Friday, September 28, 2012

Tak Sah ke Terengganu kalau tak pekena Celup Tepung !

Alhamdulillah, akhirnya boleh jugak merasa ikan dan sotong celup tepung masa balik Terengganu minggu lalu. Masa raya tak merasa sebab kebanyakan gerai tutup sampai seminggu. Sakan beraya yer kak kiah :)Kami ke pantai kat area paka tu jer sebab dekat ajer dengan rumah my MIL. My SIL pulak rumah berdepan dengan pantai tu.  [ Hai kak chik :) ! ]  Kami ke warung biasa kalau ke Pantai Paka ni , pernah review dulu kat [ entry ni - klik ] dan [sini - klik ]

Anak buah my hubby dah cakap jom ke pantai sebab air tengah surut. Tapi hubby tak perasan pulak. Bila sampai baru tahu air skang tengah surut. My Nuha tengok ajer pantai dah tak menyempat dah nak ajak pi pekena celup tepung kat gerai. Dan dan cakap kenyang. So, kami lepaskan dia pergi main pasir dengan sepupu-sepupu dia.


So, marilah kita menjamu selera berdua secara romantik :p Siapa lagi, dengan my hubby jer la. Sedang asyik dan masyuk kami nak makan, tiba-tiba hujan pulak tapi rintik-rintik. Anak-anak berlari ke gerai yang kami tengah makan tu :p Potong stim nak beromantika amour :p Layan gambar makanan jer la yer :)


Ini menu celup tepung yang kami makan. Ikan Celup Tepung dan Sotong Celup Tepung.
 Ikan tak silap RM3-RM4 seekor. Keropok lekor RM2.

 My all time fav to the max. Sotong Celup Tepung. Syok habis , siap ada telur sotong lagi. RM8 seekor.
Kat sini memang menangis nak cari tak jumpa kecuali ke Jeram ;p


 Jemput makan semua ! hehehe. Tak lupa  pekena air our all time favourite to the max, 
Air Jagung ( Air Jagung + jagung manis + aiskrim + susu)

 

 Bestkan tempat kami makan. Betul-betul mengadap pantai ok !

 My Nuha dibawa ketengah laut. Tapi nak sampai ke tempat surut tu boleh tenggelam dia :p
 So kena dukung.Nasib baik sepupu dia nak dukung dia yang 17 kilo tu :p
Kemain seronok lagi dia kat tengah tu :p

Operasi menenggelamkan nuha.
 Balik semua duduk atas plastik sebab takut seat kereta basah ! hahaha

Korang suka tak celup tepung ni ? Menu wajib ke Terengganu tak selain keropok lekor ??


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



Thursday, September 27, 2012

Mood ke laut, atau betul ada kat laut ? Ole-ole dari Kashmir pulak

Hari ni tak sedap badan. Rasa loya dari semalam. Entah mana silap makannya. Dah dua hari, asal malam jer tak lalu makan. Nasib baik pagi dan tengah hari ok. Tapi pagi ni, langsung tak boleh nak telan apa-apa. Tadi jamah laksam yang beli pagi tadi. Memang tekak tak lalu nak telan tapi si kecik duk tendang-tendang ni, terus paksa diri makan. 





Hari ni dah masuk 20 minggu. Sekejap ajer masa berlalu kan. Perut pun dah nampak kedepan sket :) Harap-harap berat badan bertambah agar tak kena marah lagi dengan doktor checkup 7 Oktober nanti !



 Mood ke laut, atau betul ada kat laut ? Ni capture kat Pantai Paka terengganu last week :) 
Air surut best ! Tapi saya tak jamah pun air. Bagi anak jer main air dengan sepupu dia.

Ni ole-ole dari Kashmir. Beg tu selamat dah dengan my Nuha. Drama sangat dia tu, siap cakap dia suka warna beg tu dan Auntie Nenek baik sangat ;p Baik punya bodek :) Nak makan pun pakai lagi !

 

Yang best, bertambah lagi FM antarabangsa mak ! Suka sangat :) Taj Mahal ok !

Setelah sekian lama , akhirnya sampai jugak Sealer yang ditunggu . Esok-esok saya tunjuk macam mana nak guna yer. Tapi tak berapa puas hati dengan produk ni  sebab semacam indah khabar dari rupa ;p Tapi ok la sebab saya tak guna duit tapi pakai voucher ajer RM28 ;)
Beli kat milkadel , klik sini utk register.
Tapi beli kat milkadeal memang tak pernah barang tak sampai !


