Thursday, July 11, 2013

Suntikan Imunisasi 6 Bulan & Solid Food Nayla yang pertama

Selamat Berpuasa semua ! Semalam terpaksa EL sebab my Nayla kena campak pulak. Habis merah bintik-bintik satu badan.Risau jugak takut denggi. Doktor pun risau so buat ujian darah bacaan platlet ok.Doktor cakap demam viral ajer. Syukur Alhamdulillah.

Hari Sabtu lepas sekali lagi ke Klinik Ajwa, Seksyen 7 untuk mengambil suntikan imunisasi untuk 6 bulan. Masa tu badan dia dah dedar-dedar tapi bila check suhu, tak demam pun. So doktor teruskan untuk timbang dan cucuk.Cucuk kali ni dengan doktor lelaki yang muda lagi.

Harus posing dengan mangsa keadaan dulu :)

My Nuha pun join sekali posing, tadi dia yang snap.

Steady lagi masa timbang even masih ni dia dah start cranky.


Berat tak sampai 6 kilogram lagi. Cuma 5.6 kilogram sahaja. 
Ok la, ada pertambahan berat sebanyak 0.3 kilogram :p


Tengok nurse terus muka cuak dan lepas tu menangis sebelum cucuk. Saya terpaksa amik dan tenangkan kejap then doktor sambung tugas. 




Terpaksa saya yang pegang lepas tu sebab dia dah kenal orang.
Sorry tak nampak muka doktor lelaki yang muda tu :p keh keh keh
Bulan-bulan puasa harus kurangkan kontroversi.

 

Ala siannya...Lepas saya amik tu terus diam ajer sebenarnya. Lebih takut doktor itu dari jarum :p

Terima kasih doktor bertugas 1 :)


My hubby punya kerja la ni. Ni motor doktor yang bertugas 1 tadi :p


Bila My Nayla dah nak masuk ajer 6 bulan, saya terus beli satu blender baru untuk My Nayla. Beli blender tambahan ajer pun RM30 kat Giant.Nasib baik jenama pensonic memang ada jual bekas dia ajer. Tak mampu nak beli Baby Bullet kekdahnya. Dan beli bekas kecil-kecil tu sebab tak jumpa ice tray yang ada penutup. Mangkuk dan sudu pun harus beli baru. Mode teruja.

Solid food chart [sumber sini ] untuk my Nayla awal-awal lagi dah lekat kat peti ais. Semangat sangat.


Hari pertama saya buat puree epal . Resepi semua dah tahu kan. Saya cuma rebus dengan sedikit air dan blend sampai halus. Siap rasa ok .Sedap sangat. hahaha. Eh bulan puasa tak der orang terliur dengan makanan bayi kan ? Ker ada? hahahaha

Konon nak buat 4 days rules tapi epal fiji ni macam masam sket so esoknya saya buat puree pear.

Pear yang jadi puree hari keduanya.


Dah ready untuk difrozenkan.

Kalau tak dapat balik beraya, boleh send mohon maaf kat sini dan menang hadiah :)
 Tinggal 2 pear dan 3 epal fiji lagi dalam stok.
Frozen puree seeloknya disimpan paling maksimum 3 bulan . Tapi boleh simpan sampai 6 bulan.[ baca sini]

Ni kali pertama suap epal yang dirasmikan oleh My Nuha. Moga2 dia suka makan macam kakak dia .

Muka tak der perasaan. Sedap ker tak, tak tahulah :p

Dia tak berapa suka sebab mungkin masam sket , lepas tu saya masukkan susu baru laju sket makan.


Ni puree pear pulak.

Yang ni memang dia suka makan. Ni gambar kali kedua dah sebenarnya dia makan pear ni dan memang dia suka. Setiap bekas tu saya letak dalam 6 sudu ajer pureenya dan tinggal sket jer tak abes :p

Sayang, semoga membesar dengan sihat dan cergas yer :)

Sekarang dah kenal orang , bergolek berpusing dan merata-rata dan tengah bekerja keras angkat dada dan montot , harap-harap lepas ni merangkak. Kalau ikut sejarah my Nuha tak merangkak, terus duduk dan bangun. hehehe.

p/s: 

Sorry terpanjang entry hari ni sebab balas dendam 2 kali minggu ni tak update belog ;p



10 Comments:

  1. siannya dia kena cucuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa..memang kesian kan tapi x perla utk kebaikan dia.

      Delete
  2. Comey nayla!

    Saya ada bekas tray ice cube bertutup tu
    Nak tak?
    Sbb dh x guna
    Dari dok tersimpan jek baik bagi pd yg nak
    Kalu nak kasi alamat ek nadyaewani@gmail.com
    Kalau nak laaa :)
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugak kalau nak bagi. nanti eliss email yer :)

      Delete
  3. bagusnya mama nayla n nuha ni...gigih.BAGUS!CAIYOK!
    ps: bersihnya petis aisssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam betul2 habis bahan basah. tu aku dah keluarkan utk masak pasal tu bersih :p

      Delete
  4. alhamdulilah sudah besar dan sihat baby Nayla.
    rajin mama dia nie buat puree. bagus bagus.

    p/s anak2 saya tidak minat makan puree. so mama ini tidaklah membuatnya lagi kan.
    seawal umur dekat 4 bulan susu sudah di campur dengan beras hancur dari nestle.

    ReplyDelete
  5. kalau kid dulu, memang kid pangku dan peluk ilham, tak letak bawah.. hehehe

    ReplyDelete
  6. comelnye makan puree.. kalo delisha dulu dia tak makan lah mende2 lembik cam tuh.. kalo bancuh nestum pon kena bancuh pekat2.. baru dia makan. :)

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)