Hari ni baru masuk ofiz. Lemau btol nak masuk kerja sebab hampir 2 minggu bercuti kekdahnya. Tapi 4 hari terakhir bukan bercuti tapi lebih kepada menjadi nurse. hahaha. Anak-anak sakit adalah kifarah dosa-dosa ibu bapa kan? So, mak redha jer lah.
In medicine, a nebulizer[1] (or nebuliser)[2] is a drug delivery device used to administer medication in the form of a mist inhaled into the lungs. - credit to source
Lepas jumpa paed kat DEMC dia suggest untuk warded kan my Nayla atau pinjam mesin nebulizer sebab my Nayla kena neb setiap 3 jam untuk cairkan kahak dia sebab banyak sangat berkahak. So saya ambil keputusan pinjam jer la mesin nebulizer. Yang ni insuran tak cover. So kena bayar sendiri.
Kos sewaan mesin nebulizer ni RM 40 sehari. So RM 80 untuk dua hari.
Ni lah rupa mesin tu. Masa amik neb tak sempat nak snap sebab susah nak
kena handle sorang-sorang kan. Tapi paling syok neb dia masa pukul 1
pagi dan 4 pagi sebab dia tak bangun pun so boleh la neb dia lama-lama sampai habis ubat . Kalau tak 10 minit lah paling lama. Ubat tu 15 minit baru habis. Mesin ni asap dia tak sebanyak mesin yang kat hospital tu pasal kena habiskan ubat tu baru bagus .
Berguna jugak papan hitam ni untuk buat catatan waktu neb untuk nuha dan inhaler untuk my Nuha.
My Nuha guna inhaler yang diattach dengan AeroChamber ni setiap 4 jam sekali sebab dia pun ada sket batuk . Since dia eczema doc cakap dia adalah batuk athma jugak. Lepas follow up selepas 2 hari, dua-dua dah semakin ok. Boleh stop neb dan continue makan ubat jer. Hari ni rasa lega sket nak hantar diorang ke taska dan pengasuh.
Jom la layan gambar my Nayla yang dah menginjak ke usia 7 bulan. Sekejap ajer masa berlalu kan.
Sempat timbang berat masa jumpa paed hari tu. Tangan tu tengah gwiyomi ke dik ? hehehe
Berat Terkini 6.2 kilogram
Bila ntah nak merangkak ni.
Bila angkat badan gelongsor ke belakang. Mak mentua cakap, merangkak udang. huhuhu
Senyuman buat semua orang cair...
Tapi tak semua orang boleh amik dia walaupun dia senyum manja..Lama-lama bila kenal baru nak orang.
Paling suka stereng kereta
Korang pernah ada pengalaman sewa mesin nebulizer dan buat sendiri dirumah?
Harap dah semakin sembuh..:)
ReplyDeleteAda guna steroid inhaler tak ( maintenance treatment)? Sebab kalau frequent attack, selalunya kena guna inhaler jenis ni at least utk 3- 6 bulan, depends on symptoms
Baru tahu boleh sewa nebulizer
ReplyDeletesiannya..tapi terpaksala kan..daripada dorang teruk kena asma nanti..
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteai saya ida
newbies blogger
saya baru je follow blog ni
jemput ye follow blog saya
umielman.blogspot.com
Dulu masa kecil dulu teringin juga nak ada neb kat rumah. tapi mama kata klinik dekat senang pergi... so takde lah. saya kena asma pun sejak kecil, tapi tak ingat pula seteruk macam ni. atau mama tak pernah citer. tapi asma sekarang under control... 2,3 tahun dulu kalau pergi asthma bay kat HKL mmg sedih ah tengok baby dan adik2 kecil ni neb... tak sanggup rasanya nak tengok.
ReplyDeleteselalu tgk anak sedara yg kena pakai inhaler atau neb tu. Adik ipar beli neb selalu sgt anak dia ken asthma attack.
ReplyDeleteade pelapik selesa plak kt gambar last sekali tu...tu la dia sedap nk duduk kt stereng tu =)
ReplyDeletecomel je mesin nebu tu.. ingatkan yang besar mcm makcik aku pakai..
ReplyDeleteeczema ke? try pakai sabun marine essence, ramai dah pakai berkesan kat anak masing2..
http://beauty4allbyaf.blogspot.com/
atau
https://www.facebook.com/beauty4allbyaf
byk sgt makan ketupat raya eh?
ReplyDeletemoga cepat sihat yer Nuha dan Nayla.
memang comel dia senyum kan~ geram jer~
selamat hari raya
ReplyDeletealhamdulliah sekarang ni dah banyak kemudahan bila anak ada penyakit asma kan.
semuga anak kamu sentiasa sehat walafiat
Saya juge ade memiliki mesin nebulizer dirumah since baby saye yg umur sebulan berkahak teruk slps prolonged jaundice. Kos ulang alik ke klinik adalah lebih tinggi dr memiliki mesin nebulizer sendiri di rumah.
ReplyDeleteSo sesiapa yang berminat untuk membeli mesin nebulizer brand medel, saye ade buat promosi RM210 FREE POSTAGE. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 013-3333062 (SMS/WHATSAPP/WECHAT) :)