Friday, April 12, 2013

Inilah rumah pertama saya...

Semalam tertengok gambar rumah lama felda yang di share kawan-kawan kat facebook. Memang nostalgia betul. Sebab memang ginilah rupa rumah saya masa mula-mula pindah masuk felda dulu. Tapi saya tak lahir lagi masa diorang pindah felda masa tu. Tahun 1979 . Yang ada cuma abang dan adik ( panggilan untuk Long dan Ngah saya sebelum kewujudan saya ;p )


Tak tahu lah ni rumah siapa, tapi gini lah rumah felda yang dibina untuk semua warga felda. 2 bilik tak silap. Tapi sekarang memang tak der dah nak jumpa macam ni kecuali rumah tinggal.Dirumah inilah saya dibesarkan dengan penat jerih ma dan abah.Bagi yang tak tahu ingat tanah felda ni kerajaan bagi free-free, tolong sket yer. Kena bayar tau siap dengan bunga-bunga lagi tau, macam pinjaman bank jugak lah.Alhamdulillah, sekarang rumah ma abah dah dapat geran tanah pun.


Ini gambar saya. Comel kan? hahaha. Tengok belakang saya tu, nampak jugak sipi-sipi rumah macam gambar atas tu.




Ini official rumah pertama saya hasil titik peluh saya dan hubby.
Sudah setahun lebih menetap disini. Ironinya, tapak rumah saya ni, dulunya adalah kawasan tanah kelapa sawit :)


 Korang pernah sampai ke kawasan felda tak?


 p/s:

Saya berbangga menjadi anak felda generasi kedua


Derma melalui SMS. SMS PALESTIN  <jarak > 10 (RM10 / RM 5 / RM 3)  Hantar ke 39111[klik]
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]


My Nuha | Aku Bukan Chef

31 Comments:

  1. nostalgia kan... baca entry eliss tetiba rasa mcm nak korek gambo rumah lama ekekekeke...

    Seronokkan dah ada rumah sendiri. Lebih baik byr bank utk rumah sendiri.. bukan rumah org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul seronok duk rumah sendiri. pelaburan jangka pjg :)

      Delete
  2. pernah masuk FELDA. masa sepupu kahwen. memang mcm gini la rupa rumahnya....

    umah sumi kat kg pun separa batu dan kayu.....

    skrg rumah duduk. sepenuhnya batu...hik3

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. umah mak eliss pun separa jugak skang ni.

      Delete
  3. selalu sebab dulu ada pakcik duduk di felda. memang best sebab rasa mcm perkampungan tersusun. kemas je rumah nya

    ReplyDelete
  4. Kakak org kampung tapi bukan felda. Rasanya lebih kurang cuma rumah kg tak sama design dan besarlah sikit. Tapi adik-beradik kakak 8 org bayangkan susahnya bapak kakak nak sekolahkan kami dulu. Kalau ingat memang mentitk airmata ni...

    Tapi syukurkan kita semua telah berjaya kan Eliss. Rumah susah itulah yg buat kita semua rajin berusaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. zaman sekarang anak2 lahir2 ajer dah senang...

      Delete
  5. Nostalgia tu gambar rumah Felda..Saya pernah masuk kawasan Felda ...rumah2 nya dah besar, banglo2 belaka...Alhamdullilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :) rumah ma abah saya tak banglo lagi tapi besar la dari rumah saya :p

      Delete
  6. sonoknya bila eliss ada lagi gambar zaman dulu2x....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak gambar saya dulu2 :) memang kaki amik gambar family saya agaknya.hehehe

      Delete
  7. Saya bangga dgn Felda dan warganya...dari rumah kecil hari ini rumah mereka nesar2 dan mewah...semuga anda semua walaupun generasi keberapa terus bangga menjadi anak FELDA

    ReplyDelete
  8. wah..zaman akak dl pun dah ade stroller erk?iera tak pernah merasa duk ats stroller kak.duk atas blkg ayah je la..huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kesiannya. beli laa utk anak stroller yerrk :) tumpang tolak, jgn naik pulakkk..

      Delete
  9. memang mengulit kenangan betol gambar rumah tuh..
    tapi kan kak eliss.. masa ma ayah Raa masuk felda.. Raa dah lahir tau.. Start dari neni baru lahir kat Felda..:)

    Bangga jugak jadik anak FELDA!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yer ker. ma abah diorang masuk siap kena tanam anak pokok lagi. mesti raa punya dah ada pokok la.

      Delete
  10. pernah sampai lat Felda Chiku di Gua Musang. Ada sedara duduk situ dulu. Mmg ada 2 bilik je. Skrg masuk Felda, rumah dah cantik2. Besar2 pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. skang dah senang sket , hutang pun dh abes bayar.

      Delete
  11. Kalau tahun 1979 tak lahir lagi, kena panggil akak kat saya ni, hehe. Akak pernah mengajar kat felda di Terengganu. Masa akak kat situ, dema cakap untungla akak masuk situ masa tu sebab baruuu ja bekalan elektrik ada 24jam. Kalau tak, sebelum tu, 12 jam saja. Hehe syukuuurrr!

    ReplyDelete
  12. prnh... suami beli rumh pun dkt dgn kwsn felda.. tpi rumh kg sy rumh papan di kwsn pdlmn..

    slm ziarah dan baca entry... :)

    dr ummi faiqah:
    http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. x merasa pun umah felda betul2..sbb time lahir tu dah renovate dah..yg ada pun tinggal tangga..ngan dinding sikit2 jer..umah kecik jer dulu...skg payah dah nak jupe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eliss pun x merasa gak yg betul2 ni.merasa tapi tak ingat. ingat rumah dah cantik sket dah

      Delete
  14. wah wah waaahhhh... sungguh klasik kan? mesti banyak nostalgia

    ReplyDelete
  15. Aku jugak bangga jadi anak felda...

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)