Friday, May 31, 2013

Lunch Mee Goreng Mamak @ Pak Li Kopitiam

Episod JJCM @ elissmie.com hari ni, lunch kat sekitar Shah Alam jer lah yer. Sebenarnya ni tak ingat dah minggu mana, keluar berdua dengan Ad hari Jumaat pergi lunch. Biasalah jumaat mesti nak merayap jer kerjanya. Hari ni Ad half day pulak, terpaksa la melepak kat ofiz ajer.Kalau rajin, tapau makan kat ofiz, kalau malas makan biskut ajer cicah milo :p


 Hari ni kita terjah Pak Li Kopitiam, Seksyen 7 Shah Alam.

 72 no meja.

Deko yang simple. Memang betul-betul kopitiam :)

Buku menu

 
Antara menu yang ada.

 Order mee goreng mamak ajer. Tapi rasa tak mamak sangat.
Mee Mamak RM5.50.

Ad order Nasi Ayam Lemon. ( Kredit website Pak Li Kopitiam) RM5.50 jugak.
Tapi tak sama macam gambar. Ayam dia macam ayam fillet tu dan nasi dia sedap jugak . Boleh laa terima.



Order air soya cincau

Korang suka tak makan mee goreng mamak ? 


Pak Li Kopitiam | the kopitiam that is ..... always good! 
Cawangan Sekyen 7 Shah Alam
42, Jalan Kristal K7/7
Sekyen 7, 40000 Shah Alam
Tel +603-55113608

Driving directions, click here!


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]


Thursday, May 30, 2013

Cermin mata ada tarikh luput ker ? FM & Rumpai Laut Dari Korea

Dah hampir dua tahun saya pakai cermin mata secara konsisten. Sebelum ni memang perlu pakai cermin mata dan dah buat pun tapi tak pakai pun. Sebab power tak tinggi mana. Until lah one day, tak boleh  tahan sangat dah sebab silau tinggi, semua muka orang berbalam-balam dan silap-silap boleh tertukar suami. hahaha. Lagi parah bila drive bila time silau dan tengah malam memang hazab sangat.

Cermin mata ni ada tarikh luput ker ? Sebab lepas beranak hari tu, mungkin banyak urat putus, saya rasa bila pakai spek tu tak nampak sangat. Last week saya pergi test, power saya tak berubah pun dan tahap silau masih sama. Sebab test nak beli cermin mata baru menggantikan yang lama yang konon-konon tak cukup power tu.

 
 Saya beli kat kedai dalam ofiz ni ajer. Optik Aniess. Kebetulan ada promosi kan. 
Motto kedai "Make Your Eyes Smiles Again " hehehehe :p

Optik Anies Cawangan Shah Alam
No 9 Bangunan Parking Bertingkat, Kampus Induk UiTM Shah Alam
HP: 019 372 3601

Mula-mula ingat nak amik yang pakej RM15O tu ajer, sekali dia cakap yang RM290 tu siap dapat lens Photogrey yang mana ia berubah menjadi gelap ketika di bawah pancaran matahari tu, saya amik yang tu. Sekali dapat lagi diskaun jadi RM270.

Pilihan saya adalah yang tanpa nose pad. So tak perlu nak ganti-ganti nose pad dah lepas ni. Sebab sepasang nose pad ada yang kenakan caj RM5 dan kalau nak tukar nose pad FREE kunjungi Focus Point yer :) Tak percaya tanya  PapaMifz ?Saya pun pernah tukar di focus point AEON Klang, memang FREE.

 Selamat tinggal cermin mata ber'nose pad' :) 

Tokey kedai. terima kasih bagi diskaun :)


Amacam, ok tak cermin mata terbaru saya ? 


Ni lah FM dari Korea yang tak tayang semalam. Amacam Nafiraa ??? Jelez tak...hehehehe
Yang sebelah tu seaweed dari Korea ...


Nampak sama macam Tao Kae Noi, bila makan ada rasa pedas dan yang tak boleh tahan tu
siap ada rasa hanyir. Tak boleh nak telan makkk :p Kalau buat sushi ok lah kot rasanya. 
My hubby cakap "Tak korea bini aku " sabar jer la ;p

My Nuha | Aku Bukan Chef

Wednesday, May 29, 2013

Musim orang kawen dan 4 koleksi terbaru Fridge Magnet

Siapa kawen musim cuti sekolah angkat keyboard ?  Mesti ramai yang sambut anniversary musim cuti sekolah kan. Saya kawen masa raya :) Setiap kali raya mesti terkenang-kenang la kan. hehehe. Hari Sabtu lepas, jiran belakang rumah kawenkan anaknya. Hari Ahad pulak, kawan serumah my hubby masa bujang dulu lak kawen dengan orang Rawang. So moh ler ker Rawang kita.First time jejak Rawang. Nak tersesat jugak, nasib baik ada GPS.

