Friday, February 22, 2013

Pengalaman di hospital kerajaan, mimpi ngerikah?

Fuhhh..tiup sawang kat blog. hahaha. Terasa lama btol tak menulis kat blog ni. Masih lagi mencari diri dalam mengadaptasi diri sebagai ibu beranak dua dan dengan penyakit darah darah tinggi yang tidak menentu tekanannya. Hingga membawa saya ke hospital.hahahaha. Sungguh stress rupanya berpantang dengan ada anak kecil dan anak besar. 

Semalam, genap 44 hari berpantang tapi saya habis pantang di wad. 18 hb lepas, pukul 8 malam dimasukkan ke wad setelah dikejarkan ke kecemasan pukul 6 lebih oleh ambulan sebab dah ada tanda-tanda sawan macam nak beranak hari tu (severe pe ) gara-gara tekanan darah yang tinggi. 

Ini adalah pengalaman pertama saya dengan hospital kerajaan. Sebelum ni ada lah pernah pergi hospital kerajaan tapi bukan diri sendiri yang kena admit kan. Ini pengalaman sendiri, selalu dengar cerita orang ajer. Sebagai penjawat awam, boleh la request duduk wad kelas dua ( tu jer yang ada pun ) kat hospital dungun ni.Tapi yang tak syoknya hiburan memang tak de la, better duduk yang ramai-ramai ada jugak tv. Sebelum masuk wad kelas dua, saya bermalam semalam kat wad biasa tu. Tapi memang tak der privasi, nak gi toilet sampai naik malu, sebab orang duk tengok ajer. hahaha


Katil 8 di wad biasa.


Katil saya sebelum tukar wad kelas dua.. Depan tu para nurse duk bersembang  buat kerja


Menu breakfast hari kedua. Sedih :p Dah la dapat Low Salt Diet, darah tinggi katakan..


Menu Lunch hari kedua. Yang lain dah tak ingat nak snap :p


Merasa pakai baju dan kain  hijau..


Ini katil di wad kelas dua. Dua orang ajer satu bilik. Room mate saya kencing manis,masuk sebab hypo , pengsan kat klinik. Banyak ilmu saya dapat dua hari di wad berkaitan kencing manis.Doktor consult makcik fatimah, dengan saya sekali teranguk-angguk.hahaha. Lepas ni , siapa yang nak saya ajar macam mana nak suntik insulin, boleh jumpa saya. hehehe

 Toilet dan bilik mandi sebelah katil ajer.Tapi hazab jugak keadaanya.

 Buat pertama kali nya wajah saya selepas 45 hari berpantang :p Sudah 67 kg !!! 7 kg to loss !

 My Nayla @ 45 hari, sudah ada pipi :p


Yeay.. Dah boleh balik. Sudah discharge.

Ubat kena amik sendiri kat farmasi. Pharmasist yang tudung pink tu sebijik macam Jannah dalam Drama Dalam Setiap Sujud, TV9 tu..

Terima kasih kepada semua kakitangan yang bertugas sepanjang saya berada di wad dari 18/2 hingga 20/2 di wad 2 dan di wad kecemasan Hospital Dungun.Overall servis memuaskanlah tapi memang jauh beza sangat-sangat dengan hospital swasta kan dan bayaran pun mahal kan. Lagipun saya masuk setakat darah tinggi dan ada tanda-tanda pe ajer. Lepas tu tekanan terus stabil macam orang tak sakit pun. Makan banyak pulak tu ! hahaha

ok la. time nak susukan Nayla. Siang tadi, dah pergi pasar raya sebagai menyambut hari abes pantang. bukan shopping utk diri sendiri tapi beli barang keperluan anak-anak..hubby jauh nak ajak shopping. Next week hubby balik dan bawak kami balik kerumah  ;) Tak sabarnyaaa....hehehe..


20 Comments:

  1. ish....kiranya ko skg ni mmg ada darah tinggi lah eh???....apa lah yang dipikirkan sangat tu sampai darah tak turun2?

    ReplyDelete
  2. seronoknyer abis pantang..akak dlu pun kne admit ward masa dlm pantang sbb d.tinggi..sampai skrg kna mkn ubat sbb d.tinggi dh melekat..huhuhu..

    ReplyDelete
  3. jgn stress2 eliss, nnt darah naik lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang cuba bertendang...eh, bertenang :)

      Delete
  4. Ya Allah.. sampai kena wad ke???
    sekarang BP dah ok ke belom??

    jaga diri yer..
    ade rezeki kita jumpa kat Klang eh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dtg umah akak yer. skang dah tukar ubat, so far ok la.

      Delete
  5. laaaa patut senyap sunyi ja..rupanya berkampung dihospital ko eliss...huhuhu....take care ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa psal :p x sempat nak update blog :p

      Delete
  6. hrp2 nayla x meragam. kalo x..naik lagi BP kau, lagi haru.
    relax ok..

    ReplyDelete
  7. eliss dear. jgn stress2. pelan2 kayuh yea. budak2 mmg gitu. redhakan jea, lagilah dalam keadaan ko sekarang.
    kesihatan ko tu di utamakan TAU!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. lepas abes pantang ni rasa kurang sket stress. mungkin ubat tu tak kena.

      Delete
  8. kena jaga diet lps ni. Baby Nayla dah tembam sikit. comel.

    ReplyDelete
  9. Errr...kirim salam kat awek tudung pink tu ye yangggg...hihihi...

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)