Hari ni kandungan saya sudah berusia 29 minggu 1 hari.Lawatan ke DEMC bulanan ni saya buat sehari sebelum berangkat ke Melaka hari tu.Alhamdulillah, kandungan baik-baik sahaja.Tekanan darah pun ok. Jom la kita tengok gambar scan baby.
Doktor nak sangat naik kan, hah dah naik pun berat saya. Dah naik 0.5 kg sebelum mengandung hari tu. Tapi kiranya naik 3 kilo lebih dari bulan lepas. Syabbas !!
Kongsi cerita kat sini dan menang hadiah !!
Kongsi cerita kat sini dan menang hadiah !!
Hari tu mengadu kat doktor pasal tak dapat tengok muka baby masa 3D scan sebab dia tutup muka ( yang 3D tu doktor lain yang buat bukan gynae saya ) so untuk tunaikan permintaan saya, dia scan muka baby dan inilah hasilnya :) Iras siapakah baby ku ini. Hidung tu macam Tok Ji dan Opah dia jer, mancung :) Nama pun dah ada untuk baby NH kali ni..N saya yang pilih, dah H my hubby yang pilih. Tungggggu :) Konsep nama masih sama, NNH lah bagi baby girl.Kalau boy, MNH.
Kena cucuk tetanus kali ni dan jumlah bil RM 361.60 . Buntang biji mata kalau sendiri nak kena membayarnya, tapi seb baik panel cover...phewww..Tapi cucuk tetanus kali ni tak sesakit masa my Nuha dulu. Kalau dulu satu hari rasa kebas jer tangan.
Suntikan tetanus adalah vaksin yang disuntik untuk mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh toxin (racun) dari kuman yang dikenali sebagai Clostridium Tetani.
Perlukah suntikan Anti Tetanus Ketika Hamil ? Klik sini untuk baca selanjutnya..
p/s:
Bulan depan kena minum air gula (MGTT) pulak ..haish..
Anak korang pulak banyak iras siapa ?
p/s:
My Nuha ada orang cakap iras hubby, dan ada cakap iras saya..Kami kan seiras :p
My Nuha | Aku Bukan Chef
Bestnya dah dapat tengok muka baby. Saya pun bulan depan kena buat MGTT
ReplyDeletetapi 2D jer. kalau 3D baru best kan. meh laa sama2 kita menggulakan tekak :P
Deletealaaaa... x reti lah nak tengok imej scan tuuu..
ReplyDeletebestnye~ tak lama dah tuh~ moga ummi dan baby terus sihat k~
tu laa rasa mcm tak sabar pun ada ni..
Deleteha'ah la masa shima cucuk 2nd prgnt pun tak sekebas yg pertama... balik umah siap buat kerja mcm2 hihi..
ReplyDeleteSelamat minum air gulo Eliss hukhukhuk
tu laa..tpi minum air gula demc selalu buh perasa :p
Deletepregnancy terdahulu ada diebetis ke?
ReplyDeleteAlhamdulillah tak der tapi family history, abah ada diabetes!
Deleterajin eliss gi scan. mesti teruja hendak tgk muka baby kan.
ReplyDeletememang dia akan scan. x request :p kata pakar, caj lebih kan.
Deleteseronok kan kalau scan dpt tgk muka baby. Anak2 knur masa baby iras hubby, dah besar sikit ada sorang iras knur 2 org lg iras my hubby.
ReplyDeletealhamdulillah panel cover kan...:)
ReplyDeletetu diaaaa.. hidung mancung kaa.. :)
ReplyDeleteWahh excited plak tgk muka baby...semoga semuanya selamat ye..Salam kenal..sama2 preggy mom!
ReplyDelete