Bukan percuma Yakult. Yakult tu kena beli sendiri lah tapi diorang hantar tu secara percuma setiap minggu ke rumah korang tanpa jemu. Tapi tiada paksaan pun nak beli ke tak. Rumah saya adalah salah satu kawasan yang ada penghantaran yakult secara percuma ni. So, setiap minggu memang beli la kecuali tiada kat rumah atau stok tak habis lagi. Kalau korang nak tahu, hospital rangkaian KPJ pun bagi Yakult ni untuk sajian pesakit diorang. [boleh baca sini]
Kitorang selalu beli Yakult Ace Light ni. RM4.50
Yakult ni memang bagus untuk yang ada masalah penghadaman.Nak- nak bagi
perempuan mengandung ni macam saya ni kan, memang selalu ada masalah sembelit ni.
Can pregnant women consume Yakult?
Pregnant women can consume Yakult as part of a normal balanced diet. One of the main functions of Yakult is to help prevent constipation. Pregnant women often suffer from constipation, so taking Yakult may help. [ Boleh rujuk FAQ kat sini]
Manfaat Yakult [ kredit kak ina ]
Manfaat Yakult adalah terletak pada bakterianya yang mampu hidup sampai usus kita kerana itu bakteria ini dapat memberikan manfaat seperti:
1. Mencegah gangguan pencernaan
2. Meningkatkan daya tahan tubuh
3. Meningkatkan jumlah bakteria berguna dalam usus
4. Mengurangkan racun dalam usus
5. Menyekat jumlah bakteria yang merugikan dalam usus.
Kawasan rumah korang ada ke penghantaran yakult ke rumah macam ni?Korang suka tak minum yakult?
Kalau korang nak jugak penghantaran percuma ke rumah / nak jadi wanita yakult , boleh isi borang kat sini.Maklumat lanjut : http://www.yakult.com.my
Kat saya rumah saya pun ada jugak, dulu pernah la beli bila dia datang tapi lepas tu stop sebab bertukar ke Vitagen less sugar pulak :)
ReplyDeleteoh yer ker. yang ace light ni kurang gula jugak .
Deleteowhhh...diorang ikut konsep macam yang kat Jepun kan...boleh buat side income jadi despatch YAKULT nie
ReplyDeleteboleh, tapi wanita yakult ajer :p x pernah dengan lelaki yakult :p hehehehe
DeleteKalo lelaki...Yaakub...hehehe!!!
Deletekeh keh keh..
Deleteeh.. tak pernah dengar plak perkhidmatan nih.. x de minimum oder ke utk hantar ke rumah?
ReplyDeletekak eliss beli sepaket jer pun selalu. memang x der minimum order. dia ada kawasan tertentu jer sebenarnya, x semua dia cover.
DeleteManis ke yakult ni? Kalau hari-hari minum tak kena kencing manis ke nanti?
ReplyDeletesaya amik yang less sugar . x manis sangat pun. dari minum teh ais hari2 kan,better minum yakult.
Deletetak minat minum yakult hihihi...
ReplyDeleteSeram betul baca komen Eliss.. sampai skrg ke Nuha ngan hubby Eliss bleh nampak? Suami shima bleh rasa je tp xbleh nampak. Aqil plak masa dia blom berapa pandai ckp selalu la dia berlari tiba2 masuk dlm rumah mcm ketakutan tp tak nanges la... Ayahnya cuma ckp "jgn takut. Ayah ada. dia xboleh buat apa2" tp dah besar ni xde dah rasanya... Klu ada entry psl tu kasi la link hihihi...
x pernah cerita psl tu kat blog :p hahaha. diorang memang gifted kot. family dia semua jenis yg boleh rasa dan nampak ni.
DeleteJgn kan yakult, vitagen pun dah lama saya tak minum..hahaha
ReplyDeleteTapi macam best pulak kan, ada delivery ;)
kalau ada delivery, ada laa peluang nak minum. kalau tak, tak beli jugak :p hahaha
Deletesuka juga Yakult tp selalu minum Vitagen yg dibelikan utk anak2. hehe
ReplyDeletetak pasti lak kawasan rumah PM ada delivery ke tak, tapi kat kedai2 berhampiran rumah ada lah nampak van yakult tuh hantar stock ke kedai2...
ReplyDeleteTak tahu pulak...tapi boleh Cuba nie...kot2 ada
ReplyDeletesy berminat utk jadi ladies yakult..masih ada lg ker..hrp cik blh bantu..t.kasih
ReplyDeletetry la isi form kat atas tu.. harap membantu
DeleteForm atas tu xde la...cuba buka web yg lain...😊
ReplyDeleteNk tau bole anta ke bandar Baru bangi ke . . sekaton berapa botol n hrga . .
ReplyDelete