Tuesday, December 31, 2013

Waterworld @ i -City Shah Alam , berbaloikah ?

Semalam dah tengok gambar teaser kan ? Mesti dah tahu kat mana. Sabtu lepas kami ke Waterworld i-City. Setahun tak masuk i-City . Ni baru masuk balik . Kali ni ada kelainan sket sebab masuk main air pulak. My Nuha paling excited. Hari-hari tanya bila nak pergi main air. Ni malas bagitau dia awal-awal. Siang malam zikir tu ajer kat telinga.hahaha . Kami memang dah pergi pakai baju mandi siap-siap. Senang, masuk terus main air. Simpan barang berharga dalam locker.
Entrance Waterworld @ i -City Shah Alam

Kitorang bertolak agak lewat sebab malam sebelum tu tidur lambat . So sampai dalam 11 pagi kat i-City. Makan pagi dulu kenyang-kenyang kat rumah. Saya ada jugak curi-curi masuk nugget dan roti .Pandai-pandai lah cover. Diorang tak strict sangat time check beg saya. Tapi makcik yang saya jumpa kat situ kata beg diorang kena check betul-betul. Nasib lah kan :) Skang ni ada jual kad RM3 sah untuk 2 tahun. Kalau nak beli apa-apa dalam waterworld tu kena guna kad tu lah dan topup la mengikut keperluan.Anak buah beli sebab dia nak beli gambar kenangan kat situ RM25 sekeping. 

Ada kaunter khas untuk tiket yang dibeli secara online. Tiket boleh dibeli secara online : http://iticket.i-city.my/DayPassTicket.aspx  Harga tak banyak beza pun. Kalau beli online hari tu saya dapat harga RM32. Kalau walk in RM35 + RM 5 untuk deposit jam . Jimat la RM3 kan. Tapi 4 X RM3 = RM 12 dah kan. Tengok online harga kanak-kanak RM30 ( 90 cm keatas kena bayar) . Kalau walk in cuma RM25 +RM 5 untuk deposit jam. So tiket my Nuha kitorang beli walk in. 
 Untuk online tak der jam cuma gelang kertas jer. Yang beli walk in dapat jam mcm my Nuha tu. Dan ada lagi satu jam warna oren untuk locker yang disewa dan boleh dapat balik RM5 . Yang ni kami beli online siap-siap. 
 Bergambar sebelum main air. Gambar kami satu family tak tercopy pulak dari kamera. 
 Ni kawasan kanak-kanak atau dikenali sebagai Children's Adventure.  Main air kat sini pun dah syok kan dik :p
 Celup-celup kaki dulu warm up :p Tapi air dia memang sejuk dari kolam lain. 
Siapa yang excited terlebih ni :p
Dah puas main kat kolam kanak-kanak beralih pulak kat sebelah slide ni.Namanya Rainbow Racer Sliders.Ni saya naik dengan my Nuha. Kalau nak naik kat sini berat minimum 30kg dan maksimum 85kg. Tinggi 120cm keatas. My Nuha terlepas masa mula-mula naik dengan saya ni .Yang jaga tu tak strict sangat tapi nape ntah bila nak naik kali kedua tu dia kena ukur .Tapi dia lepaskan jugak my Nuha untuk kali kedua tu naik dengan sepupu dia pulak. Saya dah nak terkeluar jantung dan menjerit tak hengat dah. Tak sanggup naik dah.

Pelampung kena angkat sendiri yer. 

Masa sampai kat atas tu nyaris tak nak naik dah tapi demi my Nuha saya kuatkan semangat.hahaha

Lega bila dah sampai bawah. Menjerit tak hengat dunia tapi my Nuha relax jer senyum-senyum kat depan. Tak boleh blah langsung !!

