Dakwat kekal sebenarnya kan. Mungkin lepas ni SPR kena tukar ajer nama sebagai tidak kekal. Senang. Tak payah gaduh-gaduh kan :p Pengalaman pertama, haruslah mengujakan. Tapi malam sebelum mengundi tu my Nayla tido pukul 4 pagi, semangat nak keluar mengundi awal terkubur begitu saja.
Last-last pukul 1 tengah hari baru gerak ke pusat mengundi dari rumah MIL. Dengan panas terik sambil dukung Nayla sementara hubby cari parking, ada sorang akak ni payungkan saya. Dia kesian nengok saya dan Nayla terus bawak ke tempat mengundi. Tak sempat nak posing dalam kelas mengundi :p Mujur saluran saya tak de orang. Terus dapat masuk. Lega. Akak tu tolong pegangkan Nayla. Terima kasih la akak, semoga Allah balas jasa akak. Lupa tanya nama.
Sudah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.Masuk ni dah 3 kali mengundi. Pertama kali masa berusia 21 tahun , masih bergelar mahasiswa then masa mengandungkan My Nuha dan terkini dah melahirkan my Nayla :) Dekat kertas undi sepatutnya SPR tak perlu tulis no siri kan ? Dia tulis jer kat kertas undi saya tu, saya padam balik dengan pen :p Janganlah dikira sebagai undi rosak. Balik dari rumah mak saya barulah hubby pulak mengundi. Bagus jugak lewat-lewat ni, sebab petang-petang dah tak der orang dan tak perlu beratur panjang.
Tips PRU 14 : Pergilah mengundi lewat petang tapi sebelum jam 5 yer :)
My hubby and me :)
Peace !!
My Nuha | Aku Bukan Chef
saya gosok dgn Colgate, terus tanggal hampir semua catnya...hahaha
ReplyDeleteoh yer ker. saya biarkan jer mls nak gosok2..
Deleteaku baru 2 kali ... mengundi tahun ni sangat bersemangat ... macamkan hari raya
ReplyDeletehrp2 lepas ni seronok lagi :)
Deletepatutnya kali ke 3 tapi tak ngundi sebab tak tukor alamat..hehe..poyo kan? err cantik cincin...haha
ReplyDeletesama baya kita kan ? :) cincin kawen tu :p
Delete1st time mengundi. ketaq jari nak memangkah. hehehe... dakwat tu masih ada lagi sipi2 kat kuku..
ReplyDeletetu ms first time dulu :) ketaq jugak :)
DeleteAkak sepatutnya kali ke 4 tapi kali pertama tu tah mana silapnya, tak daftar la pulak, maka ni baru kali ke 3. Rugi betoi kali pertama tu.
ReplyDeleteSampai hari ni masih ada lagi dakwat kat celah tepi kuku akak ni ha. Gosok dengan handwash sudah, dengan Colgate sudah, dengan Dynamo cuci baju tupun sudah tapi masih ada lagi. Biaq pi jalah. Lama2 hilang la tu.
saya pun buat dek ajer dia kat situ. ada sket2 jaa..
DeleteKakak pun dah tiga kali juga tau...
ReplyDeleteDakwat pada jari kakak pun tak kekal sebab masuk dapur sejam, keluar habis masak cuci-cuci pinggan dah hilang pun..
tu laa kena sabun tanggal ja..
Deletekali ke 2 mengundi~ Raa gi pagi~ boleh tahan gak lah beraturnye~ tapi sonok sebab leh jumpe kawan2..hehehe
ReplyDeletekalau sek kak eliss seronok laa ni sekolah raa :p
Deletewak jugak X sempat nk mengundi yee..,uHHuuu
ReplyDeletelaa yer ker...ish ish
Deletecian eliss. tiada orang jagakan anak2 di rumah mil ke semasa hendak pergi mengundi tu?.
ReplyDeletesaya mmg pergi petang2 pun. langsung tiada orang.
saya otw pergi umah mak saya pulak lepas tu, kesian pulak nak tinggal.
Deletekali ke-2
ReplyDeletedua erk :)
Delete