-agak valid tak digunakan komen ini untuk tahun 2013 yang bakal berakhir jugak ni ???Lalalalalala...hahahaha


Jom beli tupperware  : [ klik sini]


Basuh kereta hari minggu disini : [klik sini]

Thursday, November 21, 2013

Habbatus Sauda ,Tekanan Darah Menurun dan Minyak Zaitun

Semalam saya buat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tahap kolestrol dan kandungan gula dalam darah. Hari ni baru berjumpa doktor untuk consultation sebab result pemeriksaan semalam keluar hari ni. 



Setelah mengambil Habbatus Sauda sebanyak 2 botol (2 biji setiap hari ) Alhamdulillah hari ni tekanan darah saya kembali menurun walaupun tidak makan ubat lagi hari ni. Sharina, saya nak AHS sekotak. Dah berapa minggu tak makan ni. Tunggu gaji yer :)  Untuk pembelian boleh berhubung dengan Sharina di facebook. 


Tekanan darah hari ni 137 / 81 . Dah lama tak kurang dari 140 (normal 120 kebawah) yang atas tu dan ni first time bawah turun kurang 90(normal)  setelah 10 bulan mengidap darah tinggi ( Usia My Nayla ) Dah tiba masanya untuk saya beli mesin periksa tekanan tu. Sebab kalau periksa sendiri hari-hari doktor cakap, doktor boleh kurangkan dos pengambilan ubat saya kalau menurun. Tapi tahap kolestrol pulak yang tinggi sket 6.8 (Normal . Doktor cakap boleh kurangkan dengan bersenam ajer . Nampak nau tak bersenam . Sengih jer la. Doktor tak bagi ubat sebab muda lagi katanya. Diabetes Alhamdulillah tiada . 


Rawatan Alternatif . Hari ni saya try makan kapsul Minyak Zaitun ni pulak Boleh buat pembelian  di Kedai Makanan Sunnah . RM12 24 biji.  Pergi jauh-jauh wahai kolestrol.

KHASIAT
  • Membantu mengurangkan kadar kolestrol
  • Membantu menghindari penyakit Kardiovaskular
  • Membantu mengelak pembentukan batu hempedu
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Agen antioksidan dan antikanser
  • Membantu menstabilkan asid lemak
  • Membantu meningkatkan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak).


Saya pun ada beli Minyak Zaitun ni untuk goreng-goreng sayur dan bakar-bakar ikan ker ayam .Kalau menumis tu harum semerbak ajer. Tapi rasa macam tak tertelan nak minum ni kan tu pasal saya cuba kapsul minyak zaitun tu. RM18 


Korang pernah makan Habbatus Sauda atau Kapsul Minyak Zaitun ? 

Tuesday, November 19, 2013

10 Idea Dekorasi Bilik Tidur Dua Kanak-Kanak Perempuan

Malam tadi saya tanya my Nuha, nak tak tidur dalam bilik Nuha sendiri ? Dia kata kena letak air cond dulu. Demand kanak-kanak sekarang kan. Tapi Ummi tidur la sekali dengan dia katanya. So tunggu adik besar sket boleh la diorang tidur berdua kat dalam bilik tu. Dia suh Umminya ganti dengan katil lain dulu. Sabar jer lah. Kes tengok anak jiran beli katil baru lah tu :p


Hari ni saja gatal google dekorasi untuk bilik tidur untuk dua kanak-kanak perempuan konon-konon untuk my Nuha dan my Nayla lah :) Jom kita on mode berangan jap.Mana tahu dapat rezeki terpijak ker kan. Amin.

 Yang ni guna warna hijau striking tu.Tak suka sangat warna hijau macam ni. Tapi berkenan kat katil dia. 


Katil dia lebih kurang katil atas tadi.Saya suka sebab jimat ruang. Kuning dan purple nampak cantik jugak . 


 Yang ni macam ada sentuhan english style sket kan dan dinding dengan tema pink biru gitu. 

Yang ni konsep dia moden kan dengan warna tema pink dan hijau. Katil gabung sekali dengan wardrobe diorang. Aduhai moden habis ni. 


Pink semua ni memang sesuai untuk kanak-kanak perempuan kan ? Katil yang pull out tu memang outstanding dan jimat space . Yang ni paling saya suka.


Idea untuk entry hari ni sebenarnya dari website IKEA.Menarik jugak dekorasi ni sesuai untuk bilik yang terhad kan  


Yang ni pulak menggabungkan warna hitam dan pink. Sangat matching bersama. Yang ni pun saya suka. Tapi kalau jenis berdengki kang berebut pulak nak warna pink dua-dua.

 Yang ni konsep katil kembar. So sama jer dekorasi untuk dua-dua katil. Senang tak yah berebut kan.

Yang ni pun sama jugak konsep katil kembar dengan sentuhan ala english jugak


Tak salah rasanya lari sket dari kebiasaan biru untuk lelaki. Untuk perempuan pun boleh kan. Best idea ni dengan katil yang customized dan ada wardrobe kat situ terus. 


