Dah beberapa hari guna workstation baru. Ok, bukan workstation ibu mengandung. Yang tu masih sama lagi. Akhirnya pc yang telah berkhidmat kepada saya selama 5 tahun lebih ni, terpaksa digantikan atas desakan bos saya. hahaha.
Saya sket punya sayang workstation lama sebab macam-macam dah software yang saya install untuk memudahkan kerja-kerja kat ofiz ni . Nak kena carik installer pulak satu hal. Hangen satu badan. Dulu , dah install main delete jer installer. Lagi satu padan muka, saya buat backup hari sebelumnya, dan dengan confident gila saya pergi delete semua fail asal kat dalam pc yang memuatkan fail-fail sepanjang perkhidmatan saya.
Tapi mujur fikiran masih waras ( padahal dah menangis sebabak sebelum tu.hahaha) dan google nak dapat fail tu balik. Rupa-rupanya , zaman dah semakin canggih, fail tersebut dapat diselamatkan dengan software Restoration even dah empty trash ok dengan syarat baru didelete lah. Lama-lama memang tak boleh jugak la ! [ boleh download kat sini ]
Selamat datang workstation baru, lenovo. Semoga dapat berkhidmat dengan jaya.
Apsal window ni asyik tertutup sendiri ye? Apa pulak tak kena dengan kau ni..
Selamat jalan romeo ! Eh, workstation lama !
Ok, nak cerita bab air tangan suami pulak. Semalam saya request nak makan roti goreng telur bawang lada [ resepi disini] air tangan suami. Suami layankan saja isteri dia kan. Petang tu , saya siap-siap beli bahan-bahan untuk my hubby beraksi didapur.
My hubby tengah buat sentuhan terakhir.
Tadda, our dinner last night ! Roti Telur Bawang Lada.
My hubby cakap, roti sempena anniversary ke 5 :)
Terima kasih sayang !
Ni side dishes ajer, saya goreng nasi goreng cina ajer malam tadi, konon nak bagi nuha makan, last-last semua makan sebab banyak , harung bawak bekal pi ofiz pagi ni. Begitu jugak dengan roti :)
Jarang dapat makan hasil air tangan suami ni kan, setuju para isteri ?hahaha
My Nuha | Aku Bukan Chef
betul tu kak eliss..setakat ni laki sy x pernah masakkan lg buat saya..kalo buat air pernah..haha..
ReplyDeletekalo sy nk makan..die g cari kedai jek..hehe
ok la tu, pandai jugak dia layankan :)
Deleteha ah....asyik isteri jer masak kan.....suami tolong masakkan megi boleh lah.....
ReplyDeleteok la tu dari tak ada aper2 kan.
DeleteMemang santai laki suami masak sambil tangan menahan di cabinet.. Hehe
ReplyDeletehahaha. gaya kena ada :p
DeleteMenarik gak roti telur tu... layan sambil tengok citer download pun best nie
ReplyDeletememang menarik.sesuai laa utk orang bujang :)
Deletelaki aku kalau masak time dalam pantang jelah..tapi nasib baiklah dia jenis yang pandai masak juga..kalau tak lagi haru biru
ReplyDeleteok laa tu hubby pandai masak. dalam pantang balik kg jer la. so hubby cari makan kat kedai.hehee
Deleteacecece...roti anniversary tuuuu.
ReplyDeletemesti rasa sedap, cinta punya pasal
mesti laa sedap. mau cakap tak sedap, derhaka namanya :p
DeleteHubby raa pandai masak megi jer.. eh! nasi goreng campak2 pon pandai jugak.. menu lain tak pernah lagi dia buat..
ReplyDeleteterliur nye tengok roti telur tuh.. meleleh jer rasa..huhuhu
hubby kak eliss pandai gak masak tapi bila ntah nak tunjuk skill ter"PADAM" dia tu :p
Deletehubby knur suka masak maggi jer. nak jugak rasa dia masak benda lain. dulu masa bersalinkan anak kedua di NZ, dia pergi beli salmon dan bakar je utk anak sulung. tu pun sbb takleh nak beli kat luar. hehe
ReplyDeleteeB bkn jarang2 tau eliss... ader la skali 2... tuh meggi @ roti telur... ha3... ;p
ReplyDeleteeBnyer pc baru blom install software. adeh... eB tgk jerk la...
uncle sentuhan terakhir tak pandai...
ReplyDeletekalau sentuhan kecundang pandai lah...
setuju..hehehe
ReplyDeletesetuju sgt..suami ena akan masak klu dia betul2 nk msk dapur
ReplyDelete