Monday, November 19, 2012

Pertama Kali ke Setia City Mall , Setia Alam

Last week, kali pertama jejak kaki ke Setia Alam City Mall, Setia Alam. Bawa anak-anak buah my hubby window shopping ajer. Dah warning mereka awal-awal, barangan kat situ semua branded sebab malam sebelum tu bawa diorang ke Uptown Shah Alam, so kalau rasa nak beli baju, beli kat situ siap-siap. 



Dari rumah saya tak sampai setengah jam, tak perlu masuk keluar tol pulak tu. Kalau poket tebal, mau rabak shopping kat sini ajer. Ada beberapa tempat ajer sempat kitorang terjah dalam tu sebab sampai pun dah dekat-dekat pukul 4 sebab my Nuha boleh pulak tertidur sebelum kitorang keluar tu.


Kitorang pergi hari Khamis, punyalah ramai manusia hari tu maklumlah cuti awal muharam kan. Bila nak masuk parking, tengok parking yang available semua floor adalah 0. Canggih sistem parking diorang ni sebab boleh tengok dekat board sebelum masuk dan dalam tempat parking tu pun ada board untuk tengok berapa parking yang available.Tahu memang parking penuh kan sebelum masuk , so tunggu jer la mana-mana kereta nak keluar kan. Banyak level pulak tu.Akhirnya, setelah naik sampai ke level P4, dapat jugak parking :) Phewww...Kitorang hari tu, sebab masuk tak sampai 3 jam, so free jer la parking nya.Yang best tu, siapa ada green car (hybrid) , siap ada parking khas..jelez . Nak beli tak mampu lagi.


Parking rates Weekdays      Weekends
First 3 hours                  FREE      RM 2.00
Subsequent Hour(s) RM 1.00       RM 1.00
Lost Tickets RM 25.00

Motorcycle Rates

RM 1.00


Ada berapa kedai jer sempat kitorang terjah dalam tu. Pertama yang kitorang masuk adalah Daiso.Memang tak sempat snap gambar, yang ada ni semua google ajer :p Ingatkan semua barangan berharga RM5 tapi ada jugak harga lain rupanya. Tapi bermula dari RM5 la yang saya sempat tengok. Tapi tak amik apa-apa pun, sebab tengok panjangnya line nak membayar tu, tak kuasa mak :p Lenkali boleh terjah lagi.


Lokasi :Daiso Japan,  LGMM01 , Setia City Mall 

Lepas tu masuk Parkson , sebab anak buah nak beli baju. Sekali semua pun mahal-mahal even ada sales kan. Sudahnya tak membeli apa pun dalam tu, memang window shopping habis-habisan. So, tinggalkan anak buah berdua tu jalan-jalan sendiri.

Lokasi : Parkson, UG-DS01, L1-DS02 , Setia City Mall

Check it out! #Windows8

Kitorang pergi tempat favourite my hubby pulak. Mana lagi kalau bukan book store :p Kat situ ada MPH. My nuha sempat jugak pow Abah dia dengan buku mewarna BoboiBoy. Mana-mana pergi, mesti ada habuan untuk dia.

Lokasi : MPH, LG-41, Setia City Mall
Malaysia
10.00 am - 10.00 pm

Lepas tu , my Nuha lapar pulak . Tengok ada Mc'D pulak sebelah MPH tu, terus belikan dia nugget sebelum kitorang keluar pi food court kat Tesco makan tengah hari di waktu petang. hahaha. Save budget sket :p Sebenarnya ada banyak jugak pilihan tempat makan kat situ , boleh tengok kat sini.

Hari tu dapat flier pasal Setia City Mall, dalam tu terselit Durian Pancake or Durian Crepe yang tengah menjadi kegilaan ramai balik :p Yang boleh didapati kat Sweet Chat, tak silap RM8.90. Kot ada yang mengidam kan. Biasa makan yang Cik Noor belikan kat The Garden, MV jer dulu :p Yang ni tak tahu la sedap ker tidak :p

Lokasi :Sweet Chat,  L2-06

 Korang dah pernah sampai Setia City Mall? 


Website: Setia City Mall Website
Facebook :
http://www.facebook.com/setiacitymall

Address:
No. 7, Persiaran Setia Dagang
Bandar Setia Alam
Seksyen U13, 40170 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Business Hours: 10.00am - 10.00pm




26 Comments:

  1. tpt fav aku tuh hihi.la kat situ ada jual dc ke?jenuh aku order online,naseb sedap

    ReplyDelete
  2. Daiso setia city mall memang hujung minggu rmai org.wlau tmpat lain x rmai, daiso tetap ramai..xtau np. Rsnyr daiso lain xde le camtu..
    Prefer jusco than parkson sbb memang mahal amat bagi ku. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..setakat cuci mata boleh la parkson itewhh.. daiso tu banyak barang menarik utk di lihat2 :)

      Delete
  3. teringin nak rasa durian crepe tu.. mana nak carik kat shah alam nih yer.. huhuhu.. sedapnye!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. order online :p ahahaha. shah alam tak jumpa plak. moh le ke setia alam.

      Delete
  4. Wah saya selalu pergi Setia Alam ni.My cousin, my uncle n my aunt stay there. Hope I can see u there too :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ker selalu. akak ni baru sekali pi padahal dekat sangat dah :p

      Delete
  5. aku yg 5 minit je dari umah pun baru 2 kali pegi.. tu pun sbb tgk wayang je.. hihi.. tak koser barang situ mahal gile..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah tu la. pasni , port terbaru laa tengok wayang, x kena tol 60 sen.hahaha

      Delete
  6. baru sekali pergi sabtu lepas. byk juga kedai yg best2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kedai yang best dan branded tu tak tahan tu..

      Delete
  7. mmg tmpt fav kami tu.. shopping mall yg paling dekat dgn rumah, kedai2 dlm tu sume best2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best2 kan. kena tunggu gaji baru terjah balik.hahaha

      Delete
  8. blum lagi sampai ke setia mall mahupun dapat makan durian crepe... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. durian crepe dah pernah merasa tapi tempat lain :p

      Delete
  9. Saya tiap tiap hari gi sini..ahahaha..Sebab gym saya & wife kat dalam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yer ker. lepas pantang leh la join masuk gym :p

      Delete
  10. Replies
    1. lepas ni ajak ayah pergi yer. amik gambar :)

      Delete
  11. kat mana nieeeeeeee ...????

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat setia alam kak..jalan keluar ke KL kalau dari bukit raja .

      Delete
  12. pernah lalu je tapi macam malas nak masuk sebab tahu poket akan rabak..tapi dengar cerita ada banyak butik oversea kat situ macam H&M,Zara..lagilah bahaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun. abang ckp harga H&M kat situ berbaloi2 kalau nak beli. entahlah..x sempat nak masuk.

      Delete
  13. Setakat ni tak pernah pergi sana lagi. Kalau ramai yg kata kat sana mahal2.. makanya kena tunggu kuar bonus la baru bleh ke sana.. hahaha

    ReplyDelete
  14. kat tingkat berapa hybrid car park tu ye?
    tq

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)