Friday, July 26, 2013

Roti Jala Dalam Pemanggang Tefal

Selamat Menyambut Nuzul Al- Quran yer semua. Bagi yang tidak bercuti sila jangan jelez :) Ni kali kedua saya menjala roti jala. Kali ni tak guna kuali tefal yang non stick tu sebab yang tu kecik tapi guna pemanggang tefal . Durhaka gadget memasak nama dia. hehehe . Kali ni edisi satu hari satu gadget di dapur di elissmie nak tayang acuan untuk menjala.






Saya punya yang 5 muncung cuma RM1.50 tak silap. Beli di Tesco kot. Lupa lak.


 Saya guna resepi ini { terima kasih kak jee}  tapi telah dialter oleh saya lah sket sebab nak buat 5 keping jer utk rasa :) 


Roti Jala versi elissmie. 
Bahan-bahan :-

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air
1 biji telor
secubit garam
beberapa titis pewarna egg yellow

Cara-cara:-

Masukkan semua bahan dalam blender dan kita putar . Sedia untuk menjala. Tapi saya paling suka makan dengan serawa durian. nanges :((

p/s: Adunan yang saya guna cuma untuk 5 keping ajer. 2 keping makan berbuka, 3 makan sahur. hehehe



Tak sangka menjadi you. Menjadi sekian hal, yang penting sedap.


Garisan grill tefal tu yang tak menahan tu..Kalau lambat sket angkat dia garing dan rapuh pulak tapi still sedap. Biasa lah ada anak kecik ni, tetiba kat ruang tamu tengok anak menangis. hehehe
Rupanya kalau nak roti jala tu lawa, lipat yang licin berkilat tu kat depan. nanti nak buat lagi la. Semalam ngam-ngam gandum cukup secawan jer.hiks


Kombinasi untuk semalam adalah gulai ayam terengganu . Saja buat pekat-pekat baru sedap mencicah.

Ni untuk sahur pulak.

Korang pandai buat roti jala tak ?


Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah untuk fakir miskin Kudat Sabah
Bank in kepada : Tuan Haji Md Idris Haji Abdullah  Maybank Berhad 164 098 445 317
Ustaz ni adalah Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM. Dia kata kalau boleh derma RM100 sebab itu jumlah yang dia nak bagi setiap keluarga ( 100 keluarga semuanya) tapi kalau RM1 pun dia terima jer..
email beliau sekiranya sudah memasukkan wang dan cakap untuk tujuan apa ( Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah ) mewakilkan beliau. email  : idris962@salam.uitm.edu.my

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA untuk HARI RAYA nanti , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu . [ klik laju-laju]

10 Comments:

  1. Ada yg guna botol jadi kotak-kotak bila gulung sekarang ni Eliss. Tapi kakak pun guna macam Eliss tu.. exactly sama warna pun kuning juga.

    ReplyDelete
  2. laki jue suka sangat roti jala...
    tapi jue tak pernah buat...
    klu dia makan mesti tok dia yang buatkan

    ReplyDelete
  3. rajinnya masak eliss. ni tak dan nak masak2 yg susah. selalunya yg simple2 je. takleh nak lama kat dapur sgt. adaaaa je orang paut kat kaki. adoi

    ReplyDelete
  4. semenjak ada botol muncung 3.. sy pkai yg tu. dapur bersih xde tumpah2..

    ReplyDelete
  5. Ayah aku pandai Ellis, aku tak tau bila nak pandai 'menjala'..huhu

    ReplyDelete
  6. tk pernah buat..mkn pernah...hehe

    ReplyDelete
  7. klu buat roti jala
    ena suka cicah ngan kuah manis
    nyum nyum nyum sedapnya

    ReplyDelete
  8. comel jugak roti jala nie... kawe pandai makan je...hik3x

    ReplyDelete
  9. PM suka juga makan roti jala , kalau kuah karinya kaw2 lagi sodap...:)

    ReplyDelete
  10. wow, bestnya eliss sudah menjala di rumah.
    bila barang semua sudah ada di dapur, mesti seronok.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)