Wednesday, September 26, 2012

Pai Tee The Chicken Rice Shop, teringin lah pulak

Pulang dari Terengganu dengan kekecewaan .Majoriti sistem online tak menang apa-apa. Apa lah nasib ! Semua bengang.  Ni mungkin the worst IID yang pernah saya attend. Dah la juri ntah apa-apa :p Ok, sorry to say. Medal cuma 30 ++ sahaja dan penyertaan adalah 100++. Ada orang cakap, IID kat situ macam funfair . Dah la tengah-tengah juri datang judge, boleh pulak buat cabutan bertuah bagai. Patutnya bagi la masa juri datang judge dulu.Kalau dapat cabutan bertuah tak per jugak . Cerita pasal ni lain kali la. Nasib baik tempat tidur terbaik ;p
 

 Hari ni nak up entry  JJCM . Gambar masih tak transfer dari kamera. Ni cerita agak basi la. Kejadian berlaku, sehari selepas balik beraya hari tu. Hari Jumaat, my hubby kerja, so saya dan my Nuha berfoya-foya lah diluar dan tiba-tiba tekak teringinnya nak makan Pai Tee kat The Chicken Rice Shop tu.
 
 

  Deko masa tu masih dalam mood hari raya :) Maklumlah masa tu baru seminggu raya :)

My nuha , saya orderkan Kid Rice Combo.


Dalam set tu ada, Fried Wanton, BBQ Chicken, Chicken Rice, Soup of the Day dan Soya Bean.
RM 9.90


Ni saya punya portion.Saya order Chicken Roasted Chicken Rice. RM 8.90
 Gambar dekat lupa pulak nak snap ;p Pai Tee ada kat hujung tu. ( Regular - RM6.60)
Memang bikin terliur sekali lagi taip entry ni :)

Abaikan memek muka my Nuha yang tak semenggah tu :p

Sebenarnya nak suruh dia tunjuk Menu terbaru TCRS  "Ayam Percik Kelantan"

 Peace !



Korang suka tak makan Pai Tee The Chicken Rice Shop ni ? 
 
The Chicken Rice Shop, 
Lot No 1, Tesco Shah Alam
No 3, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13,
40100 Shah Alam
Tel : 03-5511 1828



Wednesday, September 19, 2012

UiTM Dungun, bagai sireh pulang ke gagang :)






Ketika entry ini ditulis, mungkin saya berada di tengah-tengah highway :) Tak sabar nak sampai, nak berendam dalam kolam ;p My Nuha saya angkut sekali. Hubby akan menyusul jumaat ini :)


p/s: 
 
 

Ok, tipu. Sampai-sampai jer nanti nak kena siapkan booth untuk IID Dungun 2012.

Doakan kejayaan sistem yang saya bangunkan kawan-kawan !



Tuesday, September 18, 2012

Jamuan Raya sempena Hari Malaysia dan Ole-ole Bandung

Ni episod last kot pasal makan-makan sempena Hari Raya ;p Tu pun dah skip jamuan raya satu UiTM ( memang tak snap pic yang bertema Arabia tu dan terlepas hadiah cabutan bertuah sebab balik awal). Padan muka. 


Ni adalah Jamuan Raya sekali dengan Hari Malaysia kat kawasan perumahan kitorang. Semua bangsa datang kiranya. Memang sangat happening , siap ada cabutan bertuah lagi. Boleh la diteruskan pada masa-masa akan datang. Tahniah dan syabas kepada AJK perumahan kami yang bertungkus-lumus menjayakan event ini. Jom layan gambar la.Makanan dah habis :p

Khemah didirikan bersebelahan taman permainan .

Dari pukul  3.00 petang - 7.00 malam. Tapi kitorang 2.30 dah sampai :p



Antara juadah yang ada. 

 Sate ayam yang paling laku sebab panas-panas gitu.

 Ni jiran sebelah rumah.

 My Nuha dan Nabila, anak jiran sebelah rumah. Tak berenggang kalau jumpa dua orang ni.

 
Bangsa cina yang hadir.

Melayu tentulah ada. India pun ada jugak.

 Mee soto . Yang ni saya tak merasa pulak.

Duk sebelah jiran baru :p Dia pun baru pindah sini last year. Tapi rumah dia 300K++ corner lot.