Slide yang warna warni paling hujung tu guna macam tikar tu. Mak dah bertaubat tadi tak mo naik dah ;p Dan satu lagi spiral rides kat sebelah wave pool. Yang tu pun tak naik. 
Yang ni Giant Jacuzzi . Sempat jugak berendam dalam ni. 
Yang Tornado ride ni tengok kat tepi tu pun dah nak tercabut jantung inikan pulak nak naik. Mak tak sanggup. Ada sorang akak dengan abang tu beriya ajak naik sebab nak naik tu kena 4 orang. So boleh lah anak-anak buah saya merasa. Lega tak perlu naik nak cukupkan korum. hahaha
Yang ni pulak River Adventure menyusuri sungai buatan melalui terowong lampu i-city tu. My Nuha naik dengan Abah dia jer la. Saya amik gambar kat tepi jer.
Yang ni kat bahagian ombak rindu my Nuha kata. Wave pool.

Ramai jugak orang sedang berendam kat wave pool ni.
Masa main kat sini cuaca makin panas pulak. So tak lama berendam kat sini .

Korang dah pernah masuk ke Waterworld @ i-City ? 


Pandangan saya agak berbaloi jugak lah masuk dalam ni kalau dapat main semua ride yang disediakan. Kalau nak main air ajer rasanya tak berbaloi sangat. Pelampung pun free kecuali kat kawasan kanak-kanak tak der pelampung. Tapi yang tak best tak der baby room disediakan.Kesian my Nayla tukar baju depan toilet lepas mandi .Untuk dewasa ada bilik mandi dan boleh tukar baju dalam tu. Buat ibu breastfeeding, mungkin boleh gunakan surau sebagai alternatif.  Kerusi ada disediakan tepi kolam tapi kebanyakan tempat duduk tiada berbumbung. Mungkin boleh diperbaiki lagi masa akan datang. 


Waterworld i-City,
D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ City Park, i-City 40000 Shah Alam Malaysia
Operating Hrs 11.00 - 7.00 PM ( Isnin-Jumaat ) 10.00-7.00 PM ( Public Holidays, Sabtu Ahad)
Online Ticketing (i-Ticket) Enquiries: iticket@i-city.my
http://iticket.i-city.my/DayPassTicket.aspx
TEL: 03 5521 8800 / 03 5521 8494

Monday, December 30, 2013

Harga Tiket Bas Sani Ekspres Klang Sentral - Kuala Dungun

Malam Sabtu lepas hantar anak-anah buah my hubby balik ke Terengganu. Dah lama betul tak naik bas ekspres ni. Tiket pun dah berbeza harganya masa zaman saya belajar di UiTM Shah Alam dulu. Seingat saya dalam lingkungan RM30 lebih.Nostalgianya.Korang rasa berapa harga tiket bas ekspres sekarang ? Nak tahu sekarang harga tiket bas ialah RM42.90 untuk tiket Bas Sani Ekspres perjalanan dari Klang Sentral - Kuala Dungun. Tapi anak-anak buah saya turun di Paka. 




Bagus kalau naik bas Sani Ekspres ni sebab ada hentiannya sendiri di Klang Sentral iaitu berdepan dengan 99 Speedmart Klang Sentral dan tidak perlu bersesak-sesak dengan bas-bas lain. Lagi satu memang tepat waktu perjalanannya. 8.30 malam tepat bas ini bergerak dan sampai di Paka dalam pukul 3 lebih. 


Korang pernah naik bas ekspres ? 


Teaser :)


Thursday, December 26, 2013

Yuran Tadika anak naik jugak akhirnya

Ramai ke yang sambung cuti hari ni ? Hari ni tak boleh nak cuti sebab hari ni saya ada taklimat penggunaan sistem pulak. Esok terpaksa bercuti sebab pengasuh my Nayla nak pergi kenduri kat Penang. Mai Jeruk Pak Ali sekilo :) Esok jugak ada pendaftaran tadika untuk my Nuha. Terpaksalah mengangkut semuanya ke tadika my Nuha esok.Anak-anak buah my hubby dari Terenggau datang pagi semalam.Meriah sket rumah kitorang .  



