Saya mohon sedekahkan Al-Fatihah ke atas bapa saudara saya di Kemaman yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat lepas.Takziah buat mak cik saya dan keluarga atas kehilangan tersebut, semoga tabah menempuhi kehidupan seterusnya. Sesungguhnya MATI itu PASTI dan tidak boleh ditangguhkan walau sesaat sekalipun.Al-Fatihah.
Bagi yang mencari hotel bajet di Kemaman, boleh la menginap di Seri
Kemaman Inn. Sebenarnya lokasi hotel ini berdekatan dengan rumah makcik
saya. Memandangkan fikirkan my Nayla yang tak tahan panas ni, kami
menyewa kat sini buat satu malam .Keesokannya kami pulang kerumah ibu
mertua.Tapi malam tu, my Nayla 3 jam menangis tanpa henti.
Rasanya ada 'sesuatu' ikut dia. Sebab petang tu pergi ziarah kubur bawak
dia sekali. Tok Ki dan Tok Ji dia sekali tak tidur .Last-last pukul 2
pagi berhenti dan letak yassin kat tepi dia baru ok.Tido sampai subuh .
huhuhu
Hotel ni cuma dua tingkat ajer so kenalah menapak untuk naik ke bilik
hotel. Kalau kat bawah cuma ditempatkan bilik-bilik standard sahaja.
Bertabahlah .
Ni lah bilik kami. Deluxe Room. Kemudahan basic sahaja
.Nama lagi hotel bajet kan. Yang penting bersih. Tu paling mustahak kan.
Wifi dan Astro pun ada dan yang paling penting aircond.Iron dan kettle
kena request . Check in dan check out 12 pm.Prosesnya cepat ajer.
Almari dan meja solek disediakan.
Water heater pun ada.
Toilet bersih cuma sempit jer la.
Pagi tu pekena nasi minyak gulai ayam
Dan nasi dagang. Semuanya sedap :)
* Breakfast di taja oleh my Long. Terima kasih Long.
Harga bilik hotel ( * memang tiada breakfast)
Standard RM 60 / semalam - 1 katil single
Deluxe RM 90 / semalam - 1 katil king
Superior RM 130 / semalam - 1 katil king 1 katil single
Family RM 150 / semalam - 2 katil king
Seri Kemaman Inn
Alamat : Lot 12605, KM 1, Jalan Air Putih,
24000 Kemaman, Terengganu
No Telefon : 09- 859 1511
No Faks : 09-859 1512
Tayang budak yang 3 jam menangis marathon :p
Misi diteruskan dengan ICT (Ikan Celup Tepung) dan keropok lekor @ Pantai Paka
Air jagung. [ close up ]
Harus gambar suami isteri yang meninggalkan anak-anak kat rumah ibu mertua :p
Dating pertama 2013 ;p
Ni celup tepung udang dan sotong @ di Warung Aziz Satar , Kuala Kemaman pulak .
Satay ikan
Ketupat sotong
Laksam
Pernah sampai kemaman ?