Tak habis lagi rupanya pasal Melaka. Maklumlah, bukan selalu dapat pergi Melaka kan. So, nak abadikan jugak la kenangan yang ada di Melaka. Masa sekolah dulu, pernah jugak datang Melaka, banyak gak tempat pergi melawat tapi haram, satu gambar pun tak amik. Sabar jer la. Kalau ada pun, kamera cikgu saya kot.
Hari tu, kami menumpang kereta boz kami pusing-pusing cari makan kat Melaka tapi masa tu dah lewat sangat dah. Banyak kedai makan dah tutup. Tak happening langsung la [ Jangan marah orang Melaka :p ] . Nak pergi jauh-jauh, bukan saya yang drive kan. Masa pusing-pusing ternampak lah Menara Taming Sari. Boz kitorang dropkan kat situ, dia ingat kita nak naik. Tapi kitorang pergi beli FM ajer kat situ.Tapi sempat la amik gambar .
Ini kaunter untuk beli tiket masuk.
Saya tengok sekejap ajer dah turun . Rupanya cuma 7 minit bila baca spek kat bawah ni.
Spesifikasi Menara Taming Sari ,Melaka
Tower Name | Menara Taming Sari (360 degree viewing tower) |
Cost | RM 24 million together with support building (Melaka house) |
Height | 110 meter |
Passenger Capacity | 66 passengers |
Technology | Switzerland |
Ride Duration | 7 Minutes |
Operation Hour | 10.00 am to 10.00 pm – Daily |
Ni harga tiket masa saya pergi hari tu.
RM 15.00 ( Dewasa) per ride
RM 10.00 ( Kanak - kanak ) per ride
Apa yang korang boleh nampak bila naik tower ni ? Sebab saya tak naik kan, sebab rasa rugi tengah malam :p So kita amik dari website diorang jer la apa yang boleh nampak bila naik menara ni.
Saksikanlah panorama Indah dan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Menara Taming Sari. Anda pastinya akan teruja melihat keindagan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St Paul,Dataran Pahlawan, Sg Melaka dan Selat Melaka. Disamping itu, anda bepeluang melihat kepesatan pembangunan di negeri Melaka, Bandaraya Warisan Dunia.
Kalau korang rasa nak pusing-pusing amik angin malam kat sekitar bandar Melaka tu, boleh jugak cuba naik beca ni. RM20 satu beca.Dia offer kat saya, kak, naik beca boleh dengar lagu, amik gambar,boleh berhenti tempat menarik amik gambar. Kalau naik dua orang jimat sket kan, boleh share. Yang ni pun tak naik, amik gambar jer la, tu pun dari jauh . Orang cakap, nak amik gambar dengan beca pun kena bayar. Kedek btol. hahaha
Korang pernah ke naik Menara Taming Sari, Melaka ni ?
Menara Taming Sari,
Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka, Malaysia.
Tel : 06-2881100
06-2813366
Fax : 06-2881551
Website : http://menaratamingsari.com
Pemanggang ajaib untuk dimiliki dan katalog tupperware terbaru sudah
keluar , klik sini laju-laju untuk pembelian dengan harga ISTIMEWA [ klik sini]
Kereta comot sebab musim hujan ? Terjah Tip Top Auto Spa Seksyen 7 sekarang . [ klik sini]
Baju kurung dan kain pasang pelbagai pilihan, terjah Cotton-Purple.
[ klik sini]
Tak penah naik taming sari ni lagi..walaupun kerap sampai Melaka..haih rugi kan kalo tak naik..sebab mcm best..hehee
ReplyDeleteDah banyak kali pergi Melaka tapi tak pernah lagi naik Menara Taming Sari ni. Tak rasa teringin pulak nak naik. Hehe
ReplyDeletesy dh naik kak eliss..sy naik sowang2 jek..hubby duk bwh amek gambar, sbb die gayat..haha..nakal kan!..smpai ats mmg nmpk sume..pastu die keliling 360 darjah..sume leh nmpk..bahtera kt bawah tu pon leh nmpk jugak..sonok2!..hehe
ReplyDeletePernah naik tapi waktu siang. Nanti nak naik waktu malam pulak.
ReplyDeleteSaya pernah naik sekali ! Tahun 2010 kalau tak silap. Tapi saya naik masa siang hari. Good experience i can say ! ;)
ReplyDeleteda gi :-)
ReplyDeletebelom pernah naik lagi... pergi Melaka pon baru sekali.. tu pon zaman sekolah.. sadiskan~
ReplyDeletetak pernah lg dpt naik..nk naik jea penuh dgn org..Q panjang sgt
ReplyDeletetiga empat kali pegi melaka tapi biasa pusing town ngan jonker street jee... huhuhu
ReplyDeletesbb tu aku tak naik....rm15 untuk 7 minit...tak berbaloi....kalo best tak per gak....am kata tak der apa yang menarik pun
ReplyDeletemacam2 boleh dibuat di melaka ni
ReplyDeleteMelaka memang best banyak tempat boleh dilawati...
ReplyDeletedah lama tak gi melaka.. pergi dulu menarani tak buatpun lagi..
mahal gak RM15 untuk 7 minit.. tapi kalau tak penah naik kena naik nak merasa...
tahun depan mmg kena gi Melaka .. dalam perancangan...