 Gambar baby yang bam bam :) Nenek dia cina tu pasal muka macam cina tapi
mak dia melayu. Hubby dah geram tengok baby dan tak sabar dah tunggu baby dalam perut keluar :)hehehe



Ni ole-ole dari Bandung dari mantan boz, Sharina. 
Terima kasih :) FM yang belah kiri tu saya punya, 
kanan tu Ad punya :)



Untuk my Nuha, telekung solat. Terima kasih sekali lagi :)


 Taman perumahan korang pulak ada jamuan raya tak ? Hari Malaysia ada pergi mana-mana ker? Legoland Malaysia kah ? :)





Friday, September 14, 2012

Lepas samak rumah, samak surau pulak !

Masih ingat aktiviti kami sebelum berpindah rumah tahun lepas. Samak rumah [ Boleh rujuk entry ini ]. Kali ni, my hubby pulak sekali lagi melakukan aktiviti menyamak surau bersama ahli qariah di kawasan perumahan kitorang setelah urusan pembinaan hampir selesai. 

Jom kita tengok aktiviti diorang sepanjang proses menyamak dan membersihkan surau tersebut. Saya tak ada ditempat kejadian, ni hubby ajer yang amik :) Tapi sempat jugak intai sekejap hantar breakfast untuk my hubby. Tapi surau ni tak dibuka secara rasmi lagi.


Air bercampur tanah yang digunakan untuk proses penyamakan surau. 

-x semestinya kena samak, basuh dah memadai tapi untuk menghilangkan was-was apabila ada jemaah yang bgtau penah nampak anjing main2 kat kawasan tu masa surau dalam pembinaan, maka kitorang pun samak & basuh sebelum guna... ( jawapan dari hubby )

 

 Ni surau sementara yang digunakan sementara surau siap.Bulan puasa hari tu diorang dah buat solat terawikh kat sini. Tapi jemaah lelaki jer la.

Basuh jangan tak basuh. Besar jugak suraunya. 




 
 Ni dalam proses cat, sudah selesai jugak sekarang ni.

 

Proses kerja-kerja wiring . Sekarang dah siap.

Ni wiring untuk aircond pulak.

 
Majlis tahlil pun dah buat oleh qariah kat sini.


Jika korang ada sebarang sumbangan untuk surau ini, boleh lah berbuat demikian .

Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710.



" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." Al-Baqarah, Ayat: 261.

"Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki."Al-Saba, Ayat:39


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]

Thursday, September 13, 2012

Menang Booth Terbaik @ Majlis Hari Raya Ofiz

Tak habis lagi cerita pasal makan-makan jamuan raya ni. Ni nak cerita sambutan kat ofiz pulak. Kat ofiz dibahagikan mengikut jabatan. Jabatan saya adalah Jabatan Pembangunan Sistem. Deko sepatutnya adalah hari sebelumnya tapi biasa lah kitorang kan, last minute baru deko. Semua orang bertungkus- lumus deko booth, tapi team lain dah ready tinggal nak serve makanan jer. Hebat tak hebat :p Kak Kama yang banyak sumbang hiasan untuk deko. Konsep ala-ala tradisional gitu.Bak kata juri yang mengadili, Very authentic gitu :p Mau tak authentic, cuba korang tengok booth kitorang !





Gambar yang tak de watermark credit kepada Nini,
 tak amik gambar pulak lepas dah letak makanan ;p 


Ni masa belum habis deko lagi..


Cuba tengok, ada lesung batu , bakul rotan, serai , pandan , bawang , beras, semua ada :p


Sebahagian warga ofiz..

Booth tu kat celah-celah lorong kat ofiz kitorang.


Baju raya in the house, eh ofiz :p



Juadah jabatan kitorang adalah nasi himpit, kuah lodeh dan rendang ayam serta kuah kacang. Semua saya tak rasa, boleh macam tu ? hahaha. Ni jer yang saya makan hari tu, Laksam. 


Laksam Merdekaraya gitu yang saya makan tu :)


Oh, ada satu lagi, Spaggeti pun saya ada makanan ! Ni bahagian admin. Tapi side dishes semua dah habis masa saya makan tu. Hangin ;p Ada ayam bakar rupanya !


Hamper kemenangan ! Eh , maggie cup sapa amik ? hahahaha

Kat ofiz korang ada sambutan hari raya tak?

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)