Dah sebulan rasanya tak up episod jalan-jalan cari makan di elissmie. Maklumlah, bulan puasa makrukh hukumnya tayang gambar sedap-sedap kan. So better avoid, baru dapat pahala ( chewah macam ustajah pilihan ) . Akhirnya sampai jugak kami kesini. Mee Kari Ketam , Kuala Lumpur.
Padahal selalu sangat dah makan kat area sini tapi selalu saya datang mesti ramai orang . Last week, hari Ahad lepas, setelah seharian berpenat lelah mengemas
rumah sebab buat rumah terbuka hari sebelumnya, hubby ajak keluar minum
petang. Kalau tak memang saya rasa saya nak tidur ajer sebab awal pagi
dah bangun kemas apa yang patut sebab malam tu memang tak larat nak
kemas :) Lokasi Mee Kari Ketam , KL adalah berdekatan dengan UNISEL dan lebih tepat lagi food court Seksyen 7, belakang bangunan Hakim lama.Bawah kedai ni ada D'Arab Cafe bagi sesiapa yang berminat nak makan nasi arab.
Sabar menunggu makanan. Masa kami sampai, just ada dua pelanggan ajer. So cepatlah dapat makan :) Servis kiranya baik lah.Hari tu lepas hujan, tu pasal tak ramai orang agaknya.
Decoration , simple and nice :) Meja kayu dan bangku kayu.
Eh, sampai tertidur pulak :p
Menu air ada kat dinding :p
Harga makanan cilok dari belog Eyriqazz :)
Mungkin ini kedai kegemaran Eyriqazz sekeluarga (atau ada share? ) sebab selalu sangat datang pekena Mee Kari Ketam KL ni.
Kaunter pembayaran dan tempat menyediakan makanan sekali.
Ni mangkuk my hubby.
Yang kami pilih ni adalah Menu Mee Kari Ketam + Ketam Biasa ( RM 8 )
Ni saya punya . Menu sama ajer kami pilih :) Saya mintak limau untuk diperah dalam kari ni untuk lebih umpphh. Hahaha. Suka-suka hati ajer alter makanan orang. Ampunkan saya chef Mee Kari Ketam ! Nanti korang datang , mintak la limau yer, baru terangkat :p
Ni saiz ketam bila diletakkan dalam pinggan. Overall memang sedap lah, kecuali tekak saya ni memang suka masam-masam dalam kuah karinya. Harga pun berpatutan dengan ketam yang dia bagi tu dan rasa kari tu memang meresap ke dalam ketam tu.Aduhai, tulis pun bikin meleleh air liur :p
Korang dah pernah makan ke Mee Kari Ketam , KL @ Shah Alam ni ?
Restoran Mee Ketam
No. 11, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B
Seksyen 7, Shah Alam,Selangor.
Buka 12:30tgh - 10:00mlm (Isnin CUTI)
Hubungi :Encik Ubai: 019-2496054 / 0192346388 / 0175653556
Blog : http://meeketam.blogspot.com
Facebook : Mee Ketam Kuala Lumpur
nampak sedap...
ReplyDeletetapi jauhlah pulak...
nanti nak cuba nasib ajak ci poji pergi harap2 dia naklah...
kalau datang sini bagitau la :)
Deletewalopon sy puasa tp sy leh tahan lg..( sambil slurrp air liur)..hehe
ReplyDeletecedapppp wehhh, geram tgk ketam tu..!!
suka makan ketam jugak eh ? hehehe.sabar yer.
Deletesedpnye
ReplyDeletesedap sungguh :)
Deletesedapnyaaa...suka ketam tp tak selalu makan sebab malas nak kopek kulitnya, tp kalau ada org tolong kopekkan..saya suka saya suka
ReplyDeleteeliss pun nak makan sendiri rajin laa kopek tapi nuha pun hantu ketam, geram ajer dia makan isi kita kopek.hehehehe
DeleteAduhai..nmpk sgtnyaaaaaa. Terliur dah nih!
ReplyDeletekalau terliur mai try sekali :)
Deletepernah makan kt sini sebab nak makan nasik arab, tp dh tutup.
ReplyDeletetp tak makan mee kari la..makan nasik je
sedap ker nasinya?
Deletewalaupon raa bukan lah peminat ketam.. tapi bila baca n3 nih.. rasa nak meleleh air liur.. sedapnye~
ReplyDeleteingatkan kak eliss gi makan kat KL.. rupernye nama kedai dia.. muahahha
kat shah alam jer. boleh try udang galah laa kalau tak suka ketam :)
Deletedah cuba.. dah cuba .. sedap sebab berbaloi ngan harga..
ReplyDeletesesuailer rasanya tapi bukan kategori amat sedap..
camner nak cakap yerk... tapi tak rugi kalau gi makan...
bukan super sedap tapi sedap :) boleh makan :)ada satu super sedap di area dungun tapi kitorang balik asyik laa tutup :p
Deletesaya yg baca ni pun dah meleleh air liur..hehehe..
ReplyDeletesaya dah lama tak ke hakim lama tu..selalu lepak hakim yg baru kat sek7 baru tu
Saya dah pernah cuba hari tu. Ok la jugak rasa dia..
ReplyDelete