Monday, July 30, 2012

Selamat Tinggal KancilBiru & Isabelle, Jauh dimata, dekat dihati

Entry ini dah lama saya peram. Tunggu masa ajer yang menentukan.Dalam masa yang terdekat saya kehilangan dua orang sahabat yang sama-sama bernaung dibawah bumbung universiti yang sama lah kiranya. Mula-mula, Isabelle yang melanjutkan pengajian PHDnya di Adelaide, Australia. Sempat dating berempat di AEON Bandar Baru Klang. Semoga berjaya yer Isabelle :)


Yang diraikan Isabelle dan Adib :)

 My Nuha pun join sekali.




Diorang pergi satu family, dah selamat sampai pun kat sana. credit pic to Gina.

Dan hari ni, menerima perkhabaran sedih jugak, KancilBiru a.k.a Niza pulak bakal meninggalkan bumi Shah Alam kerana dapat bertukar ke UiTM Kampus Bukit Mertajam, Pulau Pinang berkuatkuasa 1 Ogos 2012. Sireh pulang ke gagang gitu lah kekdahnya :)  Kitorang sebenarnya dah lama tahu , so seminggu sebelum puasa dah buat farewell lunch untuk dia di SACC. 5 tahun tempoh perkenalan ni rasa macam singkat pulak.Apapun niza, Semoga berbahagia di tempat kerja baru dan rumah baru, eh :p


 
Yang diraikan, Niza a.k.a Kancilbiru  

Yang lain tukang makan.

Ad, ko jangan pindah mana-mana yer. hahahaha

Masih disini ...



Menangilah Samsung Galaxy Tab atau iPad yang baru sempena Raya ini! Jom like fb PPZ !



Perpisahan, memang perit dan memeritkan kan ?


p/s:


Baju raya tak beli lagi. Tunggu bonus lah gamaknya :p



My Nuha | Aku Bukan Chef

41 Comments:

  1. Huhuhu...sedihnya...pas ni niza dah tak der kat sini....selamat tinggal kawanku.....aku tetap di sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggal kita 2 orang jaa ad. tahun depan kak ema pulak pencen ! kena rekrut ahli baru la.hahaha

      Delete
  2. waahhh...tukar heh...
    semoga berjaya walau dimana anda berada...hehe..cam iklan plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki dia :) semoga berjaya hendaknya.

      Delete
  3. Tahniah niza aka kancilbiru..elis jgn sedih2 yer.. biar jauh dimata tp dkt dihati ;) *sedih aku bc entry ko ni eliss ;(

    ReplyDelete
  4. Selamat Bertugas ditempat baru kak niza

    ReplyDelete
  5. kak eliss..sori br buka komen..gara2 tenet lembab ni..mood nk berblog pon kurang..huhu..nnt neni send ye..hehe

    ReplyDelete
  6. memangler adat duniakan bertemu berpisah..
    yang penting ikatan itu biar berpanjangan..
    kekal abadi selamanya...

    ReplyDelete
  7. wahh kak niza dah nak pindah rupanya... selamat bertugas di tempat baru :)

    ReplyDelete
  8. sian.... u dah x de ramai geng lah lepas ni? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu antra geng yang rapat lah. skang tinggal bertiga pulak. sorang lagi pencen tahun depan, tinggal berdua

      Delete
  9. huhuhu..sedihnye bila geng makan pindahkan~ moga maju jaya di tempat baru~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal. semoga dia bahagia ditempat baru

      Delete
  10. time mengepam td, terlintas..'eh niza tak jual ke kuih raya tahun lepas?'
    memang tak la jawabnya.. apepon goodluck pada semua..rezeki masing2 dh tertulis kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki dia awal dpt balik kampung halaman :)

      Delete
  11. Replies
    1. memang sedih tp nak buat mcm mana kan, itu yang terbaik buat dia.

      Delete
  12. hukhukhuk....tak dak dah kancil biru kt parking atas ni...blh la aku amik slot dia...!=P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa psl. dia skang parking dekat tepi lif pelajar tu :p

      Delete
  13. Perubahan adalah sebahagian dari kehidupan tapi tetap sedih jugak kan, huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang patah mungkin tumbuh tapi x sama dengan yang patah tu kan :)

      Delete
  14. tak suka perpisahan namun ukhuwah masih terjalin, jarak bukan penghalangnya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 begitu,jauh dimata dekat di hati :)

      Delete
  15. semoga KancilBiru happy di tempat baru

    ReplyDelete
  16. alahai.... laaa ye ke... kempunan la saya nak jumpa NIZA face to face.... huhuhuhu

    ReplyDelete
  17. kqalo kiter rpt mmgs edih kan?
    msh tringat kesedihan tinggalkan InED dolo. hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa memang sedih tapi itu jalan yang dia pilih, kita doakan yg terbaik buat dia.

      Delete
  18. kenapa niza? kenapa niza berpisah...?? huhuhu

    ReplyDelete
  19. hahaah thanks eliss...sorry aku baru baca :P (sibuk karang surat)

    ReplyDelete

Terima kasih yer korang tinggalkan komen. Jika ada kelapangan me reply ok !

xoxo,

Eliss

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)