Wednesday, June 26, 2013

Kos rawatan pergigian 2013 dan berus gigi PERCUMA

Tahun ni dah 3 kali saya membuat rawatan pergigian. Saya biasanya dapatkan rawatan di klinik pergigian ofiz saya ni ajer. Tapi kena charge jugak, bukannya percuma tapi tidak lah semahal klinik pergigian swasta kat luar. Kali pertama buat masa masih dalam cuti berpantang hari tu. Tak silap bulan 3.


Rawatan pertama adalah scaling dan doktor cakap saya perlu buat tampalan pada 3 batang gigi ( perlu 2 temujanji tak boleh sekali harung ) . Kali terakhir mendapatkan rawatan bulan 5 tahun lepas. Makan banyak gula-gula ke apa ni .  Rawatan pertama yang dikenakan RM10 untuk scaling dan pemeriksaan gigi.

Tarikh temujanji untuk 3 tampalan gigi pada  4/5/ 2013 dan  5/6/ 2013

 Rawatan kali kedua yang dikenakan RM30 untuk tampalan 2 batang gigi

Rawatan kali ketiga RM10 untuk tampalan 1 batang gigi
Jumlah untuk tahun ni kiranya RM50 sahaja :)


Dah tak gerun nak hadap doktor gigi bila dah tua-tua ni  .
Doktor menyarankan pada saya guna berus gigi yang medium atau lembut sebab kena gosok sekali dengan gusi bukan gigi ajer untuk menjadikan gusi sihat dan dapat mengikat gigi lebih kuat. Gitulah dia cakap pada saya bahasanya ;p Lupa dah. Kalau salah mohon perbetulkan yer . 


Jom tayang gigi :p  hehehe


Ni pulak berus gigi percuma yang diterima jenis compact Systema 0.02mm. Aduhai kecik ajer kepala berus giginya dan lembut ajer berusnya. First time cuba jenis macam ni.
Nak request sample percuma klik kat sini yer sebelum 15 Julai 2013 :) 


Pelbagai jenis berus gigi yang sesuai untuk korang pilih :)


Korang dah dapatkan rawatan pergigian untuk tahun ni ? 


8 Comments:

  1. beruntung tu dpt tanggung kos dental...sebab dental cost mmg mahal!

    ReplyDelete
  2. kos rawatan pergigian memang mahalkan. ^_^

    ReplyDelete
  3. mamasue mmg guna berus gigi systema tu...mmg lembut je...sedap jenk sental kuat =)

    ReplyDelete
  4. utk thn nie mmg pengalaman azab utk ena
    bila bercerita cabut gigi
    syukur skang dah ok
    mmg skang nie ena guna berus gigi jenis super soft
    utk kebaikan gigi dan gusi

    ReplyDelete
  5. sebenarnyna nak g dah klinik gigi..tapi takutttt.....

    sbb gigi dah berlubang teruk la...entah bila nak g..

    lagi pun dpt peruntukan RM700 setahun untuk seisi keluarga..... rugila tak guna ...sbb bukan leh bawa ke depan pun peruntukan tu..hik3

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah untung kan klu dapat rawatan murah.

    saya pergi klinik gigi kerajaan sahaja.

    ReplyDelete
  7. Kali terakhir saya buat rawatan gigi time sekolah menengah kot...

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)