Design mana yang korang rasa korang berkenan ? Boleh lah diaplikasi untuk bilik anak-anak dara korang jugak atau anak-anak bujang pun boleh lah :) Semoga bermanfaat :)



credit  http://denoxa.com
http://www.goaltus.com/20-funky-of-modern-kids-rooms-designs/girl-yellow-purple-kids-room-designs/
http://www.mapsoul.com/kids-rooms-decorating-ideas-for-girls/twins-kids-rooms-decorating-ideas-for-girls/
http://www.lushome.com/kids-bedroom-ideas-two-pink-blue-color-schemes/44626
http://pbstudiopro.com/play-room-and-kids-room-decor-ideas-for-girls/modern-kids-room-decor-ideas-for-girls/
http://ezpong.com/fun-bedroom-designs-allocated-for-two-kids/colorful-bedroom-decorating-ideas-and-pictures-for-kids/

Monday, November 18, 2013

Lawatan ke Sime Darby Properties Bandar Bukit Raja Sales Gallery

Lawatan lah sangat. Nak beli rumah baru ker kami ni ? Tidak lagi buat masa sekarang . Akan datang wallahualam kan :) Kami kesana sebab nak gi tanya pasal rumah kos rendah untuk kawan my hubby iaitu Pangsapuri Rebana. Mula-mula kami ingatkan dalam pembinaan rupanya dah 7 tahun diduduki dan masih ada 100 lot yang belum terjual.




Entrance kat Sime Darby Properties Bandar Bukit Raja Sales Gallery
Buka setiap hari dari 9.30 pagi 6.30 petang kecuali Cuti Umum.
GPS Coordinate: 3.101778,101.417198 
Jalan Gamelan 1E, Bandar Bukit Raja 41200 Klang, Selangor 
Tel : 603 3361 7288 Fax : 603 3361 7200


Haruslah posing dulu anak beranak.

Kat sales gallery ni ada lah rumah miniatur tu kalau nak tengok kan. Memang tak mampu dimiliki :p Sales person tu cakap kalau nak beli rumah, belilah sekarang sebab akan datang makin mahal lagi harganya. Katanya 5 tahun dari sekarang mungkin ada LRT kat Bukit Raja. Wallahualam. Mujurlah dah beli rumah sebelum harga naik dan teres 1 tingkat yang mana diorang kata tak akan buat dah. Pendaftaran rumah mampu milik berkualiti Sime Darby boleh tengok syarat kat sini. 


Yang ni Nobat 
Harga bermula dari RM580,888.

Nobat dari pandangan sisi

Yang ni Cogan . Brosur Cogan 
 Cogan 1  : Selling Price: RM630,888 (min) - RM825,888 (max)
Cogan 2 : RM623,888 (min) – RM826,888 (max)
7% Bumiputera Discount (Quota applies).


Cogan dari pandangan atas


Ni Cogan dari depan. 


Pangsapuri Rebana. Tak nampak plak floor plan nya.Sabtu ni sesiapa yang cukup syarat dan berminat boleh datang kesini sebab hari tu ada wakil bank akan datang. So boleh terus mohon pembelian rumah ni kat situ dan hantar permohonan kalau lengkap. 


Boleh baca syarat kat sini. RM 42K. Memang tak dapat harga ni kat lain dah.


Map ke sales gallery . Klik untuk pembesaran berganda.


Kat sini pun ada disediakan tempat untuk anak-anak main sementara korang settlekan pasal pembelian rumah. My Nuha seronok la dia . 


My Nayla pun kemain seronok dapat main kat sini. Nampak sangat tak pernah bawak gi playground..hehehe

Ni pangsapurinya. Kami terus pergi tengok kat situ. Tak jauh dari sales gallery ni. 



Friday, November 15, 2013

Siapa suka makan kicap ? Kicap Jalen kan ada...

Saya ni dari kecik memang suka makan nasi dengan kicap. Kalau kat kampung skang ni boleh saya tayangkan gambar saya masa kecik-kecik tengah makan nasi dengan kicap.hehehe. Punyalah suka sampai ada gambar makan nasi dengan kicap tu. Dan hubby saya pun penggemar kicap jugak. Sesuai sangat suami isteri penggemar kicap. Kalau tak der kuah, kicap pun boleh layan.My Nuha pun mengikut sama skang ni. 

Kalau tiba-tiba terputus lauk sebab malas nak pergi pasar kan, saya suka makan nasi dengan telur mata. Hiris lada jarum, bawang dan tomato dan tuang kicap, sos tomato dan sos cili. Nasi panas-panas memang terangkat lah kan. Semestinya Jalen kan :)


Ni sahur saya pagi tadi. 



