Tuesday, June 11, 2013

Suntikan Imunisasi 5 bulan @ Klinik Ajwa , Seksyen 7 Shah Alam

Alhamdulillah, hari ni my Nayla dah berusia 5 bulan 3 hari. Macam sekejap ajer raksasa kenit kami ni membesar. Tapi tak besar mana kalau nak dibandingkan dengan my Nuha dulu-dulu :) Biasanya saya memang ambil suntikan imunisasi untuk anak-anak pada waktu malam dan nasib baik ada klinik panel yang beroperasi 24 jam. Salah satunya adalah Klinik Ajwa ni.Malam tu kami dapat nombor pertama dan cepatlah dapat masuk bilik doktor.


 
Ruang yang selesa untuk menunggu sebelum dapatkan rawatan. Rasa nak baring-baring ajer kat sofa empuk tu.

Disambut oleh doktor yang peramah , Dr Zarina tak silap. My Nayla pulak beri kerjasama malam tu.
 
Duk diam ajer masa timbang berat badan. Eh, terselak pulak bajunya..hehehe

Berat terkini 5.3kg 

 Doktor tengah cucuk imunisasi 5 bulan . Relax ajer tak menangis anak dara yang sorang ni. My Nuha tak puas hati katanya tak dengar pun adik nangis. hehehe.Mungkin terkejut flash kamera atau doktor yang hati-hati yang cucuk dia :)

 Rupanya kat sini pun boleh buat  3D/4D Scan RM 180.


Alhamdulillah, my Nayla ok ajer lepas kena cucuk dan tak demam.


Kos suntikan imunisasi  5 bulan tak keluar lagi di sistem .(akan update kemudian )  Yang ni untuk suntikan imunisasi masa Nayla berusia 2 bulan dan 3 bulan di Klinik Anis, Seksyen 2 Shah Alam ( juga beroperasi 24 jam) .Doktor akan bagi paracetamol sekali untuk standby kot-kot demam.

*UPDATED : Kos Suntikan Imunisasi 5 bulan = RM160.00

Tiket Kidzania percuma, klik sini





Jadual imunisasi, berbeza sket dengan my Nuha dulu - credit sumber


Korang selalu dapatkan suntikan imunisasi anak-anak di mana?


KLINIK AJWA 
Alamat :  NO 20, JALAN KRISTAL J7/J
PERSIARAN BESTARI, SEKSYEN 7
40000 SELANGOR
Phone 03-5510 6258
Operating Hours :  Open 24 Hours

16 Comments:

  1. Bestnya doktor tu dapat dukung adik. Mestilah si kakak hairan si adik tak menjerit. Boleh tahan anak dara Eliss ni. Antibodi kuatlah.

    Kakak geram tengok mata dan pipi dia tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. doktor pun geram tengok. tu doktor request nak dukung dia.kecik sangat katanya.

      Delete
  2. Kat klinik panel papazakwan
    Tak gi amik kt klinik kesihatan kerajaan pun huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eliss pergi ms sebulan dulu kat klinik kerajaan sbb berpantang kat kampung kan. Ya Allah lamanyaa....tension pun ada..hehehe

      Delete
  3. Jalan2 cari info. Btw nayla sangat comel. Besar mata dia. Cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. info apa yg dicari tu, hrp bermanfaat :) hehehe. terima kasih.

      Delete
  4. Sebab anak awak di cover as panel, better gi ambik kat klinik swasta..Jimat masa...kat klinik gomen lama menunggu..:)

    ReplyDelete
  5. suka dgn perkhidmatan klinik ajwa.mmg terbaik..comelnye nyla..besar betul mata nyla..bile nk bwk dtg ofis lagi?

    ReplyDelete
  6. Akak geram la tengok mata Nayla, adoi comei sungguh dia, rasa nak geget, kehkeh!

    ReplyDelete
  7. doktor tuh nampak penyayang orangnya...:)

    ReplyDelete
  8. Baik jer dia kat klinik, tak nangis pun kena inject.

    ReplyDelete
  9. cumillnya nayla... gewammmm mata bulat

    ReplyDelete
  10. comelnye dia~
    mata bulat jer.. gerammmmm~

    Raa pon cucuk kat klinik swasta gak.. klinik panel abang..:)

    ReplyDelete
  11. comelnya nayla
    btw..
    dia dah sunat belum?!
    huhuhuh...
    mesti nnti lagi gebu.

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)