Apapun, Tahniah buat Anz dan Shila. Semoga berbahagia sampai ke syurga gitu.

Posing-posing sebelum bertolak ke Rawang. Belum ada gambar berempat ni...
 Ni my Nuha amikkan.

My hubby lak amikkan gambar bertiga

Headband yang beli kat kedai Hadiahku haritu. RM3++ ajer..hehehe

Posing adik dan kakak.. 

Hari ni saya nak tayang koleksi Fridge Magnet yang banyak tak berupdate lagi ni. Jeng-jeng jeng...Jangan jelez noooooo..... Skang ni banyak kawan-kawan my hubby bagi me FM sebab hubby dah siap-siap pesan kat kawan-kawan dia kirim FM .Terima kasih yer sayang dan kawan-kawannya :)Semua kat bawah ni daripada ofiz mate hubby yang pergi bercuti :)

FM Jakarta Indonesia

FM Thailand..sawadeekappp :p

FM Sabah 

Lagi FM Sabah...

 p/s:
Ada satu lagi dari Korea tapi terlupa pulak nak suh hubby bluetooth kan :p 
Yang tu tayang lenkali lah.. larikkksss....


Korang dapat banyak undangan kawen musim cuti sekolah ni ?


My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, May 28, 2013

The ZON Regency Hotel by the sea, Johor Bahru

Korek-korek gambar dalam kamera hubby ni, ada gambar dia outstation ke Johor Bahru bulan Mac hari tu. Ingatkan dia lupa pesanan saya suh amik gambar kat hotel dia menginap masa outstation tu .Jom la kita layan suasana bilik hotel dan fasiliti yang disediakan untuk penginapan beliau selama 2 hari 1 malam di The Zon Regency Hotel by the sea, Johor Bahru. Ianya terletak berhampiran dengan zon bebas cukai Johor Bahru gitu yer.Kalau ikut sure pergi menyopping :p

Bilik Deluxe  from RM163.64++ per night


Bilik air nampak sempit, janji bersih kan.


Tapi ok lah , ada bath tub nak berendam 

Siap ada hair dryer gitu.

Packaging toiletries dia menarik. Ni hubby rembat bawak balik rumah.
 Dah tahu isterinya suka .

Better jangan gatal amik apa-apa kan kat mini bar :p

Ada fridge


Kosong jer pun.

Biasalah kalau dah kerja dalam bidang safety tu, pelan emergency pun dia snap :p keh keh keh . Ampun sayang..

Hotel room key card wall slots

Ada kerusi dan meja untuk santai-santai

Almari ada 3 pintu

Free Wifi. Dah bagi siap-siap username dan password.

Ada LCD 32" TV

Arah qiblat


Nak beli barang hotel tengok harga ni. Teringin selimut hotel tu. Apsal best sangat..hehehe
Tak nampak pulak harga kat sini. Bantal pun dah RM150.


Inilah safety box nyer..

Banyaknya bilik. Tengok info 400 bilik jumlahnya...fuyyooohh

Lobi

Diruang depan bilik hotel

Warna warni bangunan hotelnya yer..

Ini bangunan apa yer....

Pintu masuk

Pintu masuk Kompleks Bebas Cukai JB

Overall my hubby cakap servis hotel ini OK, proses check in dan check outnya pun cepat. Serba serbi elok lah dimata dia yang boleh tahan cerewet tu :p Ampun bangggg.....larikss...
Rating My hubby : 4 bintang per 5 bintang


Korang kalau ke JB , pernah stay hotel mana?

The ZON Regency Hotel by the sea, Johor Bahru
(formerly known as Eden Garden Hotel)
88, Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut
80300 Johor Bahru, Malaysia
Tel: +607 221 9999     Fax: +607 221 5173
Website :http://thezonregencyjohorbahru.com
Review Asia Rooms : Boleh baca kat sini
Review Agoda : Boleh baca kat sini


My Nuha | Aku Bukan Chef

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)