Dah tengah hari baru nak up entry bikin terliur :p Episod jalan-jalan cari makan @ elissmie kali ini nak bawak korang makan masakan ala english ( western food gitu kekdahnya ) . Kami makan kat Laman Grill Steak & Bar-b-que, Seksyen 13, Shah Alam.Siapa tak kenal ownernya Chef Zubir (Juri masterchef ) , tapi malam tu tak nampak kelibatnya.
Jangan lepaskan tawaran dari Milkadeal, percuma sahaja pendaftaran ! Klik sini untuk daftar
No G33, Block 5
Laman Seri Business Park
Seksyen 13, 40000 Shah Alam , Selangor
Tel : 03 55237386
Waktu perniagaan : 11.00 pagi - 11 malam
Ahad dan Cuti Umum
12.00 hingga 11 malam
Facebook : http://www.facebook.com/lamangrill
Jangan lepaskan tawaran dari Milkadeal, percuma sahaja pendaftaran ! Klik sini untuk daftar
harus tayang muka mak yong dulu
Sorry kualiti gambar tidak memuaskan :p
Tapi tak per lah Chef Zubir tak der, kita ada Danial Masterchef. Terima kasih ;p
Mentang-mentang dapat diskaun. kah kah kah
Jom tengok apa yang kami order. Harga makanan kat sini boleh tahan la ( tahan nafas :p) . hahaha
Ni saya punya. Lasagna Al Forno. Lemak berkrim. Memang melimpah-limpah kejunya sampai rasa muak habis laa bila makan. Tapi berjaya dihabiskan, pencinta keju kekdahnya.
RM 23.50
Yang ni hubby punya, NZ Lamb Cutlet & Turkish Lamb Kebab RM 38.50
Yang ni Long yang order. Australian Baby Lamb Shank. Katanya amik masa 2 jam untuk masak ni.Gila lama kan tapi yang ni guna teknik braised.
RM 36.50
Yang Kak Long punya tak tersnap. Carbornara RM22.50
My Nuha layan Warm Lava Chocolate Cake RM 15.50
Dia ni bukan makan sangat pun. Dia cilok carbonara Mak Long dia :p
Kiranya ni kami belanja sempena pre-wedding anniversary korang yang ke 9 la yer :)
Happy 9th Anniversary buat Long & Kak Long semalam.
Semoga berbahagia dunia dan akhirat...
Terima kasih kepada Semi ( kawan hubby ) sebab bagi idea makanan apa yang lazat kat situ.
Kenali bahagian lembu dan mahu steak korang dimasak macam mana :p
Deko kat luar. Kami biasalah, mesti pilih makan kat luar :p
Deko dalam tu. Ada wallpaper paper cutting cerita pasal Chef Zubir. Kurus lagi masa tu :P
Korang dah pernah ke makan di Laman Grill ?
Total : RM 172.25 termasuk 10 % servis charge dan air.
p/s:
Sekali sekala boleh la, kalau selalu bengkok lutut :p
Laman GrillNo G33, Block 5
Laman Seri Business Park
Seksyen 13, 40000 Shah Alam , Selangor
Tel : 03 55237386
Waktu perniagaan : 11.00 pagi - 11 malam
Ahad dan Cuti Umum
12.00 hingga 11 malam
Facebook : http://www.facebook.com/lamangrill
cam best.. leh try nib :)
ReplyDeletememang tahan napas tengok harga makanan nyer! nak pitam~ sesekali menyambut hari istimewa boleh lah kan~ :P
ReplyDeletehahahhaa..kalau selalu mmg sah bengkok lutut!
ReplyDeleteSaya baru tau ni kedai chef zubir tu....teringin nak pergi, nak makan lepas tu nak komen depan dia! hahaha
harga boleh tahan.....mesti sedap kan....????
ReplyDeletelpr la plak...melimpah2 eh cheesenye..wajib kena abiskn...heheh
ReplyDeleteharga.. bengkok lutut oo kl hari2...
ReplyDeleteBoleh tahan jugak harganya. Tapi apa salahnya nak cuba dan puaskan tekak kan. Restoran melayu lak tu kan.
ReplyDeleteTadi pi blog Kakcik Nur Seroja pun dah tengok makanan2 yummeh, mai sini pun sama jugak yummeh :)
ReplyDeletevolcano chocolate cake tu pon feveret anak2 wak jugakkk.. ahHKs
ReplyDeletehurmm....menarik gak restoran nei yea... nanti nak mintak buat food review la ....hehehehe
ReplyDeleteharga sepinggan RM36 tuh. hehe. Mentang2la restoran kepunyaan Chef terkenal ye.
ReplyDeletepehh..mesti sedap nih..
ReplyDelete