Friday, August 02, 2013

Pertama kali caesarean 5 tahun yang lalu dan 10 tahun menyintaimu

Hari ni entry jiwang sket . Dedikasi untuk cinta hati saya dan benih cinta yang pertama. Hari ni genap usia my Nuha 5 tahun. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Dan hari ni jugaklah saya dan my hubby melafazkan kata cinta untuk kali pertama.* Blushing


Sayangku Mohd Hizaami, aku akan terus menyintaimu kerana Allah . Semoga kasih sayang antara kita akan berkekalan sampai ke syurga. Bila dapat naik lagi kuda merahmu sebagai hadiah dating anniversary yang ke 10 ini ? ;p Atau sekurang-kurangnya percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands percutian ke cameron highlands . hahahahaha. Sebut banyak kali dengan harapan bawak la tu dan ayat itu terus bergema dan mengganggu tidurmu :p hahaha


Untuk my Nur Nuha Humayra, semoga menjadi anak yang solehah ( bukan kawan awak tu ) maksud Ummi anak yang selalu dengar kata Ummi dan Abah. Menjadi penyejuk hati Ummi dan Abah. Walaupun awak dah ada adik, kasih sayang Ummi kat awak tak pernah berubah walau seinci. Geram ajer yang ada bila awak kadang-kadang menduga keimanan Ummi. Tapi Ummi tetap anggap awak masih baby Ummi untuk selamanya.Bila Ummi marah, awak pandai pujuk Ummi balik walaupun esok buat lagi perkara sama.Ummi dan Abah sayang awak sampai bila-bila dan harap awak akan dapat jaga adik-adik ( kalau ada rezeki satu lagi) baik-baik . Ummi dan Abah tak kisah awak nak jadi apa, sekejap nak jadi cikgu, jadi doktor, jadi chef ( selalu tengok masterchef sangat :p) dan kadang-kadang nak jadi kanak-kanak ajer tak nak jadi besar sebab takut kena kawen :p Cuma satu ajer pesan Ummi, semoga jadi anak yang berguna untuk masyarakat dan agama. In sha Allah. 

Hari Pertama Dilahirkan


Sambutan Hari Lahir Pertama 2008

Sambutan Hari Lahir Kedua 2010



Tiada sambutan Hari Lahir Ketiga. Masa 2011 ni tak sempat buat sebab tahun tu Ummi berpantang lepas raya sebab ectopic pregnancy. Konon nak buat lepas raya sekali open house.Tapi tak jadi.So ganti tahun 2012 siap tripple celebration lagi :)

Sambut bertiga dulu.2012

Sambutan Hari Lahir Keempat cum open house 2012

Sambutan Hari Lahir Keempat di Taska 2012



Persiapan Hari Lahir Kelima di Taska 2013 malam tadi.




 p/s:

Jap lagi nak pergi cari selipar hari raya. Harap jumpa la yang berkenan.

Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah untuk fakir miskin Kudat Sabah
Bank in kepada : Tuan Haji Md Idris Haji Abdullah  Maybank Berhad 164 098 445 317
Ustaz ni adalah Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM. Dia kata kalau boleh derma RM100 sebab itu jumlah yang dia nak bagi setiap keluarga ( 100 keluarga semuanya) tapi kalau RM1 pun dia terima jer..
email beliau sekiranya sudah memasukkan wang dan cakap untuk tujuan apa ( Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah ) mewakilkan beliau. email  : idris962@salam.uitm.edu.my

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA untuk HARI RAYA nanti , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]

Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu . [ klik laju-laju

6 Comments:

  1. happy besday nuha...
    acik jue doakan nuha jadi anak yang solehah buat umi dan abah...
    jadi kakak yang baik buat adik2...
    panjang umur serta dimurahkan rezeki...

    moga hubungan suci ini akan kekal selama hingga akhir hayat kalian berdua...

    ReplyDelete
  2. hepi besday nuha.. takutnya caesar..

    ReplyDelete
  3. Happy birthday nuha!! Eh anak kita sebaya ek dedua tu. Salam aidilfitri eliss.

    ReplyDelete
  4. Happy birthday untuk Nuha. Insha allah besar nanti jadi anak yang solehah. Anniversary coupling ke kawin yang dah 10 thn?

    ReplyDelete
  5. InsyaaAllah bahagia dunia akhirat...

    ReplyDelete
  6. Happy birthday Nuha sayang.
    semoga menjadi anak yang baik dan solehah.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)