Last week dah dapat tawaran sambung tadika . Masih lagi di tempat yang sama. Sekali Yuran bulanan my Nuha pun dah naik RM30 jadi RM280 sebulan.Semua naik. Apa pun tak boleh. Dah bayar pun. Sekelip mata ajer. huhuhu . Baju sekolah dan T-shirt lagi RM90 kena bayar cash esok pulak. Total semua sekali RM 745. 

Yuran tadika anak korang naik tak  ?


p/s: 

Tak sabar pulak nak pergi mandi manda kat I-City Water Park sabtu ni bawak anak-anak buah my hubby  . My Nuha mesti suka sangat lah tu. Alamak, my Nayla tak der bikini lagi. 

Tuesday, December 24, 2013

AEON Member Fiesta @ AEON Bandar Baru Klang dan Johnny's Restaurant

Ni kejadian last week iaitu hari Jumaat bersamaan dengan AEON Member Fiesta @ AEON Bandar Baru Klang. Jalan-jalan cuci mata.Mentang-mentang dah gaji kan. Bila tengok balik kat fb AEON rupanya ada Daiso baru buka kat situ. Lain kali boleh terjah situ lah tak payah nak gi Setia Alam City Mall untuk cuci mata.




Dah habis cuci mata, kitorang pergi makan. Kali ini lokasi JJCM @ elissmie versi ulang tayang lah. Layan gambar. Seronok pulak guna App dari InstaMag ni untuk edit gambar. Dah lama tak pekena steambot. Moh la kita ker Johnny's Restaurant. Nasib baik ada meja kosong.Kitorang order Thai Steambot for two (Set A tak silap RM29.90 ++). Total Burst RM60++


Korang suka tak makan steambot ? 


p/s:

Lama dah tak buat steambot kat ofiz...Rindu zaman steambot ofiz dulu-dulu :(


Venue : Johnny's Restaurant Lot G22,
AEON Bukit Raja Shopping Centre, 
Persiaran Bukit Raja Klang, 
Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor. 
TEL : 03-33416182 
FAX : 33419182 
Business Hours: 10.30am – 10.30pm 

Monday, December 23, 2013

Iskandar Dzulkarnaen dan Laman Arca Mim



Alhamdulillah sudah menjadi ibu saudara sekali lagi. Syukur atas nikmatmu Ya Allah :) Tahniah buat Ngah dan Kak Ngah atas kehadiran benih cinta yang ketiga ni, Iskandar Dzulkarnaen pada hari Sabtu lepas 21.12.13 jam 03.56 PM dengan berat 3.10 kg .


Hari ni lambat sket bersiaran sebab pagi tadi ada demo penggunaan sistem di Bangunan Canseleri. Sempat snap mercu tanda dihadapan bangunan tersebut. Laman Arca Mim, Bangunan Canseleri UiTM.


p/s:

Another less words @ elissmie.com edition


Want whiter teeth? Read what these ladies have to say about Darlie ExPERT WHITE. Vote for your fav! #ImtheExPERT 

Friday, December 20, 2013

Photobook murah dari Phototalkz dan Photobookmart

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat junior saya sewaktu belajar di UiTM Dungun yang telah kembali ke Rahmatullah petang semalam , Amy Karmila,  semasa melahirkan anak kedua. Semoga syurga buatmu dik. 

Dari Fb arwah. Al-Fatihah 


Saya sebenarnya ada 2 ajer photobook. Saya beli dengan harga yang murah lah pastinya. Satu saya beli dari Milkadeal .{register disini jika korang tak terlepas tawaran best dari milkadeal } Promosi dia : RM52 instead of RM208 for One 8 x 6 inches Image Wrap Photobook Album - Matte Lamination at Phototalkz [75% OFF] . Yang ni best sebab kulit dia tebal depan belakang dan gambar walaupun tak berkualiti maklumlah bukan DSLR tetap nampak cun dalam photobook ni. Memang puas hati tapi saiz jer la tak puas hati sebab kecil kan . Software dia ada banyak pilihan background agak banyak dan menarik. Ada sticker yang menarik jugak . 
Cover depan 
Bahagian dalam
Cover belakang

