Thursday, November 08, 2012

Hotel Grand Continental Melaka, Jalan Tun Sri Lanang

 Hari ni dah 3 hari saya berada di Melaka. Kali ini sekali lagi sistem yang saya bangunkan dihantar untuk penyertaan RIID Melaka 2012 pulak.Keputusannya petang nanti. Doakan lah kawan-kawan semua. Tak der taruh harapan yang menggunung dah sebab takut kecewa macam hari tu :p


Untuk penginapan 3 hari 2 malam ni, kitorang book Hotel Grand Continental Melaka. Kat depan hotel ni ada Mahkamah Majisteret Melaka dan kalau jalan kaki boleh sampai ke River Cruise. Tapi kitorang malas nak pergi :p


Mula-mula kena check in dulu yer..Check in pukul 12.00 tengah hari. Hari pertama kami sampai, diorang bagi kami Superior Room (RM 157 nett ). So mari kita tengok kat dalam dia. Terima kasih hantarkan beg kami sampai ke bilik :)


Ni bilik kitorang pada hari pertama. Kesian Ad kena tido katil single, bagi peluang mak buyung selesa :)


Bilik air bersih .


Ada bath tub dan shower.

TV zaman dinosour lagi tak der flat screen, dah la tak de peti ais. Safety box apa tah lagi.Nan hado.
Iron ada disediakan kat depan lif.

Hari kedua kitorang kena pindah sebab malam sebelum tu aircond macam tak berapa nak kuat.Diorang kata nak servis air cond.  Dapatlah merasa Deluxe Room. 



Ni baru best. Dua-dua pun dapat katil twin. Boleh lah nak bawa pasangan masing-masing.hahaha.Berangan jer la.

TV masih TV zaman dinosour tapi up sket sebab ada Astro.Yang Superior tak dapat tengok Astro.
Peti Sejuk pun ada. 


Bilik air pun terjaga dan baru. 


Aircond dua-dua jenis bilik jenis centralized, sampai menggigil2 laa tidur. Part ni kurang syiok lah pulak.


Kat sini pun ada swimming pool ( Tingkat 10) Tapi macam tak terjaga . Dalam website bukan main cantik terjaga :p



Ruang makan terletak kat lobi hotel.

Ada kemudahan wifi percuma tapi kena mintak password ngan diorang.


 Menarik, hitam merah gitu.Kitorang dapat voucher makan percuma untuk breakfast selama 2 hari ni. [Nanti kita review pasal makanan utk JJCM elissmie :p]

Overall, servis kat hotel ini ok la. Boleh la setakat nak tidur ajer pun. Kalau nak berendam, sila cari hotel lain. hehehe. Lagipun ni ajer kot rate yang mampu untuk kitorang kat sini :p




Address:No. 20, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka, Malaysia
Phone:(60 6) 2840 088
Facsimile:(60 6) 2848 125
Email address:reservation_melaka@ghihotels.com.my
Website : http://ghihotels.com.my/



Korang kalau ke Melaka selalu stay kat mana?


p/s:

Sila tinggalkan komen dalam entry ini untuk berpeluang menang FM dari melaka. ( 2 pemenang  - random pick)

My Nuha | Aku Bukan Chef

29 Comments:

  1. kalau gi melaka takat ni tido kt afamosa je. blom lg tido hotel kt town or tmpt lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu penuh , kalau tak nak stay kat situ jugak.

      Delete
  2. aku lama dah tak pergi melaka
    last sekali thun 2001
    tu pun sbb belajo kat jasin
    btw
    ad yg ko mention ni bukan adlia kan?!
    sbb aku ade member nama adlia sekolah kat sekolah menengah meru klang
    klu dia tu
    betapa keciknya dunia..
    ahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan. nama dia az :p tp panggil jer ad :)

      Delete
  3. semoga korang berjaya.. chaiyok!!

    ReplyDelete
  4. wah kat melaka ye. sampai bila? tiap hari aida gi keje lalu depan hotel tu. da gi ke asam pedas perigi hang li poh yg pedas giler tu. hotel ni hotel lama eliss. memang kureng skit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ker. dah balik shah alam dah. 3 hari 2 malam stay sana. x sempat pergi mana2.

      Delete
  5. dah lama tak gi melaka.. hujung minggu ni baru nak gi ambil adik.. boleh ronda2 melakalah nanti.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujung minggu ? confirm jam, kata pakcik driver kat sini. diorang hari minggu tak keluar rumah ;p

      Delete
  6. tak pernah lagi pi bercuti kat melaka dan tak pernah lagi tido kat sana.. huhuhu..

    nak FM!!

    ReplyDelete
  7. saya dah lama tak ke melaka...pernah la tinggal kat seri malaysia je..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ker.mungkin berubah sket2. jalan2 jer kot tukar2 jadi sehala.

      Delete
  8. aritu ikut ikram kursus kt melaka..lepak jek dlm bilik hotel apa ntah nama..hilang ingatan plak..keke

    ReplyDelete
  9. Macam mengecewakan jugak je hotel ni kan.. Nampak macam kurang terjaga.. Tengok tv pun tak up to date..

    ReplyDelete
  10. biasa la dalam website serba serbi cantek jer...hehe

    ReplyDelete
  11. dah lama tak ke Melaka. Last pergi masa ada presenting paper. Duduk kat Naza Hotel, kalau tak silaplah. tu hotel 2 bintang je.

    ReplyDelete
  12. Hotel heritage melaka dulu dikenali hotel abadi...area melaka raya..harga ok ..ini hotel under kerjaan neg

    ReplyDelete
  13. dlu time ada event kt melaka kitorang stay kt mahkota hotel...tp ada nmpk hotel grand continental ni...nk menang fm melaka jugak:)

    ReplyDelete
  14. EMM..KALO NK G JENJALAN SUNGGUH2, TEMPAT TDO JANJI LEH TIDO JE PON XPE..TP KALO NIAT NK CUTI2 TENANGKAN JIWA,DINASIHATI KE HOTEL LAIN KAN..MCM BESE2 JEK..HEHE

    ReplyDelete
  15. Dah lama tak pergi Melaka... kalau pergi ke sana saya selalu tido di Hotel Seri Malaysia atau kat Afamosa je..

    Rindu nak jalan-jalan kat Makhota Parade n Dataran Pahlawan..

    ReplyDelete
  16. TV zaman dinasour tu dorang sayang tu.. hehehehehe

    ReplyDelete
  17. org mlk dtg menyinggah...salam jumaat :)

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)