Tuesday, June 18, 2013

Permergian bapa saudara , Hotel Bajet | Seri Kemaman Inn, Kemaman

Saya mohon sedekahkan Al-Fatihah ke atas bapa saudara saya di Kemaman yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat lepas.Takziah buat mak cik saya dan keluarga atas kehilangan tersebut, semoga tabah menempuhi kehidupan seterusnya. Sesungguhnya MATI itu PASTI dan tidak boleh ditangguhkan walau sesaat sekalipun.Al-Fatihah.



Bagi yang mencari hotel bajet di Kemaman, boleh la menginap di Seri Kemaman Inn. Sebenarnya lokasi hotel ini berdekatan dengan rumah makcik saya. Memandangkan fikirkan my Nayla yang tak tahan panas ni, kami menyewa kat sini buat satu malam .Keesokannya kami pulang kerumah ibu mertua.Tapi malam tu, my Nayla 3 jam menangis tanpa henti. Rasanya ada 'sesuatu' ikut dia. Sebab petang tu pergi ziarah kubur bawak dia sekali. Tok Ki dan Tok Ji dia sekali tak tidur .Last-last pukul 2 pagi berhenti dan letak yassin kat tepi dia  baru ok.Tido sampai subuh . huhuhu



Hotel ni cuma dua tingkat ajer so kenalah menapak untuk naik ke bilik hotel. Kalau kat bawah cuma ditempatkan bilik-bilik standard sahaja. Bertabahlah . 


Ni lah bilik kami. Deluxe Room. Kemudahan basic sahaja .Nama lagi hotel bajet kan. Yang penting bersih. Tu paling mustahak kan. Wifi dan Astro pun ada dan yang paling penting aircond.Iron dan kettle kena request . Check in dan check out 12 pm.Prosesnya cepat ajer.


Almari dan meja solek disediakan.

 Water heater pun ada.


Toilet bersih cuma sempit jer la.

Pagi tu pekena nasi minyak gulai ayam 

Dan nasi dagang. Semuanya sedap :)  

* Breakfast di taja oleh my Long. Terima kasih Long.

 Harga bilik hotel ( * memang tiada breakfast)
Standard RM 60 / semalam - 1 katil single
Deluxe RM 90 / semalam - 1 katil king
Superior RM 130 / semalam - 1 katil king 1 katil single
Family RM 150 / semalam - 2 katil king


Seri Kemaman Inn 
Alamat : Lot 12605, KM 1, Jalan Air Putih,
24000 Kemaman, Terengganu
No Telefon : 09- 859 1511
No Faks : 09-859 1512


 Tayang budak yang 3 jam menangis marathon :p

My Nayla with Muhammad Yazid Yuuki, cucu Arwah yang kedua. 


 
Misi diteruskan dengan  ICT (Ikan Celup Tepung) dan  keropok lekor  @ Pantai Paka


Air jagung. [ close up ]

Harus gambar suami isteri yang meninggalkan anak-anak kat rumah ibu mertua :p 
Dating pertama 2013 ;p


Ni celup tepung udang dan sotong @ di Warung Aziz Satar , Kuala Kemaman pulak . 

 Satay ikan 
Ketupat sotong

Laksam

Pernah sampai kemaman ?






7 Comments:

  1. Belum penah sampai lagi..
    Naylaaaaa! Awat comey sngat ni??!!!
    Ye la kot tu, ada la yg ngikut nayla tu kot..

    Ehh sedap plak nama nayla ni
    Nak reserve utk adik nayli la heehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya ketupat sotong tu
    dah lama tak buat
    cuma ena panggil sotong sumbat
    sedapnya

    ReplyDelete
  3. Ya Allah!! tak menahan betol lah.
    dah lah ngah puasa.. skali kuar gambar makanan Ganu plak..
    sabar jer lah.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. assalam...tq bg info psl htl ni..blh kitorg book nnti...:-)

    ReplyDelete
  5. Alfatihah,semoga arwah tergolong dalam mereka yang beriman,amin..

    ReplyDelete
  6. Hotel bajet pun takpe, yang penting selesa dan bersih kan :D

    ReplyDelete
  7. huuhuh
    al fatihah..
    last2 tgk smpai bwh.
    makan saje..
    huhuuh

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)