Thursday, September 19, 2013

5 barang yang wajib ada untuk bercuti

Setiap kali saya nak pergi bercuti , mesti ambil masa yang agak lama untuk packing. Korang ada tak masalah yang sama ? Macam-macam barang kalau boleh kita nak angkut untuk pergi bercuti yang kadang- kadang rasanya tak perlu pun. Kat bawah ni saya listkan 5 barang yang wajib ada untuk pergi bercuti sebagai panduan untuk korang yang nak pergi bercuti.


1) Kasut yang selesa

Seelok-eloknya pakai lah kasut yang selesa. Kalau boleh semua aktiviti boleh buat dengan sepasang kasut yang selesa yang kita bawa tu. Kalau boleh elakkan kasut bertumit tinggi , mana tahu tetiba kena kejar kapal terbang nak berlepas pulak kan. Tapi kalau dah biasa pakai kasut tumit tinggi dan selalu kejar punch card rasanya tak ada masalah, janji selesa. Terpulang kepada masing-masing. Eh, macam jauh jer nak bercuti tu kan ?

2) Barang-barang penjagaan diri

Yang ni kalau pergi bercuti kat hotel, memang ada jugak disediakan tapi rasanya lagi best kalau dapat pakai yang sendiri punya. So boleh la bawa barangan penjagaan diri yang jenis pek-pek kecil atau travel kit biasanya pek-pek percubaan atau yang kita selalu dapat percuma tu. Lagi satu boleh jimatkan ruang beg kan.

3) Pakaian yang selesa

Baju ni pun satu masalah jugak bagi perempuan ni. Kalau boleh satu almari nak angkut tapi korang lebih kenal diri korang kan. Kalau saya, senang ajer. Seluar mungkin dalam 2 helai sahaja dengan pilihan warna selamat seperti hitam atau biru yang matching dengan semua jenis baju. Baju pulak seeloknya jenis kapas biar tak panas . Kalau boleh sekali harung gitu tudung, contohnya dua baju dengan warna pink, so jimat lah sehelai tudung tu kan? Jimat space beg korang jugak.


4) Charger kamera dan handphone

Yang ni pun kalau nak pergi bercuti memang kena selalu ingat lah. Kang tak pasal-pasal bateri kong , tak boleh amik gambar atau update status kat facebook atau update blog. Blogger tegar sangat katakan. Yang ni pun antara barang yang mesti ada jugak bagi saya kalau pergi bercuti mana-mana.

5) First Aid Kit

Sebagai isteri kepada suami yang bekerja dalam bidang kesihatan dan keselamatan pekerjaan ni , yang ni pun salah satu perkara basic yang penting jugak kalau nak pergi bercuti kemana-mana. Maklumlah, seorang ibu kepada 2 orang anak yang sedang membesar ni. Perkara yang perlu ada haruslah minyak gamat, paracetamol syrup dan handyplast. 


Untuk memudahkan korang menguruskan barangan untuk bercuti ni, korang boleh beli Bailey Travel Kit Gin & Jacqie di Zalora Malaysia ni. Barang-barang yang korang bawa untuk pergi bercuti tu lebih terurus sebab setiap porch ni ada disediakan gambar . So bila korang nak gunakan tak der lah tertukar sebab dah ada gambar pada porch tu kan. Menarik kan idea ni travel kit ni  ?


Apa pendapat korang?


So, bercuti bukan mimpi ngeri buat korang lagi kan ? 

Jom rancang percutian anda. Dah booking ke tiket air asia 1 juta tempat duduk percuma tu ?


2 Comments:

  1. Handphone memang tak boleh tinggal kan.... tapi shopping kat zalora pun best gak kan... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..handphone memang keperluan :p ok, tak sabar nak shopping.

      Delete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)