Memang mencabar rasanya berbuka di luar dengan anak kecil ni. Tahun ni ingat berbuka di rumah ajer sepanjang ramadhan tapi hubby dapat pulak jemputan berbuka puasa di Hotel Concorde, Shah Alam. So,moh ler kita kesana. Memang tak der gambar pun sebab tak menang tangan. Nak makan pun sempat tak sempat ajer.Solat macam biasa kat tingkat 3 tepi pool.Katanya siap ada imam untuk solat terawikh. Tapi saya balik terus lepas berbuka. My Nayla pun dah start crancky. Nasib baik sepanjang makan ok jer. Gilir-gilir pegang masa solat ajer sebab dia dah duk kat baby chair masa makan tapi tak leh lama-lama.
Overall rasa sedikit kecewa jugak dengan buffet kat situ sebab tak semeriah tahun-tahun sebelum ni. Tema dia kali ni The Best of Penang and Johor Ramadhan Buffet. Saya dan hubby makan nasi beriani dan
kuih muih serta sate .Lauk pun tak banyak sangat pilihan.Ayam goreng kicap kot ( ni saya makan) , kari
kepala ikan, kupang masak apa ntah, ketam ada tapi saya nak ambil tinggal kaki dia jer, udang masala dan daging macam masak kicap jugak kot - hitam semacam (hubby makan tapi hubby cakap dia sakit perut esoknya sebab rasa daging dia macam masam macam tu ) .Tiram pun tak der kali ni. Dua pilihan nasi jer, Nasi beriani dan nasi putih yang ada. My Nuha
lak makan mee goreng ajer. Char kuey teow penang tak der pun :p Rugi btol bawak pergi hotel setakat makan
mee goreng saya cakap kat dia .
Saya ni kalau pergi hotel paling teruja nak makan kat dessert table tuh la.Tapi pilihan dia memang tak sama dengan sebelum-sebelum ni. Dulu-dulu siap ada chocolate fountain lagi kan, pastu ada yang dalam cawan kecik-kecik comel tu puding dia, dan tart buah yang comel-comel. Tu semua takder. Chocolate tu dia letak jer situ dlm mangkuk, orang tak perasan pun saya rasa.Banyak kuih melayu jer.
Kambing saya tak merasa tahun ni sebab sejak ada darah tinggi ni dah kurang makan daging. Tu pun makan satu cucuk sate daging ajer. Raya ni tak tahu la macam mana. Dah la family saya memang buat sate daging ajer biasanya. huhuhu. Pasal Buffet Ramadhan 2013 Hotel Concorde Shah Alam, boleh baca kat entry kid kat sini. Tapi blog dia sekarang tengah maintenance. Mesti berwajah lebih menarik la lepas ni kan.
Hari sebelumnya saya berbuka sorang-sorang kat rumah sebab my hubby ada majlis berbuka puasa kat ofiz dia. Nasib baik ada dua peneman berbuka puasa saya. Saya masak simple-simple ajer sebab saya sorang ajer pun kan.
Menu ni lagi sedap bagi saya dari berbuka di Hotel Concorde Shah Alam. hehehe.
Ikan Percik , Acar timun, Budu dan Salad.
Korang pernah berbuka di luar ramadhan kali ni ?
Melting Pot Cafe
RM89.00++ per adult / RM44.50++ per child
Grand Ballroom
RM75.00++ per adult / RM37.50++ per child
Call 603-5512-2200 for reservations
Concorde Hotel Shah Alam
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +603 5512 2200 ext. 2440 / 2406
Fax: +603 5517 7188
Email: shah@concorde.net
so far rezeki dh dua kali me berbukak kat luar..syukur :)
ReplyDeleteTggu nayla besar sket pasni baru bleh p buffet ramadhan lagi kan?
ReplyDeletememang tak menang tangan...
ReplyDeletejue dah rasa minggu lepas...nak mengis pun ada....
hohohhohoho
baru berbuka pertama kali di luar pd sabtu yg lepas
ReplyDeletemmg mencabar berbuka dgn anak yg aktif nie kan
mmg tak dpt nak makan sgt
wow nice, no go there eat before. :D
ReplyDeletenamesherry.com
waaaahhh... melting pot.. yummeyy!! makan sampai kenyang.. hehehee
ReplyDeleteKenapa dah lain pulak menu depa, makin teruk la pulak dari dulu. Takpalah, boleh gak dapat tau pasal menu hotel tu :)
ReplyDeletehaahla..gambar no 2 tu nampak lebih menggiurkan...tak nak jemput kami berbuka ke?hehehe..
ReplyDeletetakde berbuka di luar secara berbayar lagi. cuma berbuka rumah adik beradik je itulah berbuka dirumah lagi sedap.
ReplyDelete