Wednesday, April 24, 2013

Potongan rambut pendek untuk wanita habis pantang 100 hari

Hari ni my Nayla dah berusia 106 hari ( batuk ) . Hahahaha .Masih pantang yang satu tu ( batuk lagi ) Kira baru habis pantang lah jugak kan. Ni tak tahu lah mitos ker haper, masa My Nuha dulu dia start ajer menyembur , habis rambut saya gugur. My Nayla pun nampaknya ada gaya nak menyembur tu sebab dia dah start buat buih. So, weekend hari tu manja-manja sket dengan hubby suh bawakan ke saloon.Dia pun sebenarnya tension jugak kalau rambut start gugur ni sebab dia yang sapu rumah kan ( hahaha. kantoi, isteri tak sapu rumah :p)


Kami ke Kelly Hairstyle Saloon kat area rumah saya ni. Ni saloon unisex sebab masa saya datang tu ada pelanggan lelaki dalam tu. Pekerja dia tengok semuanya wanita. Itu ajer pun saloon dekat dengan rumah saya dan buka pada hari Ahad. Senang la sket kan.

Jom kita tengok potongan rambut pendek dan style rambut untuk wanita tahun 2013 ni :-



Potongan 1


Potongan 2


Potongan 3

 
Potongan 4


Potongan 5.


Yang mana satu korang berkenan ?

p/s:

Potongan rambut yang saya pilih adalah potongan 4. Saya suka ikat rambut so saya suh jugak amoi tu potong pendek tapi still boleh ikat. Pendek tapi still boleh ikat. Lepas potong rambut ringan kepala. Saya memang recommend kedai ni walaupun unisex saloon , tapi bila saya cakap nak potong rambut dalam tabir tu, dia turutkan saja. Mungkin dah ramai pelanggan beragama Islam datang kat situ so dia dah tahu dah. Potong rambut RM20 sebab rambut saya panjang sangat katanya.hahaha. Hampir 3-4 tahun tak potong rambut kot :p



 Kelly Hairstyle Saloon
No 16 Jalan Zapin 1A, Bandar Bukit Raja,
41050 Klang, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03 3081 3919
Kelly 014.666 3933
Waktu Operasi : Selasa hingga Ahad ( Isnin Tutup)
 

10 Comments:

  1. nk potong rambut gak.dh bnyk gugur ni sejak2 SN jr start menyembur huhuhuuh

    ReplyDelete
  2. mmg ada mitos ek klu lepas 100 ari kna potong rambut?patang satu lg kna lama sket ek...uhuk uhuk...

    ReplyDelete
  3. still cam pjng lagi kan eliss. kalau amie potong mcm no 5 sebb rambut tebal. kalau pjng je menjunjung2 mcm hantu kak limah je especially time bgun tido...hehe

    ReplyDelete
  4. masalah rambut kepada wanita mengandung & lepas bersalin terjadi sebab perubahan hormon..

    ReplyDelete
  5. aku suka 1 dgn 5.
    tapi nak kena selalu stylekan supaya x nmpk terkelepek je kat kepala.

    ReplyDelete
  6. Saya dah jawab soalan awak di entry saya...saya paste juga di sini..

    - Perindopril tu dalam kelas ubat darah tinggi yg dipanggil ACE Inhibitor. Ubat dlm kelas ACE inhibitor yang terbukti selamat utk lactating mother hanyalah dari jenis Enalapril & Captopril. Maknanya, ubat kelas ACE inhibitor yang lain ( termasuk perindopril ini) tidak ada bukti yang cukup tentang keselamatannya buat baby yg minum susu ibunya. ( no sufficient safety evidence). Saya tak pasti tentang kesan perindopril atas kuantiti penghasilan susu ibu( sebab tak banyak study tentang side effect dari aspek milk production), tetapi dari segi safety kepada baby, saya sarankan awak makan ubat darah tinggi jenis jenis ini, yang terbukti tiada kesan ke atas baby( sufficient evidence):
    - nifedipine
    - atenolol/metoprolol
    - captopril
    - enalapril
    - labetolol

    Apa apa pun, awak better discuss dengan doktor awak, sebab dia tahu kes awak, dan sebab sebab kenapa dia prescribed awak ubat Perindopril tu.

    Tentang kudis buta atau eczema tu, susah saya nak jawab...sebab case2 skin macam ni, kena dengar history patient + TENGOK sendiri rupa skin condition nya, baru mudah buat diagnosis. Apa apa pun, satu tip utk kudis buta( scabies), simptomnya ialah gatal teruk waktu malam/lepas berpeluh.

    ReplyDelete
  7. labetolol buat saya pening hari tu so dia tukar dan kata save for bfeeding moms ! agaga ! takutnya kalau x sesuai.

    saya yakin bukan kudis buta sebab simptom tu tak der pada saya !saya gatal sepanjang masa. huhuhu

    ReplyDelete
  8. tahniah eliss telah habis pantang 100 days :D
    picture no 2 tu pun cantik juga potongan rambut tu.
    saya pung ada niat hendak potong rambut. nanti nak buatlah.

    ReplyDelete
  9. tak de yang sesuai utk si kerinting mcm I hehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)