Tuesday, September 17, 2013

Nasi Arab di Restoran Aroma Hijrah @ TTDI Jaya, Shah Alam

Selalu sangat pekena Nasi Arab @ D'Arab Cafe yang sepelaung sahaja jaraknya dari rumah saya tu. So hari ni JJCM @ elissmie bawa korang jauh sket tapi jauh pun tak lah jauh sangat, cuma di TTDI Jaya, Shah Alam sahaja. Masuk ni, dah kali kedua kami mencuba nasi arab di Aroma Hijrah ni. First time dulu orang belanja, so segan nak snap-snap. Tambah pula masa tu lewat sampai dan my Nayla pun baru 3 bulan. 



Ni menu yang ada di sini. Ada 3 pilihan nasi. Saya selalu makan nasi Kabsah. Tapi kali ni boleh try tiga-tiga jenis nasi ni. Yang Mandy dan Kabsah kurang berempah nak dibandingkan dengan Maqlubah . Nasi maqlubah ni siap ada sayuran iaitu lobak dan terung dalam dia dan lebih berempah.



Combo set pun ada

Haruslah posig dulu sementara menunggu nasi siap dibungkus.



Ada dua pilihan tempat untuk makan. Boleh makan kat kerusi.


Atau duduk bersila.Yang mana memudahkan. Surau dan toilet disediakan.


Deko yang simple dan menarik.


Nak makan pun rasa tenang rasa bila terpandang kaabah tu.


Pose my Nuha sebelum balik. Kami tapau ajer. Lebih selesa makan dirumah dengan anak kecil ni. Gambar nasi yang kami beli tak sempat dah nak snap..hehehe


Ni pilihan hubby semalam. Nasi Kabshah dengan Masywi Chicken
Saya punya, Nasi Mandy dan Roasted Chicken 

credit to fb Aroma Hijrah

 Yang ni share. Saya amik nasi ajer. Kambing hubby dan My Nuha kongsi makan.

credit to fb Aroma Hijrah


Overall, sedap jugak nasi arab disini tapi kalau kabsah tu saya lagi suka D'Arab Cafe punya . Yang maqlubah tu pun sedap nasinya tapi kambing tu hubby cakap memang sedap betul. Sedih tak dapat merasa sejak kena darah tinggi ni .

Harga nasi arab pun standard ajer harganya tapi kambing mahal sket. 

Lokasinya sebelah dengan surau, lepas shoplot yang ada SaraKids@Mak Uda Selera Timur@Little Dje, terus lagi sampai jumpa satu lagi shoplot  belah kanan. Bersebelahan dengan Masjid Al-I'tisam

Korang suka tak makan nasi arab ?



Aroma Hijrah , TTDI Jaya
No 6 & 8, Jalan Opera U2/H,TTDI Jaya ,40150 Shah Alam
Tel : 03 783 21524

9 Comments:

  1. tak pernah rasa lagi nasi arab ni..nampak sedap..teringin la pulak..hohoho..

    ReplyDelete
  2. sukaaa...baru makan semalam. feveret kitorg mandi kambing. tak brminyak sgt tak berempah sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fav eliss pun kmbg gak tp skng dh tkt nk mkn...

      Delete
    2. Fav eliss pun kmbg gak tp skng dh tkt nk mkn...

      Delete
  3. aku suka set nasi ngan kambing pangang dia..memang terbaik.

    ReplyDelete
  4. amboihhhh... ada pilihan baru nasi arab nih.. perghhh!!!

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)