Mesti korang ingat jenama Jalen ada produk kicap sahaja tapi sebenarnya ada pelbagai lagi produk lain seperti sos tomato, cuka dan kordial. Malah produk-produk Jalen ni boleh didapati di semua pasaraya terpilih tau. Korang boleh tengok senarai harga produk keluaran Jalen disini. Dan yang paling penting produk keluaran Jalen mendapat pensijilan HALAL dan 100 % Keluaran Bumiputera.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal produk keluaran Jalen boleh klik salah satu dibawah ni :-



** Entry ini ditulis untuk contest dari blog Jalen seperti dibawah. Jangan lepaskan peluang ini yer :) 


Nak dapatkan Diari dan Buku Nota Jalen 2014 seperti diatas? Mudah sahaja.

Hanya 'follow' blog Jalen Sdn Bhd dan tuliskan satu entri berkaitan produk Jalen mengikut kreativiti anda. Entri anda hendaklah mempunyai link ke Facebook Jalen, Blog Jalen dan juga Website Jalen. Setelah itu, letakkan link blog anda di ruangan komen entri ini.

Tempoh penulisan entri adalah dari 11 November 2013 hingga 25 November 2013. Pemenang akan diumumkan pada 29 November 2013.

40 blog yang mempunyai entri paling menarik akan memenangi Diari dan Buku Nota Jalen 2014. Keputusan pemilihan blog pemenang adalah muktamad.

Jom beli tupperware  : [ klik sini]
Basuh kereta hari minggu disini : [klik sini]

Thursday, November 14, 2013

Nasi Lemak Ayam @ Labana Tomyam, Tanjung Lumpur, Kuantan

Ini episod JJCM @ elissmie.com cum nostalgianya@elissmie.com jugak lah. Kalau di blog ni, tempat makan ni versi ulang tayang la sebab dulu pernah cover pasal ni kat entry ini. Ni pulak yang kami pergi bulan lepas.Ini port makan kali pertama my hubby bawak keluar masa saya di Kuantan.Masa tu kitorang tak couple lagi.Keluar pun dengan kawan- kawan dia lepas tengok spring test.Saya ni follow ajer, tak suka sangat tengok lumba-lumba motor ni kan. hahaha. Masa tu saya praktikal kat Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Kuantan. Tapi malam tu dah rasa 'berbunga kat hati' masing-masing tapi dua-dua pun tak berani nak luahkan perasaan lagi sehingga 2 Ogos 2003(Tersama pulak dengan birthday my Nuha) . Abes kisah nostalgia. Tak leh panjang-panjang nanti muntah pulak.


Malam tu menu kami nasi lemak ayam yang simple tapi sedap. Sedap part sambal dia tu. Mula-mula nak makan nasi minyak tapi dah habis pulak.

 Mula-mula my Nayla ok lagi.

 
Makan nasi lemak lagi.Lepas dah kenyang mengantuk nak tidur pulak. Tak sempat sotong celup tepung sampai. 
So tapau sotong tu makan kat hotel.hehehe

 My Nuha memang hantu nasi lemak.

 Memang meriah orang malam tu. Tapi servisnya cepat jugak lagipun kami order yang dah ada kan kecuali sotong tu lambat sket . 

Ulang tayang kat sini Sotong Celup Tepungnya :p 

Labana Tomyam, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan
Lokasi : Foursquare

Untuk tempahan boleh hubungi mereka : 
012 945 7171
012 960 9729

Korang yang pernah sampai Tanjung Lumpur,Kuantan restoren apa yang korang selalu pergi ?
 
p/s:
 
Kalau orang KL mesti Ana Ikan Bakar Petai kan :p 
 
 Hari ni berpuasa ganti sekali harung sekali dengan puasa sunat asyura kan. Tetiba rasa nak makan bubur lambuk pulak..haishhh...Mana nak cari pucuk midin kat sini atau orang KL sebut pucuk paku merah. Dulu-dulu pernah tengok di Pasar Seksyen 6 , Shah Alam tapi jarang sangat lah ada. 

Ini bubur lambuk ulang tayang yang my ma buat masa balik raya aidil adha hari tu. 


Kalau ada sotong besar kat kedai hari ni, rasa nak buat ketupat sotong lagi.



Wednesday, November 13, 2013

Saya telah bergelar nenda buat kali kedua, FM dari Australia dan Cameron Highlands

Drum rolls plz :)

Cucunda saudara terbaru. 23/10/2013. Mohd Haqiff Danish. Terima kasih sebab dah buat diri saya menjadi nenda buat kali kedua , nenek saudara tapi .  Ini my hubby punya cucunda saudara .


Korang dah ada cucu ? 

Koleksi terkini FM dari kawan-kawan my hubby. Terima kasih kawan-kawan my hubby :) Terima kasih daun keladi, kalu holiday kemana-mana lagi jangan lupa belikan lagi..hehehe


Dari Australia dan Cameron Highlands.


Koleksi FM terkini setakat 13/ 11/ 2013



Tengok tangan-tangan kecil tu sementara kakaknya duk posing sakan tu :p 



Edisi Less Words @ elissmie.com

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)