Semalam terpaksa bercuti sebab my Nuha demam pulak tiba-tiba. Mungkin sebab jatuh tersembam depan pintu hari sebelum tu. Demam terkejut agaknya. Hari ni dah ok sket. Bukan saja-saja nak EL. Kita pun tak mahu anak sakit-sakit kan.
Ni sebenarnya nak test power Rempah Ikan Bakar yang saya beli untuk buat stok ramadhan yang bakal menjelma minggu depan. Biasa bulan puasa, memang boleh dikatakan mesti beli ikan bakar buat berbuka.Hari tu Long beli rempah ni dan kami rasa memang menepati piawaian tekak kitorang. So balik terengganu hari tu terus beli 5 bekas buat stok ramadhan.
RM 5 satu bekas ni. Kat situ tulis boleh buat sambal nasi lemak kalau suka.
Rasa dia ada iras-iras resepi rempah Ikan Bakar yang saya dapat dari tokey Ikan Bakar kat Paka
Tempat kami beli rempah tu . Bahulu Seri Geliga, Kuala Kemaman. No telefon ada kat situ kalau nak . Kalau biasa ke Kuala Kemaman, lepas simpang tiga kalau masuk kot Masjid Geliga tu, amik belah kiri, jalan terus sampai jumpa macam hutan ke semak gitu, kedai ni kat belah kanan :p
Saja buat bakar ala portugis gitu, letak bendi :p Saya tak der pemanggang ajaib :p
Pemanggang tefal yang banyak berbudi :)
Kalau ikan besar ni, rempah tadi tu boleh guna 3 ekor ikan.
Ok siap ! Dah boleh makan. Licin la seekor ni 3 beranak makan :p
Makan pulak dengan nasi panas-panas.
Korang dah ready ker nak berpuasa ?
Kalau wrap dengan alum foil ok jugak kan..mesti lagi meresap..
ReplyDeletemengancam sungguh tgk ikan bakar tuh...
ReplyDeleteamboihh...sedapnyaaa
ReplyDeleteNyumnyum
ReplyDeleteSedapnya ikan bakar tu!
aduih...sedapnya nmpk...
ReplyDeletewah tertariknya ... senang kerja ... leh wat bisnes ni eliss .. jual lah ... nak nak
ReplyDeleteNampak delicious sgt...
ReplyDeleteterima kasih eliss!! boleh jadi masterchef ni... yummeehh!!
ReplyDeleteDah kakak macam nak buat jugalah Eliss. Kakak selalu tak letak kacang nak cuba letak kacang mesti sedap kan..
ReplyDeleteok... terliur.. baru je pas buat ayam panggang..
ReplyDeleteterliur ikan plak dah.. heh
ikan..
ReplyDeletexde pemanggang ajaib guna kuali bodoh pun ok je..
aku tak pnh muak mkn ikan ari2
tpi laki tak muak jugak mkn ayam ari2..
persediaan masak mudah masa ramadhan nanti kan.
ReplyDeleteterbaek..
dgn pemanggang tu mcm2 bole buat..beso ikan tu
ReplyDelete**tanghoo goreng tu actually sohoon
Ala kesian Nuha. Semoga dia cepat sembuh.
ReplyDeleteHuih tergoda tengok ikan tu. Kat rumah akak ada la pemanggang ajaib tu, haritu adik akak belikan untuk mak, heheh..