Yang kedua pulak saya beli di Living Social. Promosi dia : RM38 for RM165 Photobook Voucher - Softcover Medium Portrait 8.5" x 11" (40-page) Photobookmart .Yang ni kurang best sebab kulit dia tak tebal dan banyak gambar saya tak berkualiti maklumlah kamera bukan DSLR jadi makin tak berapa cunlah photobook ni. Sayang pulak rasanya sebab yang ni saiz dia besar kan. Pilihan design dia agak terhad dan tak ada sticker mcm phototalkz yang ada cuma icon-icon tu pun tak berapa menarik.Pilihan background jer la banyak sket nak bagi menarik. Memang kena design sendiri lagi puashati dari guna software dia.

Cover depan

Bahagian dalam 

Cover belakang

Yang ketiga ni paling best sebabnya dapat percuma dari Groupon. [Up to 100% Off] 40-Page 6x6 Softcover Personalised Photobook from Photobook Malaysia from RM0. Yang ni tak redeem lagi sebab ingat nak buat untuk birthday my Nayla bulan Januari nanti.Tak tahulah nak buat celebration macam mana nanti. Harap-harap cepatlah dapat bonusnya. 

Korang ada photobook tak ? Dari syarikat mana ? Kongsikan disini yer :)

Beli tupperware dan tupperware harga lelong : klik sini laju-laju
Basuh kereta hari minggu di Tip Top Services Auto Spa@ Seksyen 7, Shah Alam klik sini laju-laju

Thursday, December 19, 2013

Buat surat beranak hilang @ JPN Shah Alam

Dah nak masuk pukul 1 baru ada elektrik kat ofiz saya ni. Semalam langsung tak der sehari suntuk.Tapi semalam pukul 1 dah cabut. Hari ni baru jer nak cabut ada pulak elektriknya. Nasib-nasib. Semalam lepas dah blackout settlekan pasal surat beranak yang hari ini masih lagi misteri tentang kehilangannya. Saya , my hubby dan my Nuha telah kehilangan surat beranak .Last yang saya ingat lepas register my Nuha darjah satu awal tahun hari tu. Lepas tu tak dapat dikesan dah. Nasib baik sekarang ni kalau kehilangan surat beranak tak perlu report polis bagai kan. 

Kami ke JPN , Shah Alam di Plaza Masalam Tingkat 7 untuk Urusan Surat Kelahiran. Urusan Kad Pengenalan Perkahwinan dan Warganegara korang ke Tingkat 6 yer . 

Amik borang Permohonan Carian / Cabutan Daftar Kelahiran di kaunter dan isi ruangan A, C dan G.Isi tak perlu details sangat. Yang mana tak ingat blank ajer. Yang penting No kad pengenalan tu ada jer. 
 No giliran 2069. Lebih 40 minit jugak menunggu. 
 Setiap surat beranak kena caj RM5. So melayang RM15. 

Beli plastik cover kena tambah RM3 pulak. 

Korang pernah kehilangan surat beranak ? 


Tuesday, December 17, 2013

Pengalaman sekolah berasrama penuh, best ker ?

Ini entry nostalgia. Kembali ke tahun 1997-1999. Sekolah berasrama penuh. Sekolah saya dalam nostalgia.Dulunya dikenali sebagai MRYT-MARA Dungun. Lepas tu tak silap tukar nama jadi MRSM-YT Dungun. Tapi dah pupus sekolah saya tuh dan diganti dengan sekolah tahfiz Dungun tak silap.


Best ke bersekolah di asrama penuh ? Saya ni homesick sebenarnya. Masa tingkatan 1 tu rasa tak suka sangat sebab terpaksa berpisah dengan my ma dan abah kan. Hari-hari melekap kat public phone telefon my ma. Mengadu makan tak sedap. Ada satu menu tu nasi,  telur masak  kurma dan ikan masin tak silap. Siap meleleh air mata cerita kat my ma. Public phone menjadi saksi.Weekend jer my ma dan my abah datang bawak macam-macam. Dah la bukan boleh balik tiap-tiap minggu macam sekolah biasa kan. 

Tapi alah bisa tegal biasa kan. Bila dah lama-lama tu, kawan-kawan makin mesra .So tak balik pun tak der hal dah lepas tu. Boleh pergi outing kat bandar koboi Dungun.Skang dah banyak beza bandar Dungun. Masa tu masuk A&W dah kira hebat.Yang ada pasaraya Salwa dan Ju Jaya .KFC rasa macam tak ada lagi time tu. Pizza Hut apatah lagi.Banyak aktiviti yang best-best yang ada kat sekolah . Macam-macam minggu ada. Minggu Sains lah, minggu Bahasa lah, dikir barat, nasyid dan macam-macam lagi lah. Saya selalu join sayembara puisi. Rindu jugak nak berpuisi macam dulu-dulu. Kami ni first batch sekolah kami. Bila junior masuk, lagi meriah sekolah dan siap ada ragging junior lagi.Opss. Biasalah kot yang mana tak respect the seniors memang cari penyakit lah kan.Paling tak suka time prep. Suka tidur dari belajar ginilah. hahaha. Terima kasih cikgu-cikgu yang mengajar saya dari form 1 hingga form 3 disekolah ini. Kepada kawan-kawan, bila nak buat reunion balik dengan anak-anak .?


Jom layan gambar-gambar lama yang saya amik dari group whatsApp kelas saya. Terima kasih Nani dan Syail untuk perkongsian memori daun pisang ini :)

 Sebelah saya tu Maria dan tudung hitam tu Norini , entry sebelumnya disini. 
Masa ni form 3 tak silap dengan Teacher Linda. Saya jumpa balik dengan dia jadi lecturer TATI (skang TATIUC)
 WhatsApp dan fb menemukan kami kembali. Thanks to technology :)
 Hubby tegur saya kalau saya mesti amik gambar kepala terteleng. Trademark dari dulu rupanya. Yang best diasrama, solat mesti berjemaah. Sempat lagi nak pergi solat berposing ;p
Tembamnya pipi saya :p

Korang ada pengalaman bersekolah di sekolah berasrama penuh?



Monday, December 16, 2013

Prosperity Burger McDonald's dan The Wizard of Oz

Jumaat lepas cakap kat my hubby tak nak makan nasi. Hari tu dah ternampak iklan prosperity burger kat TV.So hari yang dinanti dah tiba . Maklumlah my hubby ni peminat tegar prosperity burger yang setahun sekali tu. Mula-mula pergi ke McDonald's Klang Sentral tapi ramai gila orang so kitorang ke McDonald's Petron, Seksyen 7 yang sekali dengan McCafe tuh.



My Nuha pulak dah lama dah duk berkenan kat Hello Kitty tu. So dapatlah satu ! The Wizard of Oz. Singa eh? Korang cakap jer nak Hello Kitty mana, kalau ada stok dapatlah apa yang korang nak. my Nuha nak yang frog prince tu tapi dah habis. Patutnya yang Singing Bone tu kan skang ni. Tapi hitam bebenor maknya tak suka :p Ni mak ke anak yang collect ni ? hahaha


Chicken Prosperity Burger for me and Beef Prosperity Burger for my beloved hubby. Total burst RM60++


closed up my burger

Tukang belanja :p tq sayang :* 

My Nayla makan twister fries dan bun ajer..Kesian :p


 Suka buat muka macam tu skang :p Fesyen apa ntah !

Kemain lagi my Nuha makan burger McChicken dia !
My cheeky Nayla and me
Happy little customer dengan Hello Kitty idaman  siap bawak pergi tadika hari ni nak show off lerr tewww :)

Korang dah makan ke prosperity burger tu dan dah ada ker koleksi Hello Kitty fairy